20 June 2012

Bersantai sambil Makan di Nasi Arab Damsyik

Assalamualaikum.Selamat pagi Rabu.Ehek,dah Rabu.Maklumla baru masuk koje harini.Cuti 2 hari,puas berehat.kikiki.Berehat sehari je,yang lagi sehari tu ke interview penting kat Putrajaya.Alhamdulillah selesai.Dah dapat kerja pun masih dapat interview lagi,tapi kita cuba je dulu.Dapat tak dapat belakang kira.

Oh,harini kite cite pasal makan..hehehe.Makan Nasi Arab kat Negeri Sembilan.Sabtu lepas.abang tunang eka,yakni bakal abang ipar la kan,hehe.menjemput majlis makan-makan sempena hari lahir anaknya,Haris yang comel dan bijak itu.Yang ke 3 tahun.Terima kasih Abg dan Kak Zana.

Ada la tangkap gambar sikit.Sekarang ni macam malas je nak tangkap gambar.haha..Tangkap ala kadar je,Encit tunang pulak beria nak tangkapkan gambar depan restoran tu,tapi yang hadoo..saye malas.hehehe.Malam dah pun.Kelabu asap je nampak nanti.Yele,henpon awok2 ni tak canggih manggih pun.kikikiki

Marila,kita tengok gambar.Tapi sebelum tu kita bagi alamat dulu yer.

Nasi Arab Damsyik
No 1,Taman Bourganviellea,
Jalan Senawang Paroi,
70400 Seremban,Negeri Sembilan


Cara nak pegi,tak tau ikut celah jalan mana,saye tau duduk dalam kete je.kikiki


ni depan restoran.Ni pun pinjam gambar kawan FB.sebab tak sempat tangkap.
tq Alya


ni dalam dia.Ada dalam dan luar,Tapi abg tunang ambil yang kat dalam.
kita duduk bersila.Best.hehehe.Santai aje..


cantik tak bekas teh tu.Ni namanya Shai.Kot la...hehe
eka tak minum teh,eka minum Teh O Ais Berpudina dan Manggo Lassi.
Manggo Lassi dia terbaik betul.Pekat,manis.Tak tambah gula rasanya,
memang 'pure manggo'
aumm..encit tunang tak habis-habis kata sedap sangat air mangga tu.
hehe


ha ini nasi arab ayam.Sedulang ni tak tau harga dia berapa.
Tapi dalam RM 50.00 + + tak silap
ni pun ramai yang makan ni.Memang sedap.Kenyang.Ayam dia lembutttt sangat.
Nasi dia panjang,cepat kenyang.Sos dia macam ada rasa masam tomato sikit-sikit
ada pedas cili,dan ketumbar yang dah dikisar bersama-sama tomato tu..
eceh,ala-ala masterchef pula saya rasa yer.kikiki.
Kemudian ada plain yogurt yang dah jadi sos.
Ada kambing jugak,tapi sebab eka tak makan kambing,
jadi tak tertangkap gambo kambing.


Selamat Hari Lahir buat Hariz
Tahun ni Hariz dapat adik.hehe
pandai dia.

bila tanya,hariz.adik hariz mana?
terus dia kata..

adik dalam perut mama..

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
bestnya tengok budak-budak semua datang meniup.
hehehe
makin bertambah anak buah encit tunang tahun ni,
tahun depan ke,tahun lagi satu ke,
insyaAllah bertambah lagi dari saya dan encik T..opssssssssssss
hahahahahahahahaha


eh Syarina.Macam Dora Explorer tu.hehehe
santai kan suasana dia.Boleh lepak-lepak.
mengeratkan hubungan kekeluargaan,sambil berborak.

maap ye kualiti gambo biase2 aje..henpon samsung Y jer.kekekeke


Apa-apa pun,terima kasih yang sudi belanja.Semoga rezekinya semakin bertambah dan melimpah ruah.InsyaAllah saya dapat gaji pertama saya ini,saya nak belanja keluarga juga.Berkatnya,sangat panjang.Ehem,bila nak dapat gaji pertama ni..kekekekeke...






20 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapnyer tgk menu
terlioq habes la
hepi belated bufday to harizzzzz @.@

Mr feckry said...

baru semalam wa layan nasi arab saba'

MizzTina said...

nmpk sedap, tp akak xminat sgt dgn makanan ala² arab ni.. meriah dpt mkn ramai²..

NenetPenne (NP) said...

sib baik kalau terliur boleh pi makan kat shah alam jer.. ada satu restoran arab nama restoran Zam Zam..

sarah mohamad said...

Bestnya kat restoran ni. Santai aje, rilek2 pun best ni. Heee

Gadis Kampung said...

sedapnyer nasi arad..nak juga...

cik najihah said...

sy pun selalu jugak makan kat situ kak..kenyang sangat

Mrs Ledibet said...

Teringin nak makan Nasi Arab...sedap tak eka?

ainraus said...

weehuuu. nampak macam best je eka! tapi ain kan, bukan kaki makan. so mesti membazir kalau bawak ain. :(

Cik Eka said...

tq kak lady...sedap memang sedap..kalau oder seorang,pastikan bawak dua org..banyak..hehe

Cik Eka said...

mr feckry..sedap tak??

Cik Eka said...

kak tina.. sedap..rugi le akak..hehe

Cik Eka said...

kak net, a ah penah dengar nama restoran tu..hehehe

Cik Eka said...

sarah. a ah boleh santai2 kat situ...hehehe

Cik Eka said...

GK.a ah sedap..memang sedap..hehehe..kenyang plak tu

Cik Eka said...

najihah..hehehe.yeke.alamak aritu takde plak najihah makan situ,kalau tak bole jumpe

Cik Eka said...

kak eira..mmg sedap..harga pon okey..manggo lassi dia sedap..jemput jemput..hehehe

Cik Eka said...

ain.bawak le ramai2..cepat abes..hehehe

Sayidah Nafisah Ruslan said...

restoren ni dekat giler dengan rumah saya tapi selalu takde mase nak pegi.. dah ramai orang cakap makanannya sedap.. insya allah ada masa saya pergi dengan keluarga lah nanti.. hehehe

happy belated birthday adik comel :)

Cik Eka said...

sayidah..try la pegi..memang sedap..kenyang betul..

try mango lassi tu..sedap..hehe