Dah lama berlalu,baru nak publish hari ini..haritu dah terpublish..
kejadian berlaku pada 26 Mac 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Berakhir sudah kegelisahan dan rasa tidak sedap hati aku malam tadi.
Kenapa?
Macam biasa,bakal tunang balik kampung dia di Seremban,balik malam tadi,dia menghantar kawan kakak dia balik rumah di Cheras,dan terus kan perjalanan ke Wangsa Maju.
Dalam pada perjalanan tu ,aku tak akan ganggu dia drive,kalau dah sampai mesti dia sms.tapi hampir sejam berlalu,hinggalah 2 jam,dan masuk ke 3 jam,langsung tiada khabar.Dah tertidur dah masa tu.Tiba-tiba terjaga terus tengok HP.Langsung takde ape-ape sms.Kalau dulu berulang ke Seremban naik motor,haritu dia balik naik kereta.
Risau dah tentu.
Call tak angkat.
Text tak jawab.
eh,kenapa pulak.Selalu tak begini.Hati mula rasa tak sedap.Nak tidur balik pun tak nyenyak.
Tiba-tiba call masuk,nombor tak dikenali.
rupanya dia
Ya Allah,terkejut!
Kena samun rupanya dia.
Musibah yang melanda,katanya,dia berhenti isi minyak dan masuk tandas dekat stesen minyak yang tempatnya aku tak pasti,tapi dekat pusat bandar KL..kemudian datang lelaki (bukan bangsa kita) 2 orang mengacukan pisau pada dia,kemudian bukak kereta,selongkar beg,dapat PSP,rampas telefon,seluk poket seluar,ambik dompet.sambil tu dia pesan jangan jerit,jangan melawan,kalau tak,pisau dah ada depan mata.
Katanya,dia langsung tak boleh nak lawan.Nyawa lagi penting.Dah la terpaku je masa duaorang tu seluk poket dia.Terkejut katanya.
Dah geledah kereta tetiba datang kereta masuk parking..
terus si penyamun bangsat tu lari..Kemudian selepas ambil duit,dia campak dompet tepi jalan! dan memecut laju.Menghairankan,motor nya TIADA BERNOMBOR PLAT ! aku rasa dia biasa buat kerja ni! waktu kejadian pukul 12 lebih,dekat pukul 1 dah.
Kesian, dia trauma.Nasib dia tak apa-apa,Syukur..
Nasibla kereta tak dibawak lari sama,kalau tak,tak tahulah.
Apa yang penting,keselamatan dia..PSP,Handphone dan duit tu tak apalah hilang,boleh berganti andai ada wang untuk dibeli nanti.
Ralat juga rasanya memikirkan dia.Dugaan benar tatkala mahu melangsungkan majlis ini.Aku sedih.Dengar suara dia yang sebak tadi,buat aku rasa sedih juga.pengajaran juga buat dia.Kalau dah malam tu,tahan jela rasa nak buang air tu sampai rumah.
Dari seremban tadi aku dah tanya,kenapa balik jauh malam,balik awal kan senang.esok kerja.Tapi tulah,benda nak jadi,kita langsung tak boleh elak.
Buat sayang,doa banyak-banyak,Ini semua dugaan untuk kita.Terima dugaan ni.Redha.Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.
mudah-mudahan.Amin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tamat
Dah beberapa minggu berlalu,report polis pun dah buat.Pesanan untuk semua lagi-lagi kaum wanita,berhati-hati lah kalau nak turun berhenti ke stesen minyak.Lagi-lagi bila dah malam.Bahaya!
bila mereka bersenjata,kita nak lawan pun tak terdaya.Tak kan nak bergadai nyawa dek kerana barang-barang macam HandPhone ke PSP ke.Lagi-lagi bila pisau dah tercacak kat tepi perut.
Dah takde rezeki..