09 April 2012

Mangga Australia Di Bidor,Perak !

Assalamualaikum.3 hari tak update,harini baru nak update.huhu.Maaf ya,saya agak sibuk kebelakangan ini.Jadinya masa untuk update blog amat terhad,kalau FB tu bolehla sebab ada yang via mobile.Blogspot tak boleh.Kalau boleh la update via hp,memang senang.Ni pun curi masa sikit updated.

Semalam balik dari Kampar menziarahi kakak ipar makcik yang meninggal dunia,balik tu singgah sebentar di Bidor.Ala sapa yang penah singgah Bidor beli jambu? Jambu loceng,mangga tu? hehe.Ha kat situ lah.Eceh,macam jauh beno Bidor tu ngan umah.Dekat jugakla.tapi makan dekat 45 minit gak.sebab dah alang-alang tu singgah.Mak nak beli jambu untuk rojak buah dia.Apple pun tak penah singgah sini,tu yang bawak dia singgah sekali.

seronok tengok buah katanya.Paling 'in' tengah musim sekarang ni kat Bidor tu,selain dari jambu takde biji tu,ada musim buah 'mangga Australia'.Besor buahnya.Manis tau! memang ditanam dekat Malaysia lah,bukan buah import punya.


tu dia buah mangga Australia.Sekilo RM 10.00 - RM 12.00 + +
rasa dia macam mangga biasa,cuma agak padat dan ber 'juicy'
semalam saya beli 2 biji dah sekilo.hehe

kalau kat Australia mesti lagi manis dan 'juicy' kan..


ni buah paling popular kat sana.
Jambu takde biji.Sekilo dalam RM 6.00 + +
sian apple,semalam ada buah Nona.tapi tak masak lagi.
kena peram 2,3 hari.takpela,nanti kalau ada lagi buah nona tu,nak beli untuk dia.


tengok tengok mari mari
buah macam-macam ada.Durian belanda yang duri dia pelik tercacak sangat
berbeza ngan buah durian belanda biasa.sekilo pun boleh cecah belas-belas ringgit.
ada jambu loceng.mangga,mata kucing,betik,limau bali,eh macam-macamla.
gula-gula kelapa pun ada.tapi manis owh.
Tapi bukan buah je ada.Ada petai,jering.hehe
tapi biasa mengikut musim.Bila musim durian ke,langsat ke,
macam-macam la ada jual kat sini.

semalam apple belikan untuk kakak dia jambu loceng,
sepeket yang bergayut warna merah tu ada RM 8.00,RM 10.00,RM 24.00.
tengok kebesaran buah.tapi memang sedap pun.manis.


ececececey..sorry gambar kena kabur.kehkehkehkeh...


Adohai,asal Isnin je lemau...hahahahaha



13 comments:

azzey said...

pekan Bidor mmg kaya dgn gerai buah2an kan.:)

Mr feckry said...

eka, nak minta tolong la, macam lu buat eh protect gambar dengan posting di copy.

Boleh tolong ajar tak..serius ni nak tahu..

mizzkechique said...

akka suke jmbu tuuu..

Xana Razak said...

amboi amboi amboi...
hakak2 eh sibuk wat hantaran die...die pulak boleh gi deting2 eh....

Syazwan Che Deraman said...

besar gila mangga aussie.

dua biji dah sekilo.
harga dah okey.

wan suka jambu takda biji.
tapi memang mahal jugak la.
kalo jambu biasa kat tempat nenenk wan jual..rm3 sekilo.

buah apple tak ada?
hehhe.
apple kesayangan ada.

Cik Eka said...

kak azzey..a ah banyak sangat....hehehe

Cik Eka said...

mr feckry...
eka dah msj inbox dah..check ye

Cik Eka said...

kak tina..sodap...

Cik Eka said...

kak xana..tak deting pun..g ziarah kematian semalam..balik tu singgah sini sebab lalu sini

Cik Eka said...

wan..a ah agak mahal.tapi berbaloi la sebab besor dan sedap.

jambu takde biji ni mmg mahal skit.kat pasar nenek wan jual tu mesti jambu batu kan?? yg ada biji tu?
tu pun sedap gak
cuma x elok makan biji dia kan...

lisa said...

mahalnya mangga tu!! 2 biji dah sekilo? gulp..

mas saari said...

sedapnya dapat beli buah-buahan tempatan camni..

cikmerpatiputeh said...

cik eka, kalo kt bidor nak cari buah byk2 tu kt ne?dkt pekan tu eh?