22 April 2012

Follow You !

Assalamualaikum.

Dua hari cuti ni memang keraplah menjeguk,berblogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain.

Seronok

Seronok sebab jumpa macam-macam blog.Lepasni nak buat review lah blog-blog yang best.

Dalam pada berblogwalking tu,jumpa macam-macam ragam.Memang 'cliche' pun kalau hal follow you follow me back ni

'hello,saya dah follow awak,follow saya balik okey????'

nak tanya lah,berbelog ni setakat nak suruh orang follow je ke kejanya?

Ibarat datang rumah orang,lepastu paksa orang pulak nak follow balik.Orang kata,nak follow biarlah ikhlas.Kita suka cara penulisan sesuatu blog tu..Mana boleh nak paksa..Memang rasa tak semangat kalau followers sikit,tapi kena usaha la..Ada banyak cara.Pertamanya kena rajin.Tu memang tak boleh disangkal lagi.Saya pun mula dengan sikit,dah bertahun baru sampai tahap ni.

Nak buat orang jatuh cinta dengan blog kita bukan senang.Rajin.Tu lah kunci dia.

Nak buat blog senang,nak cari pembaca tu tak senang.Nak perah otak menulis yang seronok pun bukan senang.Nak kemaskini hari-hari pun bukan senang..Tak kan nak berhenti kerja semata-mata nak tumpu pada blog semata? Manusia pun ada perasaan jemu kan? Maksudnya ada yang berbelog untuk memenuhi masa lapang,suka menulis,menaip,meluah perasaan..Maka blog boleh jadi medium perantaraan untuk berkomunikasi.

p/s: dulu-dulu ada penah buat follow me follow you ni,tapi bila dah lama berbelog,baru rasa itu adalah perkara paling 'annoying' tahu???






12 comments:

Man Min said...

Noted! Hee

Miss Amateur Cook said...

cik ika buat apa tak tido ni. tak mengantuk ke. tempat kite baru nk pukul 12. kite pun dah mngantuk ni nak tido. selamat malam cik ika.
^_^

ReeneeRaaid said...

couldn't agree more. sy tak pernah hantar comment kat org suruh follow sy sbb sy rasa mcm annoying sgt. kesimpulannye, tak ada paksaan dalam follow menfollow ni.

thanks sbb tolong menyuarakan pendapat bg pihak saye jugak. saya dh lama pendam hal ni :)

sarah mohamad said...

Kan kan kan cik eka. Kadang2 pelik pulak yg paksa2 suruh follow ni, update jarang2 pastu entry biasa2 je. Kalau update hari2 blogwalking boleh la nak follow :)

Tentang Kita said...

x suka paksa org tuk follow blog saya..bila saya foloow rakan2 blogger, mereka x perlu follow saya sbb saya suka baca entry2 mereka yg best2....blog saya biasa2 jer x de yg menarik

Niza Romli said...

setuju dgn eka!!
follow biar ikhlas. :)

Ezy Chiaki said...

xsuke ngn ayt polo yu, polo mi bek!
haha

ciksengeh :D said...

betul2!

Ardini Izzati said...

Haha. Pelik betul ngn orang macamni. Sabar je lahh :D

ஜ miss klanika ஜ said...

tak kesah pon ada owg polow ke tak. tp suka bila ada owg leave kumen ^^

Miss Amateur Cook said...

cik ika rajinnye mengomen di blog saya. hehe. saya tahu je macam mane nk tukar setting comment jadi popup windows. saya lagi suka embedded sebab ada reply to comment. kalau guna popup window xde bnde tu. tapi xpe kerana cik ika kite tukar ye. :D

Nafisah Ruslan said...

yeh.. itu mmg annoying gile. saya xpernah lagi buat mcm tu. bagi saya bilangan follower tak penting, yg penting org setia baca blog and komen blog kita.. tak guna kalau follower ramai tapi yg membaca nya sikit. tapi walaucanepun saya tetap suka blog org.. ade masa saya boleh baca satu2.. hehe