29 November 2012

Review : Mederma Gel

Sapa ada parut??

Ada parut tak best kan?

kehkehkeh

Meh nak cite satu cream yang hebat daripada minyak yang kaler pink oren tu.

Ni dia



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Mederma Proactive Gel

Harga RM 36 + + 
boleh dapatkan di farmasi berdekatan.Kat Watson pun ada.
Kedai Ubat pun ada.Serius memang best lah guna ni.
Kata adik,parut jerawat pun boleh hilang tau.

Meh eka nak cite.Cite dia cenggini,masa cuti Maal Hijrah haritu,eka goreng cekodok jagung.Biasalah.Malang mana nak berbau kan.hehehe.Maka jagung itu meletus di dalam minyak.Dan terperecik ke tangan dan melecurlah tangan eka.Cite kat sini,malas nak taip semula.hehehe

Maka masa balik rumah mak ayah selepas dua hari kejadian,nampak la ada Mederma ni.Adik eka punya.Terus je eka sapu kat tempat melecur tu.

Memang eka sapu je kejenyer.Bila kering eka sapu.bila kering sapu.Gile.Mengamuk adik eka.Dah le agak mahal mendalah mederma ni.bising dia.hahahahaha.

pastu kan bila sapu ni,dia tak menggelembung tau.Selalu kalau melecur,mesti dia gelembung kan.pastu pecah pastu sakit..auwwwww pedih dia.mengaum.

sebab dulu eka penah kena.Yelah mak ade tempahan katering,eka selalu tolong.terperecik minyak memang penah kena.memang sakitla.teruk.eii teringat ngilu.

Nak tengok berkesan ke tak krim ni.meh eka tunjuk..ni semua eka letak effect black and white.
konon nak nampak la kan


hodohnya...
berbintat bintat


pastu dia berkeruping.
eka kopek je sel kulit mati hitam-hitam tu
pastu eka sapu lagi mederma


hari ini tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hilang sudah....

dapatkan mederma skang
okey bye nak makan.. 

hikhik




Ole-Ole dari Vietnam

Kita dapat oleh-oleh daripada officemate kita.hehehehe.Jauh bawak balik.Daripada Vietnam.Dah rasa macam mengidam nak pegi Vietnam pulak.Hahahahahahahaha


Tq kak Aida.Macam dompet je rupanya
Cute.Suka sangat sulaman gadis berVietnam Dress itu.
Suka sangat Vietnam Dress tu.Eka ada satu.Tapi tak pasti la skang muat lagi ke tak.
ehehehe


Ni rupa dalam dia.
Eka rasa lepasni eka nak buat tempat simpan resit la.
hehehe
Disebabkan eka ni kalau pegi shopping,pegi beli barang ke apa ke
mesti simpan resit.
kadang-kadang dompet tebal dek kerana resit je.
hahahaha


kadang-kadang sampai dah hilang dah tulisan print kat resit tu
nak jugak simpan lagi bagi berkepuk dompet.
eka simpan sebab bila eka pandang balik resit tu,macam ada memori

'oh ni masa pegi sana'

'eh ni masa keluar dengan tunang'

'haaa ni masa pegi jalan ngan mak'

macamtula lebih kurang.hehehehe
macam ada sentimental value gitu..
hahahahaha

p/s:ada hobi sama cam eka tak?? suka semakkan resit dalam dompet.. hehehehehe





Kain Sulam Dan Jubah Yang Cantik

Kali ni nak citer pasal page yang jual kain sulam dan jubah yang sangat cantik dan ada jugak kebaya lace yang cantik-cantik sesuai untuk muslimah.

Selain tu,ada jugak telekung yang cantik untuk dipilih


cantik kan kebaya coklat ngan hijau tu.
sekarang ni semua trend kain lace.
kira macam dulu-dulu balik kan


yang kelabu tu pun cantik
eh semua cantik.
rambang mata dibuatnya



yang ni kain pasang
boleh buat baju kurung atau baju kurung pahang
mesti cantik ni


ada jugak set telekung yang cantik ni.


dan bagi yang suka pakai maxi skirt pun boleh tengok page ni,
macam2 koleksi ada.

kalau berminat,boleh bukak page ni.



019-2053364 whatsApp or sms

emel : sulamku@yahoo.com


memang cantik-cantik,lawa-lawa semua.






28 November 2012

Wordless Wednesday # Me + U




Love Comments Pictures


omg so cute !
hahahaha




Pure Marine Collagen

Sekarang ni ramai yang cakap tentang pure marine collagen ataupun rumpai laut kan.Fungsi dia memang banyak,dan paling best ia baik untuk kulit