30 September 2011

Kata-Kata

Tadi masa mesyuarat pengurusan,ada senior bagi kata-kata yang indah..dari Profesor Diraja Ungku Aziz..

bagus untuk kita yang bekerja..untuk renungan kita bersama:-



Rajin Bercakap, Rajin Bekerja – Bagus sekali
Rajin Bekerja, Malas Bercakap – Kena Buli
Malas Kerja, Rajin Bercakap – Wayang Cina
Malas Bekerja, Malas Bercakap – Tak Guna
Malas Bekerja, Suka Mengadu – Nyanyuk
Malas Bekerja, Selalu Ponteng – Baik Berhenti
Malas Bekerja, Suka Menyibuk – Baik Mati



Kalau diri kita,kita di tahap yang mana????

tadi boss beritahu tentang pusingan kerja..mulai minggu depan,eka ditempatkan di bahagian lain..aduhai..satu cabaran rasanya..sebab sebelum ni eka di bahagian lain..bahagian yang rumit dan banyak koje tapi seronok sebab dapat bergaul ngan ramai orang...

Dalam ucapan tadi,eka ucap terima kasih pada boss sebab bagi kepercayaan ni pada eka...

lepas ni mula rasa nak buat yang lebih baik,nak fokus pada kerja sebab ni penanda aras untuk buat kerja dengan lebih baik lagi....dan bila tukar bahagian,otomatik kena tukar tempat jugak.dan susahlah nak on9 lepas ni....takpelah..demi kerja...semoga eka boleh buat kerja yang diberi dan juga sentiasa sihat-sihat...






29 September 2011

Cerita Pak Mat

Dulu masa kecik-kecik,selalu main lagu ni..

Ala,yang macam tepuk tangan kengkawan tu..


Set set set
Tom tom tom

Malam yang sepi pi pi

Pak mat jual topi pi pi


Topi nya koyak yak yak

Pak mat jual tempoyak yak yak


Tempoyak nya basi si si

Pak mat jual nasi si si


Nasi nya enak nak nak

Pak mat jual anak nak nak


Anaknya hilang lang lang

Pak Mat jual gelang lang lang

Gelang nya patah tah tah

Pak mat jual getah tah tah


Getahnya putus tus tus

Pak Mat terus mampos pos pos

Pos apa ?? posmen

Men apa?? mentol

Tol apa?? tolak

Lak apa??  laksa

Sa apa??  satu

Tu apa??  tunang

Nang apa ?? nangka

Ka apa??  Kayu

Yu apa??  Yuran

Ran apa??  rantai

Tai apa??  Tai One

One apa??

One 

Two

Three

Four 

Five

Six

Seven 

Eight

Nine 

Ten!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



kreatif betol kan..hahahahaha
korang penah???


Teringat zaman kecil,pasal benda ni pon boleh gaduh..lagi-lagi kalau main getah..mesti nak yang terer pusing..kalau kita tak lepas,ketua yang tanggung salah kita..satu orang 5 pusingan..kalau 4 kalah,20 + 5 ketua kena pusing...kalau ketua tak buat elok-elok,boleh masam muka...hehehe

tulah zaman kanak-kanak..seronoknya...






Bakso Sepinggan Air Secawan

Penghujung-penghujung raya ni macam-macam open house ada...jadinya entry penghujung raya penuh juga dengan gambar makanan...eka kalau bab makan ni memang suka.
tak heran lah kalau sebelum raya beli baju raya baju saiz 36,skang ni lepas raya,
kain baju saiz 36 tu ketat betol..tak boleh nak kancing sebab perut boncet sikit..

Bila orang dah jemput,kita datang.

Bila orang dah hidang juadah,kita makan

Bila orang dah bungkus,kita bawa balik

Terima kasih buat semua yang menjemput..sebenarnya ramai yang jemput tapi pegi nya tak semua pun..mana yang dan pegi je lah pegi..mana tak dan tu tak pegi pun..kirim salam jer mampu..

Berikut adalah rumah terbuka di rumah kawan baik eka..Lynn... mak dia teror buat bakso.memang sedap.cabai dia tu mengaum podehnye..tapi bila dah gaul ngan sos cili,kicap...memang sedap..berhingus jugakla makan dia..hehehehe


ermmm bakso dia..
ada tauge,kubis,bawang goreng..
boleh makan dengan bihun atau mee..optional.
tapi kalau nak campur dua-dua pon boleh..
pun sodap.......hehehe


zoom dekat sikit..
ni mangkuk kawan eka..che muher..
dia makan meatball banyak..hahaha..
gile meat ball rupanya budak ni...ish ish


cer tengok pinggan dia..
kemainn penuh lagi..


ni lah kawan eka..che muher..
eh Cikgu Muher..hehehe
dia suka sangat..dia tak pernah makan bakso ni..
selalu kami raya rumah lynn,dia balik Melaka..
jadi nya tahun ni lah pertama kali dia makan bakshooo


kawan eka jugak..
bakal pengantin..
nama gelemer puteri JJ..nama timang-timang Ayuuu..


Ni alkisahnya apam dot dot.
tapi si lynn tak sempat nak dot dot kan dia.
jadilah botak jer.
filling dalam dia blueberry...
dia kata blueberry tu dia petik belakang rumah,
kendian dia blender buat jem...

cehhh nampak beno nipunyerrrr..hahahaha


dan kami bertiga dapat oleh-oleh..hehe
lynn baru balik dari bandung..dia g ngan kawan2 UM dia
sebab menang kawad terbaik masa tauliah Palapes ritu..
seronoknya soping!

dapat baju i love bandung gitu..hehehe

tu tangan si ayu le tu..

terima kasih  lynn...muahhhhhhhhhhh

p/s:berdebar menanti esok...huhuhu...semoga semua berjalan lancar..





28 September 2011

Tragedi Buah Pisang

Assalamualaikum semua......
Sejak dua menjak lapan belas menjak ni eka jarang sangat nak updated blog.kalau ada pun sehari sekali.takpun dua hari sekali.kalau dulu satu hari dekat 4,5 kali menyemak kat dashboard keta blog.

Entahla.sejak sekarang ni agak sibuk pula nampaknya.macam-macam kerja..adakah ini satu aras penanda bahawasanya eka perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja eka..?? mungkin.

Berbalik kepada tajuk,semalam eka ade menghadiri undangan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Majlis Daerah.kiranya opis eka bergambung ngan beberapa jabatan lain....

seronok..sebab kita ada bukak gerai..atas permintaan penganjur,kita buka gerai buah-buahan.

seronok lagi sebab dapat ramai kawan baru..hehehe...dapat berkenalan ngan ramai orang...

jom layan gambar yer


sebahagian gerai..masa ni tak ramai orang lagi.
baru sampai jer ni.tengah sibuk kemaskan gerai.
kita semua tak tahu ada pulak pertandingan gerai tercantik,
maka sekuntum bunga pun kita tak bawak..
tapi takpe,janji buah-buah semua ada..


ni suasana dalam Dewan.
tak sempat masuk dewan pun..sebab kat luar pun sibuk


salah satu juadah manis-manis mmencuci mulut
cendol terbaik wohh..gula manisan dia pekat..

fuhhh..lepastu makan pulak dengan aiskrim Malaysia Kg Attaduri,Langkap..
sedap woh woh woh

ni ha dia aiskrim nya


ermm nyum nyum sedap.
rasa kelapa dia pekat..nyum nyum lagi..
keh keh keh


ni pulak yang beratur panjang ni ada Gerai Nasi Beriyani..
sedap..beras dia guna pun beras panjang-panjang tu..
kenyang jer makan..
kemudian ada gak roti puri..
aaa macam lepek kembong yang eka selalu buat tu..
sedapnya makan ngan kari...


ni pula gerai buah kita..
tak ramai lagi masa ni..
semua hadirin dan hadirat berada di dalam dewan untuk Perasmian 
dan juga persembahan...


saya dan kawan baru saya..
Kak Mala dari Fama dan sebelah kiri kak Wan..
Kak Wan dah lama kenal dah...

*haaaa kan dah nampak aku paling lonjong sekali kat situ..
adehaiiii


punya banyak buah..satu lori tu....
tu lori kat belakang tu...hehehe

oh lupa nak cerita,kebanyakan orang tak nak ambil pisang yang kulit hijau.
walhal depa tak tau pisang tu pisang klon baru dari jenis cavendish.
nampak kulit hijau,dalam dia lembut macam pisang embun..
sedap..bagi yang dah tau,banyak kali depan ambik kat gerai


eh akak tengah-tengah tu kemain lagi sibuk na nampaknyer..
keh keh keh...

