27 June 2011

GIGI BONGSU KEDUA

Baiklah,dengan ini penuh dengan rasa kesakitan,gigi bongsu ke dua telah tumbuh dengan jayanya di bahagian kanan sebelah bawah hujung sekali...


Rasanya toksah nak kata,sakit yang amat ya kawan-kawan...........ingin juga bertanya,adakah anda semua dah ditumbuhi gigi bongsu???


Gigi bongsu adalah gigi yang paling hujung kat kita punya gusi tu....kalau mengikut wikepedia begini:-




Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya menjadi hilang atau berkurangan selaras denganevolusi. Banyak ahli berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada mentah menjadi dimasak membuat makanan lebih lunak. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang tarikh menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.

Dan kesimpulannya tumbuh gigi bongsu adalah kesakitan yang amat,yang sakit gila..patutlah budak-budak kecik menanges bagai nak rak bila tumbuh gigi...berguling2 nanges...memang sakit gila..paham2 ar ni dah kali ke tiga selepas gigi bongsu pertama belah bawah bahagian atas kiri yang mengambil masa dekat setahun nak tumbuh..tumbuh sikit2 sampai kejap2 hilang,kejap2 sakit balik sampai lah dia tumbuh,dahla tumbuh menyenget pulak tuh...

Kemudian disusuli pula dengan gigi bongsu kedua belah bawah,bahagian kiri juga....itu dekat 6 bulan..sama gak..kejap sakit,pastu hilang..lepastu naik gigi sikit.pastu berhenti...dia nak main cak-cak pulak rupanya...bangun jer pagi tadi terasa sakit,amek lampu picit ha susah..sakit..huwaaaa....dan ini entry gigi bongsu eka dan yang ini pun sama termasuk yang ini juga..........

nah eka tunjuk gambar gigi bongsu tu tumbuh cemana

ya,yang ini paling sesuai dikaitkan dengan eka,
sebijik cani lah tumbuhnya mekar di dalam mulut,
nak pegi jumpa dentist takut gila....duhhhhhhhhhhhh


hah tengoklah kedudukan dia tumbuh,
tak dijangka tumbuh kat mana
ada setengah orang,gigi bongsu tumbuh memang tak sedar..
tau2 dah tumbuh dan tak sakit...
kita ni tumbuh gigi sampai demam!

hah ni sebijik eka punya
yang 3rd molar...sakit weh..........
huhuhuhuhu..nak kunyah pun adoi...

dan mula-mula nak tumbuh tu dia jadi begini


daging meliputi kawasan gigi nak tumbuh,
dia akan tumbuh secara perlahan-lahan..
mula-mula camni,lepastu nanti dia akan naik secara perlahan lahan,
gigi tu tumbuh sikit-sikit sampai terus keluar gigi itu
kira ibarat macam pokok nak tumbuh lah..
mula2 keluar tunas,tumbuh,membesar sampai keluar sempurna..
masa nak tumbuh tu ya sakit okeyyyyy


tumbuh banyak jenis....
nasibla korang dapat yang mana

satu jer kesimpulannya,sakit!




kalau dapat doktor macam ni gerenti lari dengan penuh 
rasa ketakutan..hahahahahaha

kesimpulannya,eka tengah merasa kesakitan sekarang ni..dah la keje banyak..tak dapat nak update banyak2...sedih...........................

Tolong doakan wisdom teeth atau gigi bongsu ini tumbuh dengan cepat dan jayanya...............

21 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

hah.. yang jadi kat sumi dia tumbuh horizontal.. nampak sikit je gigi tu dekat gusi.. gila sakit.. ini yg nk di opret nih..

Syazwan said...

sakit tu..
saya penah kena..
hanya pain killer yang mampu membantu.
tapi tak leh manjakan diri dengan pain killer.:)

Cik Eka said...

sumi..hehehehe..tulah...eka ni tak tau lah kali ke tiga dah ni..nak pegi cabut pun takut..huhuhu

alamak sumi kena operate ker....

Cik Eka said...

syazwan.memang sakit gila...aduhhh
ni baru first stage..

ni tak tahulah bla masa lagi nak abes...huhuhu

iedaurora said...

ieda amik mase 2 thn nak tumbuh semua... akitt! sian eka...

Syazwan said...

thanks sebab letak dalam bloglist!.

take care ok.
telan pain killer bila perlu je.

Cik Eka said...

ieda..ha tulah pasal..eka paling lama setahun..dah nak tumbuh habes baru tau rupanya gg bongsu...

Cik Eka said...

syazwan...tq so much!

tak mau telan painkiller pun..hehehehe

tahan jer nie..

Fad said...

eka..kumur air garam suam..wat semasin yg mampu..insyaAllah kurg sakit..akk ritu gi dentist dia nk bedah..akk xnak..penakut wei...so, dia bg ubat je..sampai skrg baik...hehe..rugi bedah..syg kat gigi ni..haha...sbnrnya takot sgt2..

Rahmad said...

aku dapat gigi ni masa umur 18 klu x silap..

sakit gusi masa tumbuh gigi ni..
habis jahanam gusi aku dia belasah..

skrg dh ok dh..
rasa mcm gigi ni antara gigi yg palig kuat..

Cik Eka said...

hehehe..kak fad..eka pun penakut jugak.kalo pegi dentist mau dia nak operate gigi bongsu yang first senget tu..

alamak masin kalau cmtu..terasa kat dalam molot..hehehe

Cik Eka said...

hahahaha.rahmad..sakit gila okey..dah la tang dia tumbuh tu macam sakit jer

lepastu segala pipi2 abes semua sakit...ni sakit sekejap jer ni.pastu ilang..then sakit balik..last nnti kua lah gigi tu..huwaaaaa

Hayati Hamzah said...

sakit sgt tumbuh gigi bongsu :(( ada lagi 2 tak tumbuh , biar lah dia tak tumbuh2. tak nak sakit :(( wuwuooo :((

[sutera kasih] said...

gigi bongsu sy dh tumbuh ke ekk??nak cek la nnti hehe

Cik Eka said...

hayati..adui eka ni dah masuk 3 dah ni....
kemain payah lagi nak tunggu dia tumbuh dengan jayanya..

hehehe

Cik Eka said...

sutera...hah baik cek awak..hehehehe

Axieana Yumi Life said...

huhuhu....azie pun pnh kena mmg skit... azie punye tumbuh scra angular....nk mamam pun ssh....
:(

Cik Eka said...

azie..fuhh tu mesti sakit gila tu kan...sampai nak makan pun payah.huwaa dulue ka makn bubur jer tau...

ayuyuuu said...

ayu jalan2 kat entry lama ika, dan jumpa ni!


memg sama dgn ayu la, tgh tumbuh gg bongsu. adehhh. wuwuuwu

Ahmad Haziq Azlan said...

singgah dari google
teman tgah sakit gusi sekarang
dari semalam lagi kawan kawan kata
nak tumbuh gigi bongsu
alahai
mmg sakit ek

Re'an Raihan said...

sakit gg sekarang nie, bulan puasa pulak tu. ada gg tumbuh sikit dkt hujung.pelik and cari dkt ggogle,rupanya gigi bongsu. bahaya tak gg nie? perlu cabut ke ?

Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK