09 March 2012

Jom Daftar Mengundi !

Dulu masa temuduga,panel tanya.

'Umur dah berapa? Apa tanggungjawab anda kepada negara??? '

jawapannya mestilah


'Mengundi' 


Dan eka baru je jugak daftar Pemilih dalam bulan 10 tahun lepas.Itu pun masa SPR buat program.Ayah eka yang beria suruh daftar,nanti boleh mengundi..eksaited jugak kot nak memangkah...hahaha

tapi bila check dekat Web Suruhanjaya Pilihanraya,tengok permohonan sedang diproses...wuhu..lambatnyer lah SPR nak proses..tadi dah dapat surat dari Pejabat daerah,nanti eka akan jadi petugas Pilihanraya.Taklimat hujung bulan ni..

baiklah,sapa-sapa yang belum daftar tu,baik lah daftar sekarang... tak tau cara,meh eka bagitahu yer...

pertama sekali,kita kena tahu syarat kelayakan untuk mengundi...

SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur 21 tahun;
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

CARA UNTUK MENDAFTAR

PENGUNDI BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a)
datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b)
serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang
akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)
semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR 
dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut
sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d)
menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai
bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa
tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk Pengundi Tidak Hadir seperti Tentera dan Warganegara Malaysia yang duduk diluar
negara,boleh tengok disini


nak daftar kat mana???

PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN

(a)Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686
(b)Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
(c)Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm
(d)Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini
(e)Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission
(f)Senarai Penolong Pendaftar

paling senang nak daftar,pergi je ke Semua Pejabat Pos yang ada sistem berkomputer.Bawak IC..tu jer pun..Mudah kan??? 

Selamat Mendaftar ye semua...jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.


7 comments:

mizzkechique said...

akak xdftr lg..okbai

NIZAM said...

Saya sudah. macam tak cy nk mengundi. rasa dah dewasa, eecece. selama ni prasan muda je. :P

Namee Roslan said...

namee dah daftar pun !! hehe :)

IEQAH said...

nak daftar mengundi jugak sbb ieqah bru cukup umur ni..hehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

errrrrrr tak dakfar lagi :P

Meet Uncle Haire said...

undilah parti saya...

lisa said...

alaaa belum 21 lagi ;D