27 September 2012

Cekodok Jagung

Selamat pagi.Harini tetiba je rasa lapar lepastu tengok instagram belek-belek ternampak pulak gambar cekodok jagung yang eka buat minggu lepas.Masa tu ada nenek,ada makteh ngan anak-anak,ada pakcik semua sarapan pagi kat rumah.Eka buat sampai 3 jenis cekodok.

Cekodok atau nama 'glamour' lain adalah cucur,atau macam opah eka cakap,jejemput @ jemput.

Eka buat cekodok pisang (tu nenek nak),lepastu cekodok jagung manis (bancuh dengan susu segar) Danial yang nak,lepastu cekodok jagung pedas (tu memang eka nak,sebab nak cicah sos cili).

Jadinya harini nak letak resepi yang pedas.sedapnya..rangup.

Resepi dia eka ikut anggaran jela ye.Sebab eka jenis tak sukat.letak-letak je bahan-bahan.

sebelum tu letak gambo dulu,penting.muahahaha.tapi gambo ni jela yang ada.Rasanya semua family dah faham,sebelum makan.errr tunggu kejap.nak tangkap gambar sikit..tapi sekeping je la,kang tangkap banyak-banyak,ade yang tercampak pinggan.. hahahaha


ha gitulah rupanya,penuh jagung.

Gigit je penuh jagung.gigit lagi sekali penuh bawang.hehehehe

Bahan-bahan:

1 mangkuk tepung gandum
2 tongkol jagung,parut guna pisau je.parut kasar-kasar
5 batang cili padi(ditumbuk halus)
1 biji bawang besar
air suam (ikut suka,nak lembut,lebihkan air)
garam(secukup rasa)

Cara-cara:

masukkan tepung,masuk jagung,masuk bawang,
masuk cili,masuk garam,letak air suam tu sedikit demi sedikit,
jangan cair sangat ye,pastikan dia tak berapa likat.
kacau bagi dia sebati.Jangan tak sebati,nanti liat pulak.
lepastu goreng,dan cicah sos cili.

Pastu ambik cerek,jerang air.
ambik kopi dengan teh,buat 2 jenis air,
dimakan bersama cekodok.lagi-lagi waktu hujan ni,
kompom meletup-letup jagung dalam mulut.

hahahahaha

selamat mencuba...

p/s: haishh lapo pulak rasanya.. hahahahha





4 comments:

Syazwan Che Deraman said...

ehm tak pernah plak wan dengar cekodok jagung.

makan plak pedas pedas.
wan tak suka mana benda pedas ni.
heheh

Pn. Sheila@CC said...

ermmm.... cekodok jagung, menu akak ngn anak bfast pg td... hehe

imanina zahri said...

Fuhhh. Sodap tuh cik eka. Mkn pulak wktu hujan. ;)

Jom singgah. http://sayasukamakanbiskut.blogspot.com

MizzTina said...

buatkn utk akak voley?