13 April 2012

Dugaan Yang Telah Berlalu..

Dah lama berlalu,baru nak publish hari ini..haritu dah terpublish..
kejadian berlaku pada 26 Mac 2012

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.

Berakhir sudah kegelisahan dan rasa tidak sedap hati aku malam tadi.

Kenapa?

Macam biasa,bakal tunang balik kampung dia di Seremban,balik malam tadi,dia menghantar kawan kakak dia balik rumah di Cheras,dan terus kan perjalanan ke Wangsa Maju.

Dalam pada perjalanan tu ,aku tak akan ganggu dia drive,kalau dah sampai mesti dia sms.tapi hampir sejam berlalu,hinggalah 2 jam,dan masuk ke 3 jam,langsung tiada khabar.Dah tertidur dah masa tu.Tiba-tiba terjaga terus tengok HP.Langsung takde ape-ape sms.Kalau dulu berulang ke Seremban naik motor,haritu dia balik naik kereta.

Risau dah tentu.

Call tak angkat.

Text tak jawab.

eh,kenapa pulak.Selalu tak begini.Hati mula rasa tak sedap.Nak tidur balik pun tak nyenyak.

Tiba-tiba call masuk,nombor tak dikenali.

rupanya dia

Ya Allah,terkejut!

Kena samun rupanya dia.

Musibah yang melanda,katanya,dia berhenti isi minyak dan masuk tandas dekat stesen minyak yang tempatnya aku tak pasti,tapi dekat pusat bandar KL..kemudian datang lelaki (bukan bangsa kita) 2 orang mengacukan pisau pada dia,kemudian bukak kereta,selongkar beg,dapat PSP,rampas telefon,seluk poket seluar,ambik dompet.sambil tu dia pesan jangan jerit,jangan melawan,kalau tak,pisau dah ada depan mata.

Katanya,dia langsung tak boleh nak lawan.Nyawa lagi penting.Dah la terpaku je masa duaorang tu seluk poket dia.Terkejut katanya.

Dah geledah kereta tetiba datang kereta masuk parking..

terus si penyamun bangsat tu lari..Kemudian selepas ambil duit,dia campak dompet tepi jalan! dan memecut laju.Menghairankan,motor nya TIADA BERNOMBOR PLAT ! aku rasa dia biasa buat kerja ni! waktu kejadian pukul 12 lebih,dekat pukul 1 dah.

Kesian, dia trauma.Nasib dia tak apa-apa,Syukur..

Nasibla kereta tak dibawak lari sama,kalau tak,tak tahulah.

Apa yang penting,keselamatan dia..PSP,Handphone dan duit tu tak apalah hilang,boleh berganti andai ada wang untuk dibeli nanti.

Ralat juga rasanya memikirkan dia.Dugaan benar tatkala mahu melangsungkan majlis ini.Aku sedih.Dengar suara dia yang sebak tadi,buat aku rasa sedih juga.pengajaran juga buat dia.Kalau dah malam tu,tahan jela rasa nak buang air tu sampai rumah.

Dari seremban tadi aku dah tanya,kenapa balik jauh malam,balik awal kan senang.esok kerja.Tapi tulah,benda nak jadi,kita langsung tak boleh elak.

Buat sayang,doa banyak-banyak,Ini semua dugaan untuk kita.Terima dugaan ni.Redha.Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.

mudah-mudahan.Amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tamat

Dah beberapa minggu berlalu,report polis pun dah buat.Pesanan untuk semua lagi-lagi kaum wanita,berhati-hati lah kalau nak turun berhenti ke stesen minyak.Lagi-lagi bila dah malam.Bahaya!

bila mereka bersenjata,kita nak lawan pun tak terdaya.Tak kan nak bergadai nyawa dek kerana barang-barang macam HandPhone ke PSP ke.Lagi-lagi bila pisau dah tercacak kat tepi perut.



Dah takde rezeki..







22 comments:

Arina Shamsul said...

haish..dah dua kes rompakan hari ni saya baca..huhu

seram! sekarang ni,banyak betul kes2 camni berlaku..nauzubillaminzalik..


saya follow sini dear :) jemput singgah blog ye :)

NenetPenne (NP) said...

bangsa pendatang yang datang ke malaysia buat hal..
malaysia should banned this kind of people...
menyusahkan je...

Cik Eka said...

hai arina.tq follow...tulah taku btul hal2cmni.nsib x pape

Cik Eka said...

kak net.bukan mereka.tp kaum kt msia gak

Fazreen Misbae said...

Ha ah..kita ada klik tapi xboleh bukak..rupanya baru nk publish rini..
dugaan tu kerana Allah sygkan kita...ini utk jadi kan pengajaran supayalebih berhati2...

ReeneeRaaid said...

cik eka, sabar k..
ada hikmah disebalik kejadian ni. may be Allah nk bagi rezeki lebih besar dr sekarang.

rasanya tem stesen minyak mmg port diaorg samun kot.

Seri Ayu said...

kasihannya.
nyawa lebih oenting.

alhamdulillah semua selamat :)

Cik Wani said...

bahayanye skrg..huhu

BlueiceButterfly said...

~takut lak bca..:(

El-Janna said...

takutnyaaa:( naseb baik xde pape

Man Min said...

Fui bahayanyaaaa. Aku selalu jugak travel malam-malam ni Wa. Taubat lepas ni aku seboleh-boleh elak travel malam-malam. Kadang-kadang kita rasa naik kereta ni selamat. Rupanya sekarang ni macam-macam boleh jadi. Nasib baik bakal tunang kamu tak ada kena apa-apa!

Nafisah Ruslan said...

ya allah.. bahayanya.. mujur nyawa tak melayang..
kalau tak, eka pulak yg akan trauma nnt.. huhu

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

hamzah ian said...

perghhh...

nasib baik nyawa selamat

Cik Eka said...

@Fazreen Misbae yupp ritu masih baru lagi.. tu publish lambat sket.. hehehe

Cik Eka said...

@ReeneeRaaid renee ya tq reenee.. betul la.. setelah dekat setahun berlalu,Allah bagi rezeki lebih dari ini... Syukur

Cik Eka said...

@Seri Ayu Alhamdulillah selamat semuanya

Cik Eka said...

@Cik Wani mmg sangat bahaya tau... penjenayah ada dimana mana

Cik Eka said...

@El-Janna alhmadulillah tak ada apa2... tapi sampai skang kalu berhnti stesen minyak takut gakk

Cik Eka said...

@Nafisah Ruslan minta pada Allah janganlah apa2. risau

Cik Eka said...

@Sherwieyna Muzzawer terima kasih

Cik Eka said...

@hamzah ian Alhamdulillah.. risau juga jadi apa2