01 October 2012

Kek Batik,Sedap!

Selamat pagi semua.Pejam celik dah bulan Oktober dah.Tup-tup tahun baru dah mula,eh tup tup kenuri kawen bila nak buat ni??? hahahahahaha

Harini macam biasala,nak letak resepi je memanjang.Makan,makan,makan.Malam tadi boleh pulak dah makan nasik goreng Kak Ayu buat,eka boleh makan lagi dua setengah bijik donot big apol.Sebenonye mengidam J'co donut,tapi tak sempat nak beli,nasib baik la encik tunang memahami,dia bawak pegi big apol.

berat pun dah naik 60kg.Ingatkan turun,tapi takde harapan je. T___T

makin naik adalah.Dah tu bakal kak ipar tegur badan dah naik.hahahaha.. memang saye mengaku pun badan dah naik.memang ketara sangat bila pakai baju kurung Pahang warna pink tu.Buat-buat terkejut pulak saya,bila 3 minggu tak pakai baju tu,terus ketat tang pinggang,sampai kancing kain tu pun kena bukak.

Takpela,pasni nak kena bersenam.

Berbalik kepada cerita tadi,hari Sabtu lepas,pergi rumah bakal kak ipar,ada kenduri aqiqah,cukur jambul anak keduanya.Hayfa.Jadi keluarga belah bakal mak mertua semua berkumpul dekat sana.Saya sampai Jumaat malam,tolong-tolong buat kerja dan pukul 2.00 pagi kami buat projek masak memasak + mengemas dengan kakak tunang.hehehehe

Eka buat kek batik.Teringat pulak resepi mak Hanis Zalikha,Auntie Nani Rostam punya resepi.Tak guna telur,maka eka pun tiru sebijik sebijik resepi dia.dan akhirnya Alhamdulillah jadi.Memang sedap! 

Tuan buat sendiri pun puji.Memang angkat bakul sungguh la.. hahahahaha

Tapi memang ada yang puji pun.kawan-kawan Usim kakak tunang pun semua kata sedap..dan habis,licin.

seronok rasa.hehehehehe

ni ha dia kek batiknya..


resepi ni tak guna telur,jadinya memang tak de bau telur.
sedap sangat.

resepi dia

1 buku buttercup
1 tin susu pekat manis.Yang 450g
250 gram Serbuk Milo
Biskut Marie jenama Tiger sebungkus.

mula-mula masukkan buttercup dalam periuk ke kuali ke,
lepastu masukkan susu pekat tu.kacau-kacaukan dia,
masukkan pulak serbuk milo.
bila dia dah menggelegak timbul gelembung blup blup blup,
tutup api dan letakkan biskut marie yang dah patah dua tu.
jangan risau,biskut tu tak lembik.

amek loyang,letak plastik kalau tak nak melekat,lepastu tekan-tekan,
dan simpan dalam peti ais.

okey dah siap boleh potong..

sedap sangat!!

tapi eka makan dua ketul jela.
beringat sikit masa makan tu.cey cey cey cey

hehehehehe


selamat mencuba...






9 comments:

Fha Hzh said...

nk buat jugak la nnti eka. tapi slalu x de mase. bile balik rumah je la mampu nak buat semua tuh,. heeeeee.

Cik Huda said...

sedapnya..boleh try buat pas nie..

Lyaa Suriany said...

mntak sikit cik eka

najihahfara said...

paling senang nak buat kan

Niza Romli said...

eka, masa nak letak biskut tu, api dah kena tutup ke atau biar je. klu masuk time2 panas tu biskut tak hancur/lembik ke?

akk nk try buat ni..

hazanis said...

kek batik ni mmg sedap..yum yum..:)

cik nana said...

sedapnyaaa kek batikk. lama tak makan.

-misz zela- said...

kek batik.my fav =)

http://myzelaries.blogspot.com/

MizzTina said...

eh, akak buat mmg xletak telur pun dik.. :)