Tapi,ada peristiwa jugak masa majlis ni semalam..kisahnya kita pun bagilah sepinggan sorang buah-buah..tapi campur-campurlah.kalau tak nak campur pun takpe..kalau nak satu jenis buah pun kita boleh ambikkan..

datang sekumpulan lelaki..tak taulah dari Jab mana...sekali dia amek pinggan yang eka hulur,kemudian dia ambil pisang dan letak pisang ke tepi..


Majlis berjalan lancar,seronok...


p/s: entry sejak dua menjak ni semua berbaur makanan..terima kasih...




Animated Pictures Myspace Comments

blog manis..ada buah,ada cendol..sebab tu ada semut..hihihi



Wordless Wednesday # Edisi Makanan # Jalan














Animated Pictures Myspace Comments

























26 September 2011

Nak Yang Besar-Besar Sahaja..

Haritu ada pergi jalan-jalan...nak tunjuk benda besar...

ha,eka nak kongsi sesuatu dekat korang semua...serius benda ni beso gila...

jom tengok


haa nampak tak ada buah tersorok kat dalam tu..
eka rasa buah ni buah labu kot..
sebab dia menjalar..
kalau nak masuk,RM 2.00..

akibat kesuntukan masa,eka sempat snap saja..
hehe..

menjalar tangan ke celah-celah pagar kayu buluh tu...
hehehe..nasib ar takde orang lalu masa tu..

oh...
nak tengok yang lagi besar???


tadaaaaaaaaaaaaaaaa...
ape ke nama buah nie ontahla..hehehe
sebab tak masuk..keh keh keh

p/s: buah ni semua original.....









Suram Suam Kuku

Perasan tak???

Dunia blog agak suram dan sepi semenjak dua menjak ni..

tak ada lagi segmen yang menghiasi dashboard saya..

tak ada lagi kawan baru yang boleh jenguk-jenguk blog saya

tak nampak lagi idea-idea segmen menarik sempena raya,rumah terbuka,hari-hari yang istimewa..
kalau tak boleh senyum sendiri sambil perah orak...

kalau tak,selalu ada segmen macam-macam..

seronok...

lepastu contest ada bagai-bagai..

seronok geledah gambar lama-lama

walau kadang-kadang tak menang,tapi puas dapat kenal ramai blogger lain..

sekarang??

update jelah apa yang terbuku di hati

kalau dulu,ada segmen,boleh jugak jengah-jengah sambil cari bahan untuk buat entry baru..sekarang ni payah betul nak dapat idea..tak kan asyik nak buat entry mengata orang jer pulak...

Tapi itulah dunia blog nie....ada pasang surutnya..

Tak semua orang setuju apa yang kita tulis..

Tak semua suka apa yang kita rasa

Tak semua sependapat dengan kita...

kalau 10 komen kita terima,2 pasti tak setuju..

kita cerita pasal diri kita ade je yang tak kena..

ada jer yang menyampah...

ada jer

ada jer

eh,kita pun tak sesempurna manalah..
kalau kerja asyik menghentam orang je tak guna jugak..kan??

Saya pun rasa kurang bersemangat sejak dua menjak nie....adakah anda juga merasa apa yang saya rasakan??




selamat makan tengahari semua..makan bekal mak bungkus pagi tadi...


24 September 2011

Bacalah sampai Habis sayang........

Kalau korang lah kan,nak pegi komen entry blogger lain...
korang baca macam mana??

nak cepat habis jer??


lepastu tinggal kan komen...??


asal ada komen..

macam tu???

eka bukan nak kata,ada juga pembaca yang suka komen tapi baca tak habis...

kita yang nak moderated komen pun rasa macam..

eh,dia ni komen entry yang mana??

tak ke malu rasanya bila komen orang salah,sebabnya baca entry tak habis....?

penatlah seseorang blogger itu menulis...
kalau tak nak komen tentang entry tersebut pun,cakap salam kenal ke,boleh terima jugak..

ni tiba-tiba je terus komen seperti membaca tak sampai bawah...

ada dua situasi lah..sesetengah blogger petik sikit entry blogger lain...
kalau dia tak credit dia tulis apa,itu kita boleh terima sebab salah blogger tu
dia tak mention kan kat mana dia amek entry tu...

