28 July 2012

Fuhhhha

Assalamualaikum..lama tak update..dek kerana pc saya kat opis tidak bole connect internet..huhuhuhuhu..
Windows 7 memang susah betul nak setting internet ke ape..huhuhu...
Banyak benda nak cerita tapi tak berkesempatan lagi..huhuhuhu..nanti kalau semua dah okey saya updated macam biasa.
Memang bosan giler kat opis..
Entah siapa la yang dapat tolong...huuuuuuu


24 July 2012

Mata # Pembedahan Lasik

Assalamualaikum.

Tadi ke Blog Munna Fendy untuk baca entry terbarunya mengenai Pembedahan Lasik seorang Doktor yang juga Blogger,iaitu Dr Mahyuddin..

Teruja saya membaca

Sebab,saya memang dah lama punya keinginan untuk membuat pembedahan Lasik ini.Tapi,untuk kakitangan awam seperti saya ini,rasanya perlu mengumpul sejumlah wang untuk membuatnya.Kosnya haritu semasa saya bertanya pada Dr Muhaya,bawah RM 10,000.00.Dalam RM 7,000.00 begitu lah kosnya.Cuma mengikut umur dan mengikut masalah mata kita.Menurut Dr Mahyuddin,kos akan diketahui selepas menjalani Lasik ini.

Dr Muhaya,siapa yang tak kenal beliau.Kalau bercakap di dalam TV,kita mesti terpaku.Seronok dengar dengan kata-kata dia yang lembut,positif sentiasa.Kita dengar pula rasa teruja.

Sebelum ini,saya pernah memberanikan diri untuk memberikan Mesej di Facebook kepada Dr Muhaya.Saya sangka mungkin Dr Muhaya tak membalas mesej saya.Ya,Dr Muhaya kan sibuk.Tapi jangkaan saya meleset apabila dia membalas dan menjawab pertanyaan saya.

Dulu,saya ada masalah floaters di mata kanan saya.setelah berjumpa pakar di Hospital Kerajaan,katanya floaters itu tak menggangu.Jadinya takut juga sebab nak pakai lenses.Lepas mesej Dr Muhaya,barula yakin.Cuma Dr cakap,baik buat lasik ni.Saya kata tunggu saya punya cukup wang,saya pun nak buat dengan Dr Muhaya. :)

Oh,saya nak kongsi  link tentang
ni dekat anda semua.Selamat membaca.


Semoga satu hari nanti saya dapat buat pembedahan ini.Amin

p/s: Untungnya orang yang tak payah guna cermin mata. Bersyukur lah anda semua sebab mata anda masih cantik. :)



mata saya.eh nak tunjuk jugak.hehehehehe
Walalupun rabun,saya tetap menjaga mata saya.
pancaindera yang sangat berharga




23 July 2012

Review Maybelline BB Stick Foundation

Assamualaikum.

Harini citer pasal make-up la plak eh.hehehe.Review terbaru.Hoho.Eka sebenarnya memang suka rangkaian Clear Smooth daripada Maybelline ni.Walaupun muka tak la flawless giler macam baby,tapi Alhamdulillah kulit tak banyak masalah.Jerawat pun kadang-kadang je ada.Bila ada tu,rasa macam best je muka,nampak cute lagi-lagi kat dagu..hihi..perasannyer.hehe

Tapi kekadang kalau tak jaga muka,memang masalah jugak.Kasar semacam jer.Lepastu ada jerawat pasir tu.Ditambah pula kekadang ada Black Head,White Head tu.

Membebel panjang pulak.

Berbalik kepada Foundation ini,biasa eka pakai yang liquid punya,lepastu tenyeh pakai tangan,tangan pun comot.Kena selalu lap.Tapi,tidak lagi bila menggunakan ini.Sangat senang.Sapu je macam gincu.Gincu sapu kat bibio,ni sapu kat muka,lepastu tenyeh sikit la.Tapi kalau tenyeh pun,tangan tak comot.

Serius.

Tesktur dia macam licin je,dan tak melekit.


Yang belah kanan itu.

Eka beli di Guardian,RM 21.90 tak silap.
harga sebelum Less RM 24.90.

Ada dua warna

Satu Fresh,satu lagi Natural.

Eka ambil yang Natural.

Sebenarnya malu la pulak nak letak contoh dah pakai.tapi eka letak separuh muka jela.

]

ni pun adala effect sikit iaitu di bawah cahaya..
tu nampak berkilau..hahahahahahaha

Berminat?? dapatkan segera di pasaran.Sekian,terima kasih.hehehehe

Berbuka 1 Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni,hari Isnin,dah sampai semula di Diamond Bay ini.Petang semalam,dah sampai dengan Kak Siti,Teman serumah saya.

Dah 3 Ramadhan dah hari ni.Hmmmm masih rindu lagi dekat emak dan abah dan semua...
adoiii rindu dah ha...

lemah betul la hati..hahahahahahaha....

Tapi nasib la semalam emak ade bekalkan makanan.Lauk pauk..terubat sikit rindu.hihihi.Lepastu petang semalam singgah Bazar Ramadhan untuk beli kuih-muih iaitu buah Melaka @ Onde-onde,Air Laicikang,Air tebu dan kurma.Cukup.

Hari pertama puasa,berbuka ramai-ramai kat rumah nenek.best gila.Bukan selalu semua berkumpul.Anggaran kasar 27 orang tapi entah berapa orang la.hahaha.Tak kira bebetul semua ada berapa.

Makanan memang banyak.Macam-macam ada.makan mee rebus udang makteh masak,lepastu ada la hidangan sampingan lain.Yang Pakde pulak beli aiskrim Magnolia perisa vanilla satu tong besar tu.Punyala sedap makan dengan roti.Mungkin sebab sedap lebih bila makan ramai-ramai.Padahal dah selalu je makan.hehehe


Paling banyak makanan semua mak tam masak sendiri.dibantu pulak dengan makcik2 yang lain.
Kuih ketayap.sedap.tapi tak sempat makan banyak,cucur udang,lengkong merah,
pisang goreng,kuih lopes,popia basah,sambal petai,gulai ikan,
bla bla bla..dan semua makanan habis.

yela keluarga ramai,memang licin la semua.
memang tak membazir.Alhamdulillah.


Kalau dah ramai begini,mana boleh makan atas meja,
bentang tikar,duduk la bersila.Masa nila sudu habis,gelas habis.
hihihi..Ada jugak yang sentap sebab dapat gelas kecil je.
tapi bukan la eka,ada la sepupu eka..

Petang semalam,iftar 2 Ramadhan,mak ayah dan adik berbuka pula kat rumah Opah.(emak ayah).Dan sedih la pulak sebab saya tak dapat turut serta.Takpela,mungkin minggu depan saya akan balik rumah mak lagi untuk berbuka dengan Opah pulak.

p/s: Pepagi ni mengantuk la pulak..Adui rasa letih pun ada.huhuhuhuhuhu




19 July 2012

Barang Baru

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum,kan eka dah pindah ke rumah sewa.hehe..Dah hampir 2 bulan duduk menetap kat sini sebatang kara..eceyyy..hehehehehe

Malam tadi,saye,Kak Siti dan Mahirah pegi ke Jayen.Jayen je la jadi pilihan sebab kat sini ada Jayen,untuk membeli dan belah.hehehe.Saye memang nak beli barang pun,sebab kat dalam bilik saye tu,takde lemari pun.Jangan kan lemari kayu,lemari kain pun takde.hoho.Orang baru keje la katekan,hapah pun takde.

Ingat nak beli lemari kayu,tapi fikir balik,nanti nak pindah susah plak..wahaha..ade hati nak pindah tu.hihihi.Jadinya saya cari almari kain je.Ala yang sambung-sambung tu.Selama ni penah tengok jela orang pasang,tapi pasang sendirinyer idak.reti nengok aje le.

nah,ambek ko eka.Dah duk jauh ko pasang la sendiri.hohoho.

Maka,saya beli dua benda penting la bagi saya.Sebab tak nak bilik bersepah.Macam hape je rope.udah bersusun kain baju tepi dinding,tu belum nengok yang bergantung lagi tu.Tapi masih kemas walaupun takde lemari.hihi.

saya beli rak kecil ada 3 petak.Warna Green Olive.Sebenarnya eka nak warna purple.Tapi habis.Yang display je ada.Tapi tak jual.Hmmmmmmm.Amek jela.Ada warna blue dengan Mandarin.Tapi Mandarin nampak hangat walopon warna oren susu.Baik amek hijau.Sejuk mate tengok.

Nak memasang benda alah ini,alahai.sakit tangan.Bertiga mengerojekan benda alah ini.Mula-mula kami susun,lepastu Kak siti skru.lepastu saya pulak sambung skru.lepas saya penat Mahirah pulak sambung.Sampailah siap dan menjadi seperti ini.


ecey,dah siap susun.Ni harga dia RM 19.90.
Selepas Less.Kalau tak harga dia RM 24.99
Dapatkan segera di Jayen.
Lepastu balik rumah,pasang sendiri yer.

Hadoi.sakit tanganku.

Selepas siap tu,saya naik atas pula sebab nak pasang Almari kain.Ala dulu-dulu orang panggil almari plastik.Kalau sesiapa pergi belajar ke,pindah rumah ke,ade la sampingannya lemari ni.Setakat ni saya ada satu,tunang ada satu kat rumah kakak dia.kawen nanti senang,dah ada sorang satu.hahahahahahahahaha :p


Almari ni harga dia RM 59.99.Selepas Less
Harga sebenar RM 69.99 rasanya.
Dapatkan segera di Jayen.
Lepastu balik rumah,pasang sendiri yer.


Mula-mula saya pasang rangka dia.Ikut 'Direction' yang dia sertakan dalam kotak.Memang menjadi.Walaupun kekadang keliru.Ada nombor.A,B,C,D,E dan F.Pasang perlahan-lahan.hehehe


Sekali,dah sakit-sakit tangan,terlupa pulak nak letak kain dia dalam 
batang besi hitam tu.
Hadoi,sabo jela.dah tinggi dah eka pasang.
terpakse la cabut sikit.Lepastu pasang ni.


Cisssss pasal benda ni la.Dalam direction suruh pasang rangka dulu.
tapi tak perasan pulak suruh letak kain ni dulu.

Tiba-tiba,Mahirah datang masuk bilik.Nak tolong.
Mungkin dia tak bole tidur kot dengar hosmet dia bertukang kat sebelah.
hahaha.bertukang tak guna paku tapi bunyi keletung keletang tahap minimum jela
Dah habis senyap dah eka buat tu


Akhirnya siap jugak.Tinggi.Agak kukuh.
Rasanya tinggi dalam 170 cm la,sebab eka 165 cm je.
tapi eka agak la kan,nak sama tinggi gak ngan lemari ni.eceh.haha.tipu.lemari tinggi skit
tapi entahla tahan berapa lama,
baju eka agak banyak.
Jangan roboh,kalau tak,memang nanges..hahahahahaha


Selesai pada pukul 1.00 pagi.
tangan eka pun dah sesakit ni.huhuhuuhuhuhu.
yang comel atas tu jari Mahirah.
Yang panjang tu saya...

Dah siap tu,lega.Siap mengemas,sapu sikit,lipat sikit. lepastu bobok...
best bobok malam tadi.hujan pulak..fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


nyenyak,
nasib tak terbabas macam hari Isnin.hehehehe

SMS Dari Emak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,harini saya balik rumah mak ayah saya,sebab esok saya dah ambil cuti siap-siap sebab nak sambut awal Ramadhan bersama-sama keluarga saya.

Saat saya menulis ini,saya rasa tersentuh pula.Teringatkan SMS yang emak hantar malam tadi.

'Tak sabar nak tunggu Kaklong balik.2 minggu tak jumpa'

Saya ringkaskan saja ayat ini,sebab emak saya guna shortform.Saya je suka guna ayat penuh.Skema.hehe.

Kalau nak ikutkan,saya ini memang tak pernah pun berjauhan dengan emak.Walaupun masa kecil dulu,duduk dengan Nenek dan Arwah Atok,tapi rumah emak ayah saya tak jauh pun,dekat jugaklah,hari-hari pun boleh datang rumah emak,tapi sebab manja,

heh.

manja ke mengada-ngada.Itu pun duduk rumah nenek sebab cemburukan adik yang baru lahir.haha.Jadi,saya duduk lah umah nenek.Tapi dalam 2,3 hari sekali,mesti pergi rumah mak ayah.Kekadang ayah jemput.Sampailah saya umur 13 tahun,Arwah Atok pula meninggal dunia.Masa tu rasa sangat tak 'best'.Sedih.Hari-hari terkenang atok.Terus rasa nak duduk dengan emak ayah.Sian Nenek.Rasanya dah umur 14 saya terus duduk dengan emak ayah sampailah sebelum saya masuk kerja dan di'transfer' ke Daerah Hilir Perak ni.

Memang jarang berenggang dengan keluarga.setakat sehari dua tu biasa.

Bila duduk rumah sewa ni,teringat rumah tu setiap hari.teringat masakan emak lagi.hihi.Dulu emak pernah kata.Itu pun mak berkata-kata selepas anak-anak daranya bertunang dan bakal berkahwin.

'nanti lepas kome semua kahwin,tinggal la mak berdua ngan abah kome'

Sayu jugak hati masa tu.

Tapi nak buat cemana,cuma saya rasa saya je akan pindah jauh sikit.Sikit jela.sebab bakal suami saya kerja kat KL.Dah la Opis suami saya ada sebijik je dalam negara ni.Takde cawangan.Nak tak nak,saya lah yang kena ikut bakal suami saya.Tapi bila saya dah kerja ni,saya pula yang susah nak pindah nanti.Sekarang pun masih kabur lagi masa nak kahwin nanti nanti nak duduk kat mana.Mungkin kena PJJ.. Perkahwinan Jarak Jauh selepas Percintaan Jarak Jauh,Pertunangan Jarak Jauh.

Allah,semoga urusan saya dipermudahkan.

InsyaAllah.

p/s : baju dah siap kemas,beg dah tersedia.Petang kang,Kak Siti pesan,habis waktu opis,balik rumah,ambik barang,ambil anak-anak kak siti,terus gerak balik.Saya turun separuh jalan sebelum kak siti teruskan perjalanan menghala ke Serdang.Semoga perjalanan kami selamat.Amin






18 July 2012

Sakit Hati..Sabar..

Hati.

Tak nampak,tapi ada.

Ada di mana?

Di dalam hati.

Hati.

Kadang-kadang mudah terusik.

Cuit sikit terasa

Tapi,kalau hari-hari tercuit,memang 'sakit'

Sakitnya memang tak nampak.

Sebab sakitnya bukan macam luka.
nampak.

eiii berdarah..aiyokk tatayokk....

:p

tapi ini sakit hati lain.

Saja nak bermukadimah.

Saya sedang sakit hati.
Tapi saya pelik lah,manusia ni.

macam-macam hal.
cakap tak pernah nak fikir.
main hembus jer.

sekali orang bercakap macam tu,
persepsi saya pada orang-orang tu terus berubah.

serius

Apa yang berlaku sejak dua tiga hari ni,
saya jadikan sebagai pengalaman mengenal
ragam manusia yang pelbagai

tapi tak mengapalah.

Allah SWT sedang mengajar saya untuk bersabar.

saya terima

saya sabar

saya kuat

Indahnya S A B A R



13 July 2012

Rezeki Jumaat

Alhamdulillah..

Jumaat yang indah.

Hahaha..indah la sangat bila dapat rezeki hari ini.Alhamdulillah.Syukur.Setelah bekerja selama 1 bulan setengah,saya dapat gaji pertama saya.Tak sabar rasanya nak kongsi bersama keluarga.

Biasa 3 bulan baru dapat,ini mungkin undang-undang baru.cepat sikit.Tapi 3 hari baru clear..huhuhu..tapi takpela janji dapat jugak.

Minggu ni agak rasa sedih sikit.

Sebab

Minggu ni tak balik rumah mak ayah.hukhukhukhuk.
sebab minggu depan baru nak balik sambut puasa kat rumah mak ayah.Lepastu Ramadhan berikutnya,saya akan berpuasa jauh daripada keluarga.

Pertama kali dalam hidup berjauhan bersama keluarga.Puasa kat rumah sewa.Camnelah rasanya nanti.Berpuasa bersama kawan-kawan serumah.Tapi dah praktis dah pun masa puasa ganti.Ada suasana puasa.Seronok jugak.hehehe.

Tapi,kompom nanges punyala.. hahaha

chait eka ni,memang hati tisu betol..


p/s: Encit T dah ada ura-ura nak ajak teman dia shopping..waaaaaaaaaaaaaaaaaa beshnya..hihi


11 July 2012

Bercoklat

Assalamualaikum

Saya kan,tak banyak baju warna coklat.Entah,tak suka sangat,lainla kalau merah jambu,ungu,merah..memang banyak.

hehehe

harini saya bercoklat


hihihihi.
kadang-kadang warna ni cantik pula.
coklat habis..

Sekarang ni iklan baju raya kat mana-mana pun ada,waima kat dalam radio iklan emping jagung pun dah keluo.huhyooo laju betoi yer skarang ni.
Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini membawa seribu rahmat buat kita.
Amin

arrr saya takde idea nak menulis.





Wordless Wednesday La Sangat # Seimbang

Assalamualaikum.

Terus terang,saya tak reti pun nak buat Hari Rabu Tanpa Kata.hehehehehe

Sebab saya kan suka membebel sambik menulis,mana maunyer nak jadi Wordless Wednesday.Mesti nak bercakap.Tapi boleh je sebenarnya nak letak gambar je,tapi macam tak best.hehe

Nah,lihat ini


Seimbang kan?
ehehehe.Saya syak berat tunang saya ni sama dengan saya kot..59 kg.
tapi lelaki kan,nampak kering tapi sebenarnya berat.

hahahahahahaha




10 July 2012

Makanan Laut di Bakar

Assalamualaikum.

Saya kan,sebenarnya dah lama tak makan ikan bakar.hihi.Ada juga yang saya makan,tapi rasanya sangat-sangatlah tak menepati selera saya.

Kenapa??

Kadang-kadang ikan bakarnya terlalu keras.

Atau pun kadang-kadang ikan bakarnya tak berapa segar.

Tu yang kadang-kadang alahai tak selera.Rasa macam nak pergi ke medan yang betul-betul ikan bakar punya tempat.Ha lagi satu,saya memang nak makan sotong bakar!

Sebab apa sotong bakar?

Sebab,kat Terengganu kan musim Candat Sotong,lepastu Mak Jang Eka yang tinggal kat Terengganu tu asyik ajak je pegi sana makan sotong.Cara dia cita tu,alahai memang saje buat geram.hehehe

Tapi tu alasan yang lain.Alasan yang utama dia,sebab dua tiga hari ni asyik dengar dan baca pasal ikan bakar,sotong bakar,semualah.Haritu dapat makan ayam bakar je.

Macam nak ajak tunang pi makan ikan bakar kat PD.Yang ade restoran terapung tu.Haritu dia bawak lalu je.Ingat kan nak bawak singgah.Adeh.....Rugi tak mintak bebetul makan kat situ.

Oh jap,nak tunjuk satu entry blog yang menggiurkan hati dari blog Cik Semut Senyum yang baik hati.

nah,untuk permulaan


Lepastu boleh sambung baca entry Deejavu di Bawah Bayu,bukan Deejavu di Kinabalu yang dekat TV3 tu.hehehehe.Mesti terliur.hehehehe

p/s: Semut,pinjam gambar satu tau.Teringin la pulak.hehehehehe



Telinga

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila ada masalah,atau apa sahaja yang mengganggu fikiran kita,kita memang memerlukan orang lain untuk mendengar masalah kita.
Kalau simpan saja tak boleh.

Sesak dada

Sesak mata

heh

Walaupun sekecil-kecil masalah.Tapi kadang-kadang   bukan masalah pun.Ada la hal-hal yang saja tak boleh simpan sorang,nak 'share' jugak,kita memang memerlukan orang lain yang setia bersama.

Menadah telinga mendengar luahan kita.

Saya menanti 'telinga' saya sedia mendengar.
Tak kisah la telinganya capang atau penyet atau bengkok ke dalam,janji telinga itu boleh mendengar.

p/s: Lapar.............................sangat.

Lagi-lagi bila tengok ikan bakar,sotong bakar,kerang bakar,udang bakar....emmmmmmmm.



09 July 2012

Memori # Sengkuang Calit

Assalamualaikum.

Dah berapa hari tak update,memang lupa gila lah dekat blog.hehe.Sebenarnya eka baru balik bersukan.Wahaha..sukan sangat kan.Sampai adik bongsu siap post kat wall facebook,terkejut kaklong nyer ini menceburi sukan walhal jarang masuk aktiviti sukan.kekekeke.

Tapi dah jadi bidan terjun,belasah ajela.Berlari je pun.Sekarang ni sakit-sakit kaki,sakit peha,sakit belakang semualah akibat berlari mengelilingi USIM semalam.Best.hahahaha.

Lepastu jari tangan dapat sakit pula,tersepit troli beg roda.'sedap' gila kot.meleleh darah kat jari tangan.Tapi takpe,letak minyak gamat,baik lah dia.

Tak nak cerita pasal luka hari ini,tapi nak cerita pasal makanan yang mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu.haaaa dulu masa kecik,lepas balik sekolah mesti singgah gerai makcik jual sengkuang.Ala sengkuang tu dihir nipis,pastu ada sos istimewa yang kat tempat eka panggil sos kencong.hehehe.lepastu tabur dengan kacang tumbuk.wallaaaaaaa best gila kot! lagi-lagi kalau sengkuang tu sejuk baru keluar peti ais,lagila sedap yang amat!

Nama dia Sengkuang Calit.

Ingatkan takde la dah sengkuang calit ni lagi sebab sos dia tu susah nak jumpa.Rupanya,salah tanggapan saya.Sengkuang Calit ni dah dikomersilkan tau! Semalam,dekat Karnival Sukan JPS Malaysia 2012 di USIM,Nilai,Negeri Sembilan,ada booth Sengkuang Calit kat sana.

Apa lagi,terus beratur la saya.


yang beratur punya panjang,.FOC pulak tu.Kalau kena bayar pun saya
nak beratur jugak kat situ.hehehe
dah 3 hari kat USIM,baru semalam ada booth ni.
ada sorang tu ambik sampai 4 keping.aiyarkkk saya dapat 2 keping je tau.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
nila dia sengkuang calit.
memang menggamit memori betul.hehehehe

Kalau nak tau ada nak mengambil tempahan ke,boleh terus ke 








Bagi yang nak tahu,sengkuang memang bagus untuk menyejuk badan dan juga boleh mengubati penyakit batu karang tau.

kalau teringin,ada cawangan dia rasanya,yang eka tahu di Taman Medan,Uptown Jalan Reko,Bangi.Kalau ada cawangan lain,boleh lah share dekat sini ya.



05 July 2012

Hilang Nikmat Merasa

Assalamualaikum.
last demam tahun lepas.Ini kali pertama demam tahun ini

Harini sebenarnya demam dah kebah,tapi selsema dan batuk masih mengganggu saya.Saya rasa saya dah penat terbatuk dan menghembus.Pertama kali sakit berjauhan dengan keluarga buatkan kadang-kadang saya ada termenangis sendirian.heh.

Tiada seketul ubat pun di rumah semalam,tiada sebotol ubat batuk pun dirumah semalam.Tapi sudah memberi Pesanan melalui SMS ke Housemates yang sedang mengajar.Dia balik petang karang dia bawak balik Activfast ngan soluble.

Tengahari semalam,gagahkan jua diri ini untuk bangun mencari seketul roti yang dibeli malam tadi,perut pun berkeriuk.Orang yang suka makan seperti saya ini,makan seketul roti memang tidak mampu membuatkan saya kenyang sepenuhnya.Memandangkan waktu dah beralih ke tengahari,waktu 'Lunch'.Maka sekali lagi,saya gagahi jua diri ini untuk ke dapur memasak satu pot nasi,menggoreng ikan bilis dengan sebiji bawang.Sempat juga menenyeh kain baju untuk dibasuh.

Semangat orang demam,sakit-sakit pun kerja jalan.Aduh,kepala ting tong pon kena jemur kain.Nampak makcik @ Jiran sebelah rumah.

'eh eka,eka tak keje ke arini?'

dengan suara garau dan parau,saya menjawab.

'a ah makcik,eka demam harini,makcik,makcik ada ubat selsema tak,ubat demam ker?'
*ringan mulut saya bertanya.Akibat dah tak tertahan.

makcik pun jawab.

'ada,kejap ye makcik ambikkan,selesema takdelah,tapi ubat demam ada.'

dalam hati saya,syukur alhamdulillah.Ada juga ubat.

'nah eka..Makan nasi dulu,lepastu makan ubat ni,berehat.'

Sambil makcik menghulurkan saya sepapan ubat demam.Alhamdulillah.

Masuk je rumah,kunci pintu,masuk dapur,cari air,ambik tuala kecil,basahkan,duduk atas tilam,telan dua biji ubat,tuala kecil letak di dahi
*wa macam orang dalam drama demam jer kan? hikhikhik.....

lepastu bommmmmm bommmm,saya pun bobok.TV pun tengok dalam bobok.Tengah sedap tidur,mesej bunyi,Housemates mesej.

'kak eka,kita kat jayen,kak eka nak kirim apa-apa tak?'

pucuk dicita,ulam mendatang.

'nak,akak nak bubur ayam mekdi ye'

sambung balik bobok.panas pun dah kurang.Housemates bernama Mahirah pun balik.Maka,saya menghabiskan semangkuk bubur mekdi dengan jayanya sehingga ke sudu terakhir.Kemain,kalau demam,cepat je bubur tu licin semangkuk.Kalau tak demam,nak menghabiskan pun sekso kato orang.

Malam tadi,Allah swt menarik sementara nikmat saya untuk merasa dan menghidu makanan.Saya redha.Makan tomyam takda 'rasa' walaupun tahu tomyam tu sedap!

adui,pendek kata,malas nak menaip lagi,saya rasa badan saya sakit-sakit.sengal-sengal.Hakdoiiiiiiii..suami takde lagi,sapa nak urutkan.Sendiri jela nampak gayanya. :p

esok.ke Nilai.Sempena  karnival Sukan.Saya masuk marathon.Semoga saya cepat sihat hendaknya.baju dah dapat,kasut dah dapat.takde alasan untuk tak nak pergi.Lari jela perlahan-lahan sepanjang 2.5 Km.

p/s: Kesakitan itu ibarat penyembuh dosa-dosa kecil.




03 July 2012

Promosi # Tukang Tangkap Photography

Assalamualaikum.
Ha,harini eka nak review satu photographer yang best.hehe.Disebabkan eka lambat lagi kahwin,jadinya eka nak share dengan korang semua dulu ye.hehe.Eka pernah tengok hasil kerja photog ni masa perkahwinan kawan baik eka dulu.Gambarnyer semua menarik dan cantik-cantik dan 'i like' hehe.

Dan,bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan ke,pertunangan ke,memang boleh ambil photog ni.

Sebab...........


Ada promosi !! hihihihi
Untuk kawasan seluruh Malaysia,
dan promosi ini sampai hujung tahun 2012! 
*alahai eka kawen tahun depan pulak,kalau tak... ambik dah ni..kehkehkeh

untuk promosi perkahwinan ini,korang boleh dapat pakej 
serendah RM 950.00 hingga RM 1,500.00 sahaja.
seperti di bawah ini

  • custom album
    RM 1700(Normal) after promotion rm1500 only.!

    nikah+persandingan+outdoor

    unlimited photoshoot
    (1) 10”x15” custom album 22 pages
    with creative design
    (2) 16R photo with frame
    free DVD unlimited & edited soft copies photo

    • album sticky (biasa) 
    • after promotion rm950 only.! 

    • nikah+persandingan+outdoor

      unlimited shoot
      (1) 10”x15” sticky black album 40 pages 
      (-) 160pcs 4R photo in album
      (2) 12r photo in album
      (1) 12R photo with frame
      free DVD soft copies photo

Eka nak bagi korang tengok beberapa hasil kerja Tukang Tangkap ni,kalau berminat,boleh cepat-cepat call no ini  019 2747565


Atau terus je melawat facebook Tukang Tangkap seperti kat atas tu.Tapi kalau malas nak scrool atas,takpelah,eka bagi lagi sekali ni,hihihi























Semua gambar kredit pada TukangTangkapPhotography
tq 

cantik-cantik kan semua??
berminat?? cepat call nombor kat atas tau.

Ingin iklan seperti ini?? dengan serendah RM 10.00,contact eka  kat ekaseven@ymail.com

tata titi tutu




02 July 2012

Review Biore Pore Pack # Hilangkan Black Head

Assalamualaikum semua.
Selamat pagi Isnin.Harini dah 02 Julai.Sekejap je masa berlalu kan.Pagi-pagi ni eka nak share satu benda best.hehe.Istimewa untuk orang yang mempunyai masalah black/white head dekat hidung.

Tahu kan black/white head tu macam mana?


Gambar dari Google (Black Head)

Yang bersepah dekat hidung kita tu,ada bintik-bintik hitam,bila kita picit,akan keluar benda tu,dan kalau kita perhati betul-betul,black head tu macam bulu-bulu sebenarnya.halus dan banyak.Samalah jugak macam white head.White head tu pulak yang putih-putih macam isi jerawat tu.



Black head (comedo terbuka) ini terjadi apabila berlaku lebihan minyak yang terkumpul  di dalam salur kelenjar sebum kita.Macam keratan rentas seperti di atas.Memang kalau kita piciti pakai tangan,bukan senang nak keluar.Dah la sakit.Eka kalau sekali picit,memang merah-merah hidung!

Dua tiga hari lepastu menggelupas la hidung.Selagi tak terkeluar isi black head tu,selagi tu la eka picit dia.Macam satu kepuasan pulak bila nampak black head tu keluar.

Tapi!!!!!!!!!!!

jangan ler buat gitu.Rosak kulit kita ni.hehe.Eka dah serik nak buat dah.Dan sekarang dah jumpa penyelesaiannya.hehehehe.

Nah,guna ini !!!

BIORE Pore Pack


benda ni,memang best!
Eka beli di Watson dengan harga  RM 10.90
Satu kotak ni ada 10 keping.

Eka nak tangkap gambar jugak sebenarnya nak tunjuk kat korang black head eka ni,
tapi tak berapa nampak la,sebab guna camera handphone jer.
cuma,kalau diperhati elok2,memang nampak bulu-bulu black head tu tercacak.
dengan white head sekali

tapi eka tak guna kat hidung saja,eka guna jugak dekat dagu.
kan kat dagu pun kekadang ada white head jugak.

dan kesimpulannya,produk ni memang bagus untuk hilangkan black head/white head tu.Dan hidung kita akan licin dan lembut je tau lepas guna.

Cubalah!









Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK