09 August 2012

Nuffnang Berwajah Baru

Nuffnang berwajah baru.

Dan lagi menarik la pulak.



Cepat check entry ini

Bulan lepas saja saya dapat sampai 5 BE tapi sekarang dah jadi ME..hehehehehe.Sejak duduk jauh ni,dah takde dah nak appy untuk join event Nuffnang ni...huhuhu..



Doodles Google Sempena Sukan Olimpik

Pada setiap pagi.saya on PC,buka Google,saya mesti bersukan dulu..hehe.Selasa haritu saya berlari.Peh letih jugak lari berpagar.hihihihi.

Cara saya berlari senang saja,
tekan aja yang kiri dan kanan tu.
nampak pagar sila lompat dengan menekan space bar.hihihi.


Hari kedua iaitu semalam,saya main bola jaring pula,Opss bukan bola jaring..hahaha..sukati saya je kan..hadoi..bola keranjang..hihihi.jenuh jugak shoot,akhirnya dapat juga semua masuk dalam jaring.Letih tau.hihi


Ada 24 biji bola,sila masukkan bola ke dalam jaring dengan 
menekan space bar.
Best jugak main ni.Cuma tak berpeluh jela..hihihihihi.


Hari ketiga,hari ini,saya berkenu pula.Ala kenu ni macam susah je nak kawal.Nak sampai ke garisan penamat hampir 56 saat.


Cara nak berkenu sama jugak,
cuma gerak ke kiri ke kanan juga.


Selamat bersukan..hihihihi..Kalau nak More Doodles From Googles,sila klik SINI ya kawan-kawan.
hehehehe



07 August 2012

Sabar Itu Indah

Dah hampir 3 bulan saya duduk menetap disini.

Saya tak tahu nak simpulkan apakah perasaan saya selama saya disini.

Kadang-kadang rasa seronok

Kadang-kadang rasa macam sangat tak seronok

dan kadang-kadang rasa macam merimaskan pula.

Pernah dulu saya terfikir,kenapalah saya ter'apply' kerja ini.

Serius.Kadang-kadang rasa macam tu.

Lagi-lagi di awal-awalnya.Rasa macam banyak menyusahkan orang lain.Rasa macam ade je hal yang kekadang saya tak jangka boleh jadi.

Saya serba salah nak menyusahkan orang.

Tapi,Alhamdulillah,saya rasa sangat bersyukur sebab selalu ada orang-orang yang baik hati dihantar Allah SWT kepada saya.Syukur sangat.

Bila difikir balik.Allah.Teruknya saya kadang-kadang merungut.
Ini kan rezeki.Semoga semua ini ada hikmahnya.

Saya selalu mengeluh.Tak baiknya saya.huhu

Saya selalu berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan urusan saya selama saya disini.
Saya tak punya sesiapa disini.Hanya kawan-kawan yang ada.

Kadang-kadang saya meluahkan perasaan kepada emak saya.
Emak kata,sabar.Kerja elok-elok.
Kadang-kadang meluahkan pula perasaan kepada tunang saya.
Tunang kata,sabar juga.Selagi mampu sabar.

Cuma yelah,kadang-kadang rasa tertekan pun ada.Lagi-lagi tak berapa biasa disini.

Saya sentiasa nak cuba berfikiran positf.Walaupun kadang-kadang TERnegatif pula.ehe

Tahun depan akan ada majlis besar.Pejam celik je ni.Sampai sekarang saya masih kabur.Dan saya rasa penghujungnya nanti mesti akan berjauhan dengan dia.Melainkan kalau dia dapat tukar kesini setelah meninggalkan Institut yang cuma hanya ada SATU di Malaysia ini.

Saya pula dah terikat dengan kerajaan Negeri.

dalam hati,berharap.Kalau ada,ya Syukur saya panjatkan.Kalau tidak,saya redha.

Sabar


Resepi:Caramel Popcorn

Assalamualaikum.Disebabkan semalam berlaku perkara yang tidak dijangka,maka saya balik ke rumah sewa pada pagi tadi dihantar oleh Mak Ayah saya.Lepas je Subuh,gerak ke sini.Lepas hantar beg-beg baju,terus ke office.Masuk office terlewat hanya 1 minit..arghhhh..haha
Nasib la seminit jer.

Lepastu buat kerja macam biasa.Mak ngan Ayah pulak ambik kesempatan jalan-jalan sambil cuci mata kat bazar tepi Menara Condong.Dan siap ke Pasar Besar lagi beli lauk.Hoho.Tetiba je rindu balik kat rumah,kat rumah nenek,kat rumah opah.huuuuu...Dapat juga berbuka kat rumah Opah,kat rumah Nenek.Best sangat.Alhamdulillah dapat berkumpul.Opah n adik ayah pun datang buka kat rumah eka.4 hari berbuka ngan keluarga,rasa seronok sangat.

Entry ni sebenarnya nak cerita pasal resepi.Eka buat ni pun masa kat rumah Nenek eka.Ramai orang baru best buat.hehehe.Kalau ade masa bole la buat benda ni masa raya.bagi bebudak makan memang dorang suka sangat.Sepupu eka sampai request suruh eka buat masa raya nanti.hehehe.

ape benda tu??? hehehehe

ala senang je,CARAMEL POPCORN! hehehehe

Kalau tengok wayang.mesti ada popcorn,lepas dah reti buat ni.tengok tv je ada popcorn..waaa bestnya!.Rupanya senang je nak buat.Dan kalau buat sendiri lagi sedap.Home Made pulak tu.

Resepi dia,eka ikut dari 

TQ hehehe

Kalau nak cuba,boleh cuba.memang sedap! boleh la kita kawal nak manis banyak mana.

Eka buat 1 paket jagung popcorn tu harga dia RM 2.00 je.Banyak jugak dapat.Mula-mula buat terhangit,sebab ralit menyembang.nasib la buat sikit memula.Lepas dah reti,buat banyak-banyak.memang umphhhhh...

Ada yang tak tau tak rupa jagung popcorn tu? jap eka google.


ha nila rupa dia.

Nak tengok eka punya popcorn?? hehehe


Ni masa belum salut dengan caramel



yang bawah ni dah siap salut caramel


Boleh simpan kat dalam bekas kedap udara.pastu tak dan pun nak simpan 
dah kena ngap dengan sepupu semua.
hehehehe


Selamat mecuba!! hehehehehe


03 August 2012

Udang galah Di Restoran Tepi Sungai

Assalamualaikum.
Seperti yang saya janjikan..cewahhh..hihihi.saya nak cerita pasal makanan pula.
Semalam saya dan hosmet saya,Kak siti,dah pun ke Bazar ramadhan.

Memang rutin harian kami disini,lepas balik kerja,dari Office terus gerak ke Bazar Ramadhan.
Setiap hari.
Saya ni terus terang kata,masa duduk dengan mak ayah,jarang ke bazar.hihihi
Sekali duduk sini,merasa la tetiap hari membeli di bazar Ramadhan.

Lepas balik,Telepon pun berbunyi.Ceh tepon bunyi pun nak kabo..hahaha
Daripada pakcik saya @ Adik Ipar mak saya.Dia dan keluarganya ajak berbuka di tepi Sungai.Hihi.
Bukan la bebetul tepi sungai tu,cuma ada Restoran yang dikenali sebagai Restoran di Tepi Sungai,Teluk Intan,Perak.

Sapa yang perasan,restoran ini pernah masuk di TV3,untuk Visit Perak 2012.
Yang Maria Tunku Sabri jadi pengacara tu.
Dengar cerita lepas je masuk,ramai yang datang dari jauh nak rasa udang galah kat sini.

Alamat dia tak spesifik sangat,kalau tak jumpa boleh la tanya kat orang keliling.
senang cerita kalau dari Bidor,terus je.Selepas Hospital Teluk Intan,ada 3 traffic light,terus sahaja sampai ke penghujung jalan,boleh nampak tepi sungai ada gerai-gerai.

Semalam pakcik eka order udang galah bakar.Udang Gred A.
Kat sini udang dia ada gred.Yang eka tau semalam,ada dua gred.Kot ada Gred C rasanya.

Udang mengikut Gred seperti

                        Udang Galah Gred A              = 100 g @ RM 7.00
                        Udang Galah Gred B              = 100 g @ RM 5.00

Dan macam biasa,boleh dimasak dengan pelbagai cara.Semalam pakcik eka amek udang Gred A,
pehh kaki dia melentok.Seperti di gambar kat bawah ini.hehehehe.


Dia minta udang tu dibakar.
Eka pula beli udang galah Gred B,lepastu buat Goreng Kunyit.


Ternyata lagi sedap daripada bakar.hihihi.

Sesiapa yang rasa nak datang,meh la ke Teluk Intan.Mesti cuba.hehehehe


tergoda tak??? tergoda tak??

hahahah.tukang tulis ni pun tetibe je lapo...cehhhh
aummmmmmmmmmmmmmm
hihihihihi