19 November 2012

Sambal Tempoyak Udang Petai

Dah tengahari ni elok sangatla update makanan.Siap dengan resepi sekali.Hihihihi.Tetiba je perut rasa berkocak bila teringat ni.Tapi takpela,dekat rumah ada lagi sikit udang ni.Semalam buat lagi,mak nak pulak..Malam kang boleh la makan lagi.Hehehehehehe.

Ari sabtu buatkan untuk sepupu eka,yang lapar tetengah malam.Patutla berisi,malam-malam lapo.Tapi yang tukang masak ni pulak lapo.Teringat mak ada beli udang.Tempoyak pulak,ada dalam peti.Bakal mak mertua adik bagi minggu lepas.Emmm nyumnyum,,,petai pun ada 5 papan.Tapi masuk dua papan dah la..ngeee..

Sempena musim buah Durian/Lulian/Deroyan/The Royans,Doyan ni,maka nah,

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Sambal Tempoyak Udang dan Petai

Eh

Sambal Udang Petai Masak Tempoyak

atau

Emmm Sambal Petai Udang dengan Tempoyak...


mana-mana jela,janji best.

hahahahaha

Nak resepi??? meh eka bagi.Sangat simple je.Campak-campak gitu kata orang.

Bahan-bahan

 10 ekor atau lebih pon boleyyy Sederhana 
2 papan Petai 
1 senduk Tempoyak  (ikut suka banyak mana)
10 Tangkai (nak berasap,letak lebih)Cili kecil/burung/api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih(aku letak,bagi sedap)
Air Secukupnya
Garam secukup rasa
Pakajinonoto secukup rasa(tanak pun takpe :p)
Serbuk kunyit SECUBIT SAHAJA.sikit je tau,kang letak banyak,bau.

Cara-Cara

Mula-mula sekali,
Siang udang(tak buang kulit,biar lebih 'juicy'
,bersihkan dan ketepikan.

Tumbuk cili api tu bagi lumat,letakkan bawang,
letak bawang putih.
Panaskan minyak dalam kuali.
masukkan bahan yang ditumbuk tu.
Tumis sampai naik bau,masukkan tempoyak,
gaul kejap,masukkan air.
Bila mendidih sikit,masukkan udang.
Bagi masak sikit,masukkan serbuk kunyit secoet,
bagi ada warna kuning sikit la.
Masukkan petai.Masukkan garam dan serbuk perasa,
lepastu siap.
Ambik nasik putih,cedukkan lauk,dan ngap

Selamat mencuba.

Meletopssssss..

kehkehkeh





13 comments:

NenetPenne (NP) said...

alamakkkk..memang mengundang rasa lapar laa pulak..

akak pula suka buang kulit udang tu sebab nanti nak makan tak adalah terkial2 nak buang kulit tu.

style akak pulak, tak ada tumis2 goreng semua, main campak je semua dalam periuk..

tempoyak, cili hijau, kunyit, daun kunyit, air, pak aji dan garam..tunggu menggelegak campak udang..

pastu selamat untuk dimakan..

Cik Eka said...

@NenetPenne (NP)

hihihihi..nak try akak punya resepi pulak la..mesti sedap ni sebab letak daun kunyit.kalau mak eka letak serai,tapi eka tak letak..
takdo.. hehehehe

hanani fiee said...

amaakkk . lapo sungguh perut ni ble tgk gmbr ! hahaha

YaYa said...

eka ni memang suka makan erk?? hehehe..bagus2..:)
lapau la pulak tgk pict nie..aishhh..
tempoyak..sedapnyer..dah lama x mkn tempoyak..

Cik Eka said...

@hanani fiee

kalau lapo kena try masak ni..kehkeh

Cik Eka said...

@YaYa

bella tau takpe...
memang eka suka makan..hehehehe

suka sangat..tu yg berat naik mendadak ni

MéuzAngelo™ XXIII said...

arrgghhhh!! tidak!!! saya laparr!! haha :p
tempoyak, my fav! :D

MizzTina said...

akak xmkn tempoyak..

:: Riri-Fatieha ::~ said...

suka gile dgn sambal udang tempoyak dan ape2 je la yg d masak dgn tempoyak. SUngguh menyelerakan!

♥ sitifarhana ♥ said...

fuhhh..sedapnye...nmpk terangkat..aummm..hehe

Jna marcello said...

SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPNYEE UDANG TU =)

Gorgeous & Beautiful said...

sedap nyer...=))

intanfirdaus247 said...

pagi2 buta gini merayap blog eka tengok entry n, memang buat perut kak intan berkeroncong..makaih sedapnya