03 August 2012

Udang galah Di Restoran Tepi Sungai

Assalamualaikum.
Seperti yang saya janjikan..cewahhh..hihihi.saya nak cerita pasal makanan pula.
Semalam saya dan hosmet saya,Kak siti,dah pun ke Bazar ramadhan.

Memang rutin harian kami disini,lepas balik kerja,dari Office terus gerak ke Bazar Ramadhan.
Setiap hari.
Saya ni terus terang kata,masa duduk dengan mak ayah,jarang ke bazar.hihihi
Sekali duduk sini,merasa la tetiap hari membeli di bazar Ramadhan.

Lepas balik,Telepon pun berbunyi.Ceh tepon bunyi pun nak kabo..hahaha
Daripada pakcik saya @ Adik Ipar mak saya.Dia dan keluarganya ajak berbuka di tepi Sungai.Hihi.
Bukan la bebetul tepi sungai tu,cuma ada Restoran yang dikenali sebagai Restoran di Tepi Sungai,Teluk Intan,Perak.

Sapa yang perasan,restoran ini pernah masuk di TV3,untuk Visit Perak 2012.
Yang Maria Tunku Sabri jadi pengacara tu.
Dengar cerita lepas je masuk,ramai yang datang dari jauh nak rasa udang galah kat sini.

Alamat dia tak spesifik sangat,kalau tak jumpa boleh la tanya kat orang keliling.
senang cerita kalau dari Bidor,terus je.Selepas Hospital Teluk Intan,ada 3 traffic light,terus sahaja sampai ke penghujung jalan,boleh nampak tepi sungai ada gerai-gerai.

Semalam pakcik eka order udang galah bakar.Udang Gred A.
Kat sini udang dia ada gred.Yang eka tau semalam,ada dua gred.Kot ada Gred C rasanya.

Udang mengikut Gred seperti

                        Udang Galah Gred A              = 100 g @ RM 7.00
                        Udang Galah Gred B              = 100 g @ RM 5.00

Dan macam biasa,boleh dimasak dengan pelbagai cara.Semalam pakcik eka amek udang Gred A,
pehh kaki dia melentok.Seperti di gambar kat bawah ini.hehehehe.


Dia minta udang tu dibakar.
Eka pula beli udang galah Gred B,lepastu buat Goreng Kunyit.


Ternyata lagi sedap daripada bakar.hihihi.

Sesiapa yang rasa nak datang,meh la ke Teluk Intan.Mesti cuba.hehehehe


tergoda tak??? tergoda tak??

hahahah.tukang tulis ni pun tetibe je lapo...cehhhh
aummmmmmmmmmmmmmm
hihihihihi




10 comments:

Munnafendy said...

eka....ya Allah menggelegak terus perut nih

Cik Eka said...

mun..sorry mun...heheehe

Ezy Chiaki said...

tergoda laa!
nsb baek xg cari udang kat dapor..
haha

Cikbintang said...

sis!!!!awat wt entry tgahari gini..mlm kan bole..mara ni mara hahahaha...besarnye!!!nk rasa!!!!

Namee Roslan said...

woo udang itu sangat menggoda tau ! hehe

MizzTina said...

meleleh air liur!!!

Semut Senyum said...

ekaaaaaa............ udang ituuuuuuuuu... sungguh menggoncang keimanan saya .. heheheh tercapai jugak ye eka...

Alif Ismail said...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

Mohd Hanif said...

salam,ada address that kedai tu?cari2 tak jumpa

palekaiko said...

@mohd hanif. Kat sini
https://www.facebook.com/pages/D-Tepian-Sungai/523025504380084