29 May 2012

Sebarkan Bahagia..

Assalamualaikum.

Dapat satu lagi blog menarik,terima kasih Kak Xana Razak sebab bagi link blog ini.



Biasa dengar nama Fatimah Syarha,
ruginya saya lambat dapat link blog ini..

Kadangkala hati kita perlu dimotivasikan supaya tidak terus menerus gelap gelita tanpa cahaya untuk menjadi panduan.

Saya agak bersyukur kerana pengalaman di sekeliling saya banyak mematangkan saya dalam urusan hal-hal kekeluargaan.Mungkin saya datang dari keluarga yang besar.

Banyak halnya

banyak ragamnya

banyak kerenahnya

banyak peelnya.

yang sorang begini caranya.

yang sana,begitu pulak caranya

eh yang jauh itu sukanya

eh yang dekat,itu tak digemarnya.

pendek kata,pelbagai kerenah dan ragam.

Emak lah yang paling banyak mengajar saya,bagi petua-petua tentang keluarga,rumah tangga.Sejak dari kecil dididik supaya mengutamakan keluarga,sampailah ke besar hendak berumah tangga pun emak tak jemu-jemu memesan.

'nanti dah kawen.... begitu,begini,begitu.begini'

Dan juga lagi satu,melalui pembacaan.Saya tak malu mengaku,saya suka membaca buku-buku yang berkaitan   keluarga,suami,anak-anak.Itulah satu proses pembelajaran sebenarnya.Umum,terbuka untuk dibaca.

Saya bakal berkahwin,bakal punya keluarga yang besar,bakal punya suami,bakal punya mertua,bakal punya ipar duai.Semua itu memerlukan komunikasi.Pokok pangkalnya hati kita.

sekarang,sedang membaca entry tentang menangis di blog Fatimah Syarha.Menarik...

memetik sepotong ayat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. 
Tahukah dikau, penyayangnya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki (Rujuk statistik). Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil


p/s Selamat membaca...








9 comments:

Syazwan Che Deraman said...

ouh, bagus eka baca buku buku macam tu.

bagus petikan dari blog tu :).
new info untuk wan.

Pelangi Mulus said...

Terima kasih untuk perkongsian ini

Srikandi Utara said...

terima kasih atas entry yg bagus ini=)

eqa sulaika said...

hy
blog akk kuar majalah rapi edisi 1 june .tahniah!!
sye terjumpa gmbr blog akk dlm majalh kt blog blogger lain

mia kaftiya said...

dah jumpa blog dia, lepas ni boleh cari novel-novel dia pulak. huhu.. >__<

Mr feckry said...

oo sebab tu la umur pompuan lagi panjang dari laki

Munnafendy said...

wow...sebarkan bahagia..pnuh yg tersirat ni :)

kena rjn2 suh tng menangis la cmni..hahaha

eqa sulaika said...

ini link nya :)

http://zoeyzauyah.blogspot.com/2012/05/saya-dalam-majalah-rapi-jun-2012.html

ade gmbr blog akak

Sayidah Nafisah Ruslan said...

perempuan dengan menangis memang tak dapat nak pisahkan.. tu satu2nya cara nak lepaskan emosi terpendam.. hehehe..

boleh baca blog ni dan boleh buat rujukan.. tq cik eka!