Assalamualaikum sebagai pembuka bicara untuk pembaca semua.
Seawal jam 3.40 pagi,emak mengetuk pintu bilik.Ingatkan nak bangun pukul 4 pagi,sebab jam loceng kat handphone dah setting pukul 4.00 pagi.Tapi takpelah,awal sikit.
Mata memang mengantuk yang amat,tapi apa boleh buat,emak mesti ditolong.Pagi ini emak ada tempahan untuk memasak.Dua hidangan.Satu office tu nak lontong,office saya pulak nak bihun sup.Jadinya dah jadi double la order.Kesian pulak kat emak nak masak sorang.
Emak saya memang ada buat perniagaan katering kecik.sebab apa saya panggil kecik? sebab emak memang akan terima tempahan makanan daripada office-office je biasanya termasuklah office saya sekali.hihi.Kemudian tempahan kenduri-kendara,kursus,seminar dan juga majlis kecik-kecik.Kenduri kahwin memang tak la,sebab mak memang suka masak dalam kuantiti yang sederhana.Lagi mudah kan.
Biasanya pekerja emak takdelah orang lain.Selain daripada ayah saya,adik beradik saya,adik beradik emak,adik beradik ayah dan senang cerita,semua sedara mara.Kata emak,ada rezeki,baik lah dikongsi bersama.
Tapi,biasanya kalau bab berniaga ni,memang ada pasang surutnya.Didengki manusia lain memang dah lumrah agaknya dalam masyarakat kita ni.Pantang kita lebih,ada saja yang nak didengki.Pernah jugak dalam tempoh beberapa bulan,langsung tak terima apa-apa tempahan.Kejadian pelik tu biasa sangat.Nasi ditanak tak masak,sayuran hijau jadi hitam.Tu semua pernah dirasai,tapi apa yang penting,niat kita berniaga kerana Allah SWT.
Apa yang Allah SWT beri kita rezeki kita terima.Kita sendiri boleh fikir lagi-lagi dalam bab-bab penyediaan makanan ni.Tak perlu minta pertolongan jin untuk 'mendinding' perniagaan kita,cukuplah rezeki yang datang,kita terima.Lagi-lagi,bab masak memasak,hidang orang makan ni,akan jadi darah daging.Berkat ke kalau perniagaan kita ada unsur-unsur syirik?? sendiri boleh fikir kan?
Kadang-kadang kita pulak naik pelik,kenapalah manusia ni lagi-lagi kita yang sebangsa,pantang nampak pesaing kita tu naik sikit.Kita kenalah berfikiran positif,kadang-kadang ada yang kita tak masak,orang lain boleh masak.Orang lain tak boleh masak makanan tu,kita boleh masak makanan tu.Sebenarnya rezeki kita dah ditetapkan oleh Allah SWT.Kadang-kadang cepat atau lambat je kan.
Nasibla emak selalu pesan,berniaga kena banyak sabar.Biarlah orang kenakan kita walau apa cara sekalipun,tapi dia tak boleh lawan kuasa Tuhan.Kalau Tuhan dah tetapkan rezeki kita sebanyak itu,kita terimalah banyak itu.Kalau Tuhan dan tetapkan rezeki takat tu,takat tu jelah rezeki kita.
Seronok sebenarnya dapat tolong emak masak ni.Kadang-kadang pukul 5 pagi,saya tolong emak cuci ayam,basuh beras,masak nasi.Rasa beruntung sangat,sejak umur saya 14 tahun,saya dah boleh masak satu kuali besar ayam masak merah.Sampai sekarang,kalau nak tolong emak masak,insyaAllah saya boleh tolong.
Rasa bangga jugaklah bila ada yang kata bakat memasak emak,turun kepada saya.Dulu serius tak minat pun nak libatkan diri dalam bab-bab jual makanan ni.Tapi tulah orang kata,dari tak minat,terus minat.sebab kesiankan emak ayah yang bangun subuh-subuh menyiapkan tempahan.Paling tak boleh lupa,masa saya sekolah rendah,emak masak nasik lemak pagi-pagi.Ada satu bakul untuk dihantar ke kedai makan,paling sedih,pemilik kedai makan tu caras nasik lemak emak,dia buat nasik lemak lain,nasik emak punya dia sorok kat belakang.Bila petang ayah nak ambik raga dan hasil jualan,dia pulangkan satu raga penuh,dia kata,nasi lemak tak laku.Rupanya,ada orang cerita,dia tak letak pun nasi emak kat depan,padahal dorang mencari emak punya nasi.
dalam pada dikhianati tu,emak masih boleh senyum.Emak kata,takpelah,bukan rezeki kita.Bukan sekali dua dia buat,banyak kali.tak berkat lah perniagaan dia tu.Sudahnya,dibuang lah nasi yang siap dibungkus tu dalam lubang sampah.Rasa nak nangis je kalau ingat balik.Ada lagi sebenarnya,tapi kalau cerita semua,memang tak akan habis.Tapi biarlah perkara yang lepas berlalu.
Kesimpulannya disini,bila kita berniat nak berniaga,yang utama adalah keikhlasan kita.InsyaAllah Tuhan akan memberkati kita,tak kiralah apa bentuk dan jenis perniagaan sekalipun yang kita ceburi.Rezeki itu datang dari Allah SWT dan kita terima banyak mana pun rezeki itu.
mata saya semakin segar lepas menolong emak pagi ni.Usai membasuh ayam,direbus dalam rebusan sup untuk bihun sup.tinggal emak menumis bahan darat untuk dimasukkan ke dalam sup,ayam sudah siap dicarik,sayur-sayuran untuk lontong juga selesai,sekarang saya nak gosok baju untuk ke Taklimat Petugas Pilihan Raya.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.Amin.