tapi kalau blogger tu dah letak header orang lain ke,link orang lain ke..
haaa tu tentulah merujuk kepada blog yang lain..kebiasaanya lah kan..

kira dia nak bagitahu ada blog menarik ke,promosi blog ke...

jadinya kita sebagai pembaca kena bijak lah....bijak dengan situasi entry itu..

eka pun bukan bijak sangat..
dulu mula-mula ada jugak salah tafsir entry orang..alih2 kita malu plak..hehehe..

cuma sekarang lebih berhati-hati....

bagi eka lah,sesebuah entry itu berjaya atau tidak bukan pada kuantiti komen yang diterima,tapi kepada kualiti sesebuah entry itu....

jadi,sebagai pembaca,haruslah kita hargai apa yang telah blogger itu tulis..kalau tak penatlah dia terangkan panjang lebar kat bahagian bawah tu tentang ulasan blogger itu...

cuma,sangat penting bacalah sampai habis..kadang-kadang point entry tu dihujung-hujung....jadi,baik baca sampai habis...sebelum tinggal komen pun kita kena fikir dulu,apa yang kita tulis..kalau tak,takdelah rasa malu nak tinggalkan komen..ini kang,komen tak selari dengan entry..erkkk macam mana tu???

Kadan-kadang ada blogger yang menulis secara tersirat dari apa yang tersurat..



Please...



Funny Myspace Comments


Read Till End
kalau nak komen..
kita tak paksa pun untuk komen...
tapi kita buat entry untuk dibaca....kan??


Thanks!




p/s : pernah kena..sebab tu cakap...apa-apa pun terima kasih sebab komen..
apa-apa pun..eka akan terjah korang balik..... 




23 September 2011

Pisang Celup Kicap

Assalamualaikum semua....

balik kerja tadi mak kata ada pisang kat dapur tu kaklong..goreng sedap tu...

sebagai anak,mestilah kena faham..hehe...kiasan suruh goreng lah tu..

makanya siap bukak baju terus jer menyinsing lengan bancuh tepung untuk goreng pisang...


dan siap pun dah pisang goreng untuk minum petang ni..



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


eka kalau goreng pisang ni mesti nak ada hangit-hangit sikit baru feel..
lepastu cicah kicap..ketagih betol nak cicah kicap..
belajar makan ni pun masa eka keje Jab Perangkaan dulu,
dekat dengan rumah sewa tu ada makcik meniaga pisang cicah kicap ni..
walawehhhhh sedap betol makan...

ini rasanya orang johor punya style..sebab makcik tu orang johor..

jadinya skang kalau goreng mesti ada sambal nie.nyum..

nom nom


selamat minum petang semua..lepas ni eka nak buat cream puff pulak..hehehe......
saja nak try...harap jadi..hahaha..amin


Cute bunny





Nenek Kata......... Dengarlah...

Orang tua dulu-dulu kata..

1. 'Eh,jangan lah duduk kat tangga ni,nanti tak kahwin pulak! pegi duduk sana lah!'

Makna tersirat

Yang duduk kat tepi tangga tu jadah apa?? orang nak lalu lalang susah.

2. 'Jangan menyanyi masa masak,nanti dapat suami tua!'

Makna tersirat

Kalau masak sambil menyanyi mesti ada masakan yang hangit,yang masin,yang tawar,yang lupa bubuh garam.kita kena fokus memasak ni.baru sedap! kan?? hehehehe

aku kata: aku dah cuba benda ni...serius weh aku terlebih garam masa masak gulai lomak..huwaaaaaaaaaa aku nyanyi lagu Ct Nurhaliza..feeling baik punya hambek....hahaha

3. 'Eh,jangan ketip kuku malam-malam,nanti umur pendek..'

Makna tersirat

Ketip lah malam-malam,nanti terkepit kuku naya jer kuku luka..malam-malam mata kita bukan nampak sangat kan....

ade tak nenek korang pesan macam nie?? citalah apa lagi pesanan dulu2..boleh aku letak sini...

Sebenarnya macam-macam lagi pesan nenek aku..pesan orang tua dulu-dulu..kita yang muda ni bukan nak dengar sangat kan..konon ah tak nak dengar apa semua pesan nenek...

