15 March 2012

Sekadar Coretan...

Haritu adalah bercakap soal masa depan....

yelah,makin lama makin tua,makin lama makin lama makin lama,kadang-kadang rasa macam perlu fikir dari sekarang.

kalau dulu,bukan la tak pernah terfikir secara seriusnya tentang masa hadapan..setakat ala-ala je la.
Tapi sampai bila nak fikir yang ala-ala jer kan..alang-alang,baiklah berbincang serba sedikit..

sayu pulak rasa hati bila dia kata dia rindukan 'hometown' dia.

Rindu dengan kawan-kawan dia,rindu dengan ayam itik mak ayah kat belakang....

sedih pulak rasa hati bila dia kata kesian mak ayah duduk berdua lepas semua anak-anak dah kahwin dan bakal berkahwin..nasibla ada adik beradik dia duduk pun tak jauh...tak la risau sangat katanya,ada yang boleh jenguk-jengukkan kalau ayah mak tak sihat..

sebelum ni,dia tak de pulak cakap macam tu...
mungkin sejak dua menjak ni,katanya,dia selalu fikir tentang masa depan...
tapi nak buat camne kan....masa semakin berjalan....

duduk di Kota Besar,memerlukan kos hidup yang tinggi..selepas ini,makan,pakai,bil utiliti,rumah,kereta,anak..semuanya memerlukan wang..

kesian pula dengan kaum lelaki,yang tanggungjawabnya besar..memang lah dah namanya lelaki kan,tapi tak kan kita nak letak pada bahu dia semua,sedangkan kita jugak kerja..sedikit sebanyak boleh membantu dia bila dah hidup sama-sama nanti..

Mendengar cerita daripada orang yang lebih dahulu makan garam,susu baby,lampin pakai buang baby,barang dapur,kelengkapan rumah dan semuanyalah...

semua makin mahal..

bukan takut pada komitmen,anak dan sebagainya.Itu semua adalah rezeki Allah SWT..
Cuma,terfikir bahawasanya semua ini memerlukan kos..kos hidup...

lagi mencabar duduk di bandar besar...

sebelum ni tak terfikir panjang sangat pun semua ni..tengok mak ayah uruskan rumah tangga,nampak mudah je.. 

Walaupun fasa baru kami,yakni fasa 'Darah Manis' bakal bermula tak lama lagi,tapi kita suka nak fikir tentang masa depan semua ni...

Orang kata,kalau nak kahwin,kena kumpul duit banyak banyak banyak banyak banyak..

tapi kalau nak tunggu duit banyak banyak banyak banyak banyak tu,entah tahun bila la pulak kan.

Sekarang ikut kemampuan lah,kalau mampu buat le beso,kalau kurang kemampuan,sederhana ke ape ke,Alhamdulillah..janji majlis lancar..dan yang penting,lepas kahwin,takde lah masalah kekurangan wang atau dibebani hutang..

kadang-kadang kita ikut seru,ikut gerak hati.Bila rasa dah sampai waktunya,kita teruskan jer..akan diteruskan segala apa yang dirancang..walau pun dalam peracangan,ada lebih kurang 1 tahun lagi selepas majlis pertama ni...

*Hidup perlukan perancangan..Walau ada yang memaksa dan memberikan pendapat yang negatif,yang melalui dan merasainya kita..Kita perlukan masa yang sesuai sebelum melaksanakan tanggungjawab yang besar

Tak boleh nak ikut cara orang..Kita,tetap dengan cara kita,kita tetap dengan pendirian kita...
tapi kita boleh mendengar pendapat orang lain.
apa rezeki yang Allah SWT beri,itulah yang saya terima..Yang penting,sebagai manusia,kita hanya merancang,Allah SWT yang menentukan semuanya...



12 comments:

Seri Ayu said...

bila nak berumah tangga. woahhh :D

perancangan hidup perlu teliti, bukan?

semoga bhgia selalu, cik eka

ReeneeRaaid said...

Just follow what your heart says.. Insyaallah, it will point to the right path :)

All the best cik Eka!

lisa said...

memang berat tanggungjawab nak berumah tangga ni.hehe walaupun cik eka baru nak kearah itu. :) selamat menempuh kehidupan baru nanti :)

Hanih Borhan said...

Bunyik macam nak kahwin je ni... Nak kahwin dah ke? Haha...

Berat oo jadi lelaki, tapi saya pasti jadi perempuan ada cabaran sendiri... :)

Ikut kata hati yg selalu m'ingati & b'gantung pada Allah :)

eqa sulaika said...

mmg lelaki besar yang amt tanggunjawab yg harus di galas....tapi sebagai isteri yang sudah berjanji susah dn sng bersama haruslah membantu ye dak?namun skrang ni payah!suami tak ada duit isteri mogok and then suami ikutkan je perinth isteri...dunia sdh terbalik.Tapi jika iman ada di dada insyaallah semuanya berjalan dengan lancar

Atiqah Wadiah said...

duit tu boleh dicari..IAllah ada lah rezeki tu nnt..slmt menempuh alam rumahtangga eka in advance..lmbat lg kot tp dh wish..hukhukhuk

Xana Razak said...

it takes two to tango eka...
sometimes we need to hear what other people want to say...especially from the person who love you...

bukh81 said...

salam... cik eka.. boleh email sy dekat bukh5435@gmail.com x... sbb ada kemusykilan pasal pic kanak2 dlm post cik eka psl geladangan tu... TQ

Mr feckry said...

paling penting jangan lupa solat, berdiri la di bumi mana pun, pasti akan selamat

Asyikin said...

hai kak eka!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

terasa homesick plak ble bca entry ni..ehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

p.s bloglist tu dah tutup ek? hurmm :(

Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK