31 May 2012

Kamus Nogori Sombilan

Saya perlu belajar Bahasa ini.Bakal menjadi bahasa saya jugak lepasni..muahahaha..tapi sebenonyer,dah paham dah pun sikit-sikit.Tapi takdelah faham semuanya..hehehehehe

Semalam saya bukak FB,ada kawan saya post satu gambar.Kamus N9


credit gambar dari blog ini (AyamPenyek)
tq

uii,buek po tuuuuu

dulu ada orang penah kata kat eka..

'duduk ontok-ontok kek sini'

pelik je sebab tak faham,upo eh ontok-ontok tu diam..
duduk diam-diam  makno eh....

hehehehe


29 May 2012

Sebarkan Bahagia..

Assalamualaikum.

Dapat satu lagi blog menarik,terima kasih Kak Xana Razak sebab bagi link blog ini.



Biasa dengar nama Fatimah Syarha,
ruginya saya lambat dapat link blog ini..

Kadangkala hati kita perlu dimotivasikan supaya tidak terus menerus gelap gelita tanpa cahaya untuk menjadi panduan.

Saya agak bersyukur kerana pengalaman di sekeliling saya banyak mematangkan saya dalam urusan hal-hal kekeluargaan.Mungkin saya datang dari keluarga yang besar.

Banyak halnya

banyak ragamnya

banyak kerenahnya

banyak peelnya.

yang sorang begini caranya.

yang sana,begitu pulak caranya

eh yang jauh itu sukanya

eh yang dekat,itu tak digemarnya.

pendek kata,pelbagai kerenah dan ragam.

Emak lah yang paling banyak mengajar saya,bagi petua-petua tentang keluarga,rumah tangga.Sejak dari kecil dididik supaya mengutamakan keluarga,sampailah ke besar hendak berumah tangga pun emak tak jemu-jemu memesan.

'nanti dah kawen.... begitu,begini,begitu.begini'

Dan juga lagi satu,melalui pembacaan.Saya tak malu mengaku,saya suka membaca buku-buku yang berkaitan   keluarga,suami,anak-anak.Itulah satu proses pembelajaran sebenarnya.Umum,terbuka untuk dibaca.

Saya bakal berkahwin,bakal punya keluarga yang besar,bakal punya suami,bakal punya mertua,bakal punya ipar duai.Semua itu memerlukan komunikasi.Pokok pangkalnya hati kita.

sekarang,sedang membaca entry tentang menangis di blog Fatimah Syarha.Menarik...

memetik sepotong ayat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. 
Tahukah dikau, penyayangnya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki (Rujuk statistik). Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil


p/s Selamat membaca...








15 May 2012

Hadiah Untuk Saya..Terima Kasih

Assalamualaikum,dah berapa hari tak update,barulah harini tergerak hati nak update.Hmmm takde mood je rasa dua tiga empat menjak ni.Tapi mood lain tu ada je..hahaha

Oh,saje je nak cerita pasal dapat hadiah.

La eka oi,pasal hadiah pun nak cerita kan.Yela sebab hadiah ni istimewa dari kakak..kakak mana tu?? 


Alhamdulillah.Terima kasih kak.Saje je ingat nak gurau ngan akak,rupanya betul-betul dia bagi.

Bukunya???


Ini dia


Bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa

tengah baca ni,hehehe.Nanti kita share kat sini.Hehehehe





08 May 2012

5 hb 5 2012

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah... Saya dah menjadi tunangan orang.Rasa macam tak percaya je tahun depan dah nak kahwin.InsyaAllah kalau diizinkan olehNya.

Kalau nak kata perasaan cam ne tu,mestila berdebar.Percaya tak,sampai naik cam biru kaki.haha..Tu tak tau la masa nak menikah nanti.Mesti lagi berpeluh dan berdebar hebat.

Semua berjalan lancar.Rasa untung sangat ada saudara mara ramai,keluarga pun besar yang banyak membantu hal kenduri,kendara.Memang rasa seronok sangat.Tengok semua pakat tolong menolong.Semua gembira.Makanan semua cukup,sedap lagi..hihi.kite pun makan lambat masa tu.


memang best la semua kawan ada..
memang rasa meriah gila.. 

dan last..hihihi




*




*




*




*

ni lah bakal suamiku....
bakal berkongsi hidup dengannya insyaAllah tak lama lagi.
Doakan kami yer...


cipta sendiri benda alah tu..hihihi
ish sempat lagi buat tu.memang nak sangat majlis nampak sweet,
akhirnya eka sempat lagi decorate.dua hari sebelum majlis.

Alhamdulillah.semua berjalan lancar.
Memang sederhana tetapi meriah.Mini pelamin tu,semua makcik2 yang hias.
memang kreatif semua.siap dengan bantal nyer,ngan taburan bunga ros nyer



Apa-apa pun,jutaan terima kasih buat mak ayah,nenek,opah,keluarga belah mak,belah ayah yang memang sangat-sangat sangat sangat membantu eka buat majlis ni.Tak lupa buat keluarga bakal mertua yang datang memeriahkan majlis..Juga Kawan-kawan,saudara mara yang sudi hadir.Memang semua saudara yang memeriahkan majlis.keluarga besar pulak tu.jadinya nampak macam ramai sangat.

Maaf kalau ada yang terlebih dan terkurang.Biasalah kalau majlis bukan semua sempurna.Ada jugak yang bermasalah tu,kita cepat-cepat la atasi.Nanti eka cerita lagi tau.hehe

p/s: lepasni,kami kerja keras,untuk menjadi suami dan isteri.dan dapat menempuh segala dugaan dan cabaran berdarah manis ni...



02 May 2012

Rosak Pulak Dah Printer

Assalamualaikum.

Harini 

Pagi tadi

Printer HP 2060 (ceh jenama sekali sebut) tetibe je buat hal.Hadoi.Memang habis mood ah nak buat report harini.Sampai terpaksa pergi meja depan pinjam komputer.

Sambil pinjam sambil on9 la..hehehehe

Tak tau ape ke masalah printer tu tak boleh nak tarik kertas.Puas dah aku terbalik kan,korek kot ada kertas tertinggal ke kan,tapi tak ade.Elok je gayenyer.

malas dah nak betulkan,tibe masuk keje lepas rehat tadi,rasa gatal pulak tangan,pergi betulkan balik.Buang yang lama,install yang baru pe semua.

Akhirnya boleh guna dah pulak.

hehehehe.dah elok la kawan-kawan. Tak nampak eh saya tulis dah elok..

terer gak aku kan..hahaha..*tu pun nak berlagak...

seronotnyer rasa.Boleh buat kerja semula..

baiklah,sambung keje.Malas nak on9 dah.

Esok,lusa cuti..:p



WORDLESS WEDNESDAY ke?? haha


di atas meja kecil.Ada ini..
Bunga itu baru je letak tadi.hehehehehehe

bunga apa?? cer teka..hehe



01 May 2012

1 Mei

Assalamualaikum.Hari ini adalah hari buruh.Cuti umum untuk kite.

Memang rehat habisla harini.Tidur makan tidur makan..'cuti' pulak.Lagi galak la berhempas pulas tidur.Bila petang pulak makcik datang hantar sejumlah lagi hantaran,siap ambilkan sekali baju ngan mini pelamin kat butik...

agagagaga...

nak buat ape tu????

nanti kite citer lagi tau...nak buat ape benda-benda alah tu semua.

Setakat ni hampir sempurna,tapi esok tambah lagi nak buat macam-macam.lusa dan tulat siap-siap ambek cuti.Esok masuk kerja sehari.yelah,tak kan nak biarkan report punch card,cuti,TNT semua tak berhantar minggu ni.Kang minggu depan pulak nak hantar,lewat.esok nak siap-siap buat.

Esok dahla boss takde,kena letak dulu la dalam bilik boss,bagi dia sain.Lusa datang opis kejap,buat kerja sikit..

hahaha

kan dah kate,kalau cuti pun,tapi kalau kerja kat opis tu tak siap,tak sedap hati nak senang lenang buat koje kat umah.nak tak nak kena siapkan.Rasa tak bertanggungjawab pulak.Nak suruh orang tak sampai hati.

Malam ni harap dapat tidur awal,janganla lambat tidur.

semoga semua berjalan lancar.mudah-mudahan.Amin