19 March 2012

Gotong Royong !

Asslamualaikum... yeyyy harini gotong royong perempuan kat opis dah selesai.Saya dapat 2 bijik kabinet baru.Boss kata biar semua bertutup nampak lagi kemas.

Dah la tempat baru,nampaknya semua baru.

Alhamdulillah.semangat lagi nak kerja.Walaupun ada dugaan datang,namun sebagai manusia biasa,saya terima dengan hati yang redha.

eceh kemain lagi bermadah..hahaha..



Ada lori ada bas,satu hari Tuhan yang akan balas.. :)

Oh,berbalik pade cerita kemas pejabat tadi,adoi nak terbersin.habuk.Dan barulah tahu macam-macam alat tulis ade dalam kabinet tu.Dengan 'ubat stapler' nyer dua kotak,ngan stapler tak pakai lagi,klip kertas dua kotak,selotep satu pack tak pakai lagi,ngan pen lagi..macam-macam ade.

Kalau tahu,tak payah gasak nak beli kat kedai buku walaupun opis yang bayor bulan-bulan..hehehe

Mula lah operasi mengemas.Sang lelaki pelik harini perempuan semua pakai seluar,pakat nak mengomeh.


eka kan baru tukar tempat,jadinya sebelum ni orang lain.
Jadi,kena keluarkan semua barang,pilih mana yang penting,mana yang tak penting boleh
asingkan letak dalam kotak lain.
Banyak jugak yang tak berkepentingan,humban dalam kotak..hehehe

Boss kata,atas kabinet baru tu letak bunga je dah.Jadinya tadi pergi kedai bunga.
Siap gubah semua sekali ni,RM 28.00.


main ambik je warna,Pink,Putih,Kuning..
hehehehehe

Misi untuk esok,kemas atas meja,bawah cermin kat meja.Mana info yang tak penting,eka nak keluarkan.Bila kemas,nak buat kerja senang,selesa..hehehe

p/s: lepas ni,eka ada satu job dengan satu owner blogshop.Ada iklan...Alhamdulillah..rezeki..lepas ni eka nak buat offer untuk ruangan iklan di blog ni....doakan tau..

lagi satu,pasal blog list,insyaAllah eka akan updated dalam masa terdekat..maaf yer sebab eka dah buat semalam,sekali,hilang semua bila eka refresh..huhuhu




7 comments:

eqa sulaika said...

wah mcm seronok je oton royong ni
kecuali bab bersin2 ni kan?

Cik Eka said...

eqa..ha ah betul tu...

asyik bersin tu yang tak berape nak best tu..hehehe

ILA SYAMILA ♥♥ said...

whoaaa cik eka nk model lah! excited nk tgk gmbar cik eka.

Meet Uncle Haire said...

cik eka kerja apa?

Mr feckry said...

style juga adunan bungan tu

mizzkechique said...

wahh, rezeki...

lisa said...

cantiknya bunga yg k.eka ubah. berbakat hehehe :)