hehehe
Kemudian masa dapat kertas periksa,puhhh rasa tak sabar-sabar....sebab rasanya dah belajar macam kerja 15 bulan tanpa henti..hahahaha..masa tu lah teruja nak tahu berapakah markah kita setelah beberapa lama menghadap buku..padahal esok nak periksa Bahasa Melayu,malam baru sibuk telaah KSN,KN,KT yakni seperti Kata Sendi Nama,Kata Nama,Kata Tanya mahupun sibuk menggodek kertas Bahasa Melayu yang sudah-susah..mana lah tahu kot-kot cikgu terlepas pandang memasukkan soklan ujian bulan-bulan lepas....
Ya,pemikiran kanak-kanak masa dulu..hahaha
Masa tu memang bajet gila nak markah macam budak-budak pandai kat kelas....100 markah manjang...tapi bersukur jugak masa darjah 1 darjah 2 darjah 3 markah matematik 92,94,96........
Cisssss lagi sikit nak menandingi budak-budak pandai di kelas.....masa tu bila balik sekolah keluar pagar rasa nak humban,nak ronyok2 kertas soklan dalam longkang biar dibawak hanyut supaya rasa kekecewaan itu berlalu pergi dengan gemilang dan jayanya............
tapi,tak mampu nak buat sebegitu kerana matilah eka bila balik ayah tanya
'kaklong,mana kertas periksa?? nak tengok'
Tak kan lah dengan senang hati eka menjawab
'alamak ayah,kaklong dah humban dalam longkang depan sekolah...........'
fuhhh tidak-tidak..
cepat-cepat eka seraya mengambil pemadam serta liquid paper untuk memadam idea yang macam hampeh dan tak gemilang langsung....................hehehe
*kemain tak nak kalah guna liquid*
*liquid paper takleh guna masa sekolah*
Kemudian nak ceritalah lah sebenarnya kan,masa sekolah dulu bila habes ujian tu kan,masa cikgu kita nak bagi kertas soklan kat kita-kita dalam kelas sapa cikgu dia baik hati,mesti masa bagi tu dia panggil nama jer...
'Noor Hidayah Bt Hassan'
saya cikgu
'Zulfi bin Zulkifli'
ya saya
'Surinah A/P Li
saya
sehinggalah habis nama itu semua..errr semua tu pinjam nama kawan masa sekolah rendah dulu....teringat lah kawan sekolah lama dulu..nama dia Mohd Tikep...masa Tadika dulu..ni baru lepas search kat FB..ada2..hehehehehe.....nak tau betul tak dia..malu kut nak tanya..hahahaha.tengok dia dah kawen lah..hehehe.lepastu zulfi....last jumpa masa darjah 6...mana ha mereka semua...lagi sorang Mohd Amiruddin Bin Amran...tiba-tiba teringat..hehehe..sebab pernah jadi kawan gaduh..dia badan besar-besar..takut..wuwuwuwu..hehehe
tapi kalo dapat cikgu yang garang kan:-
Peahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! nah amek markah 40,tak belajo hape????'
Sudin!!!!!!!! apsal markah kamu banyak sangat 20 jer hah?????
Munah!!!!!!!!!!! bagus..markah 90..teruskan! hah peah,sudin..nape tak belajo cam munah????
errrrrrrrr
alamak melalut lagi....baik! serius ni....eka nak cerita..dulu kan masa cikgu bagi tu kalau markah kita ala2 cukup2 makan,mesti rasa nak sorok bawah meja lepastu..mesti kawan-kawan sibuk gila nak tarik tepi kain orang
'wei,kau dapat berapa ateeqah?????'
'markah kau berapa wei,bak ar tengok'
'haaaaa markah aku 68,kau berapa wei,'
'bak ar tengok wei kau lagi pandai ke tak wei???'
Kalau ada yang jahat gila tu,bila dia tanya kita dapat berapa kita sorok,sekali dia rampas..ha hambek...aku rasa nak penendang muka dia...hahahahaha
masa tu bukanlah kita tak mau bagitahu kan...sabar ar...
hehehehe masa tulah Pengetua eka bagi tips....tips tu katanya macam satu 'hint' kalau orang tanya..........
kalau orang tanya dapat berapa,hah senang lah jawabnyaaaaaaaaaaaaaaa
kau dapat berapa ha periksa??
senang jer...pilih lah antara jawapan-jawapan ini...Optional..muehehehehe
A - AdalahB - BolehlahC - CukuplahD - DapatlahE- EntahlahG - Gagal lah....
ahahaha......masa tu kami semua terbahak-bahak ketawa berdekah-dekah...lepas ni boleh lah tiru perkataan ini..hehehehehehe
Bila teringat balik masa dulu-dulu,aduii boleh gelak sorang2 memikirkannya............
er korang ada cerita skolah yang menarik?? boleh ar kongsi..jahat tak korang masa sekolah dulu..hehehehe..
Auto Publish..eka tengah sibuk mesyuarat KIK