Aku cakap ni bukan ape..sebab kan,nenek aku ade kat rumah aku sekarang..jadinya nenek aku suka bercakap..hehehe..semalam aku gorengkan pisang uintuk nenek aku...masa goreng tu adalah feeling sikit nyanyi kan...

sekali nenek aku jerit dari depan..

toksah nyanyi toksah....! kang hangit pisang tuuuuuuuuu...

lalalalalalala terus diam aku..hahahaha..

macam-macam dia pesan..lagi-lagi adik aku nak bertunang ni,macam-macam pesanan dia titipkan...dari A-sampai Z..aku tumpang sekaki lah dengar..manalah tahu lepas ni aku pulak....


nenek aku...

aku takdelah ikut muka nenek aku sangat...
nenek aku dulu ratu...haha
aku??

biasa-biasa jer....tak delah ratu pun..
rata ada..hahaha

hidung nenek aku mancung...

hidung sikit-sikit lah kot..
tapi tang batang hidung jer ar..hahahaha

nenek aku putih

aku tak putih..cekelat..hahaha

nenek aku suka bercakap...

haaa itu memang ada persamaan....

Kecik-kecik kan aku duduk ngan nenek..jadinya aku dengan nenek memang rapat lah..tidur dulu peluk nenek..ishh jangan tak tahu,sepupu aku semua jeles sebab aku baik ngan nenek..

cucu kesayangan depa kata...

yelah,tidor bawah ketiiii nenek.....hehehe

oh,nenek aku pesan macam-macam kat adik aku...

Dari masa bertunang jangan selalu keluar...darah manis tu..

nanti dah kawen jangan malas masak..masak sedap-sedap..macam-macam lagilah nenek aku pesan

Seronok jugak aku tengok mak aku sibuk buat persiapan....adik aku kata dia malas nak amek jurumekap..dia suruh aku mekapkan..duh duh aku ni manalah tau mekap orang..mekap muka sendiri boleh harap...haha..

aku nak try mekap adik aku lah balik ni..hahaha.........
kenapa eh,aku sebagai kakak rasa teruja sangat adik aku nak menunang nie..
aku pulak yang rasa macam seronoknyaaaa.....

tak kan sebab dapat cincin langkah bendol kot??

hahahaha

tapi,mungkin kali pertama dalam keluarga aku...hehehehe
semua nak sempurna..tapi siapalah kita untuk sempurna dari segala segi....
kecacatan sikit-sikit tu nanti jadi pengajaran untuk kenduri bertunang aku akan datang..
tahun depan kot..InsyaAllah...... :)

p/s: barulahhhhhhhhhh rasa nikmat berblog balik ari ni..legaaaa..tapiiiiiii minggu depan tak berapa nak lega..banyak aktiviti....adeh deh deh..........


Suka pulak gambar bawah nie..sweet..
hehehe

Funny Myspace Comments

Apa-apa

nak tunjuk gambar seseorang........


cer tengok tanda lahir dia..
comel kan..hehe

dah macam phua chu kang je eka tengok..hehehe
dah ler tak suka senyum..susah gila nak tengok dia senyum..
tapi kalau geletek gerenti dia senyum...
tapi ni eka tangkap sendiri,manalah nak geletek pewot dia..hik hik

sapa ada tanda lahir?? angkat mouse sekarang..hehehehehehehehe

*bercakap biar kena dengan situasi..kalau kau nak pung pang pung pang macam ko sorang je yang boleh bercakap tak guna lah..

ko boleh bergurau..sapa pun tak kisah..tapi biarlah kena gaya....


22 September 2011

gute Nacht alle

Assamualaikum kawan-kawan sekalian..adohai harini tak berupdate pun blog ni.....huhuhu..
makin lama makin tak ade masa dengan blog ni....

harini lagilah sibuk manjang..pagi tadi ada jamuan raya....meraikan pelanggan..
sapa lagi kalau bukan kita jugak lah terpaksa menolong menyinsing lengan baju untuk sama-sama melancarkan persiapan...

berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..kita perut lapo takpa,janji tetamu konyang makan....

Potong lemang,nasik impit..hidangkan semua makanan..kemudian selesai..
serius bukan mudah kalo buat majlis ni..ni majlis kedua kami buat...

lepastu apa lagi..penat lah yang dapat..tapi puas lah semua dapat makan..
tak macam tahun lepas...
berebut-rebut orang siap bawak pelastikkk lagi howkeyyyy..........!

sabo jerlah ~

maaf ya kepada semua pembaca blog dan followers eka semua...eka agak sibuk sekarang ni.terima kasih sudi baca blog eka,sudi masuk belog eka walaupun eka jarang sangat update sekarang...sayang semua...muahhhhhhhhhhhhh

minggu depan pun sibuk lagi majlis raya Pejabat Daerah dan Tanah..
kita punya gerai semua asas pertanian..
buah-buah tempatan..share dengan jabatan lain...

local fruit semua..hehehehe.....tu pun nak kena jaga jugak tu..kena potong-potong..
tak yah nak amek orang potong buah,
eka n kawan-kawan opis sedia menyingsing lengan berganding bahu bersama-sama..hehe

nanti eka akan update entry best-best untuk semua yer......
sedih tau eka tak dapat nak Blogwalking,nak komen entry korang,nak baca entry korang..
ada jugak eka singgah tapi tak dapat nak terjah semua..huhuhuhu


p/s: ape aku merepek ni...adehh ngantuknya..sekian terima kasih semua........
selamat malam kawan-kawan yang tersayang sekalian............... :)




21 September 2011

Wordless Wednesday # Edisi Makanan


hehehehehe

Aiskrim magnum disaluti coklat belgian dan ada badam di sekelilingnya..

cayaq kat mulot..

erkkkkk dia nak cakap-cakap jugak......hahaha




Ape Kena Dengan Facebook??

Entah kenapa hari ni tetiba jer hampir separuh kawan-kawan di FB mengeluh tentang perubahan muka baru Facebook kesayangan kita semua....hahahaha



nak marah rope gini??

toksah lah kot..kita takleh nak ubah..
tapi kita boleh meluahkan....hahahahaha

apa yang ketara bertukar???

Tetiba HOME bertukar belah kanan???

aku rasa aku pelik jugak..sebab selalu belah kiri..terkial tangan cari..

Juling bijik mata bila berita terkini bergerak-gerak dekat sebelah kanan???

ermmm biasalah kan...juling sebab dia gerak-gerak kot........

Tetiba paparan imej menjadi semakin besar dan jelas

lepas ni boleh lah upload gambar sambil rasa macam umang ai,nampak pulak bulu idung aku terkeluar satu...
keh keh keh keh

dan mudah la orang nak tengok..sebab maklumlah kan..kalau kita RABUN,kita tak nampak pulak kalau2 terupload gambar yang ternampak rambut ke apa kan....kan kan???

lepastu ko tagg kawan ko,otomatik kawan-kawan kawan kawan kawan dan kawan kawan ko boleh komen..

toksah la nak wat terkejut babun bila ada kawan-kawan kawan ko komen

'ehhhh aku kenal mamat sebelah ko tu..dia hero malaya.........'

ehhh nak je aku cakap...ko siapa?? aku kenal ko ker???? dah pulak....

lepastu ada pulak Subscribe 
kalau bahasa omputehnya langgan..alamak aku nak langgan apa dalam FB nie????

dan bermacam-macam lagilah benda baru yang keluar....

tapi bagi aku,biasalah benda free memang gini..dah banyak kali jugak mak zukebek tu buat benda baru..tapi kita tetap main FB jugak kan???

kita tetap bawak laptop atas katil jugak kan tidor dengan kita sama-sama..

bila terjaga ker terus tengok ada noty baru ke tak kan

hari-hari mau bukak jugak kan mana tau ada gosip gempak,hangat meletssssss kheeennnn???

eh mana pulak aku tiru bahasa khennnnn nie??? hahahahaha...

takpelah..pujuk hati..lama-lama biasalah tu walau mata juling..juling sikit jer kan..hahahahaha

tapi,dalam untuk menyesuaikan pembaharuan dan juga pembaikan terselit  sedikit cuma kesenangan...

seperti ini:-



maaf kepada empunya status contoh....hahaha

yer,tak payah susah-suah kan jari jemari nak pegi 
jauh-jauh..dokek yoo pun ha...

* tu jelah satu yang baik aku jumpa..hahaha

ada lagi??


akhir kata terimalah dari hati nurani saya yang tulus lagi ikhlas






























































































sekian,saya melaporkan..
terima kasih.....






Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK