20 May 2011

Tragedi Highland Towers Buat Saya Rasa Sedih

Maklumat yang saya tulis merupakan 
hasil carian google,serta pembacaan saya..
andai ada yang kurang tepat,
sila betulkan...terima kasih sudi baca


Hari sabtu lepas eka ada baca pasal tragedi Highland Towers Runtuh di KL pada 11 Disember 1993...kat ruangan S2...sebagai seorang yang dah meningkat dewasa,waktu kejadian eka umur 5 tahun kalau tak silap...dan bila dah besar2 ni eka teruja sangat nak tahu pasal higland towers tu...lama juga eka teliti setiap butir2 cerita yang keluar di surat khabar tu..tengok gambar,tengok cerita dan eka percaya masih ada yang tak,ingat atau tak tahu pasal kejadian ni....

Sapa sangka 3 blok kondomium yang suasana sejuk,nyaman,pemandangan cantik lepastu didiami pelbagai bangsa dari pelbagai negara termasuk kaum Melayu ranap begitu sahaja..Rupanya artis Shasha Bashir merupakan penghuni Blok 1 bersama emak dan keluarga dia..tapi nasib baik emak shasha cepat lari dari bangunan sebelum runtuh.ada sedutan emak shasha basir di Video 1..



dan sedikit pasal kejadian:-


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview,Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.



Sedih dan tak sedar eka nanges masa tengok video2 runtuhan tu....huhuhuhu........


ni masa tengah2 kejadian berasap2 akibat runtuhan konkrit dan
disebelahnya bila dah runtuh....


ni pemandangan sekarang..semak samun sunyi sepi..
kata orang berhantu..Wallhualam....


runtuhan yang dasyat..masa tu bomba kita mana ada kepakaran,
dan ada bantuan daripada pihak lain seperti Singapura,Perancis,Jepun
yang simpati dengan kejadian tu..


Zhariff Affandi..salah seorang mangsa highland towers,
tapi waktu kejadian dia main game kat Blok 2,
tapi Alhamdulilah selamat adik2 dan pembantu rumah dia....

nanti kat bawah ada video dan korang akan nampak zhariff 
di video kedua...


dasyat sungguh kemusnahan yang berlaku.....Ya Allah....





 Remembering Highland Towers Siri 1


 Remembering Highland Towers Siri 2


 Remembering Highland Towers Siri 3


Remembering Highland Towers Siri 4


Remembering Highland Towers Siri 5

Takziah kepada semua keluarga mangsa runtuhan yang bilangan rasmi menurut video terdapat 48 orang..yang selamat hanya 2 orang iaitu pembantu rumah warga indonesia dan anak dia Nur Hamidah..Masa tu ada seorang lagi warganegara bangsa Jepun diselamatkan tapi meninggal dunia di Hospital..Sayu sangat masa tengok tangan dia terkapai2 mintak bantuan dari celahan batu2 yang runtuh...boleh tengok dekat Video 2.terharu tengok semua orang berganding bahu cari mangsa terselamat......


Walau dah 18 tahun berlalu,tapi mungkin rakyat Malaysia tak akan lupakan kejadian yang satu ini....





3 comments:

mizzkechique said...

youtube kn block kt opis, blik kang nk tgk..huhu.. kesian la dik kan...

Cik Eka said...

nanti balik tengok ok..sedih + kesian + sayu + pilu bila tengok..arggghhhh sedih

risa said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
masa bb tu diselamatkan menitik air mata...nak tengok lagi
thanks ika sebab share:(

Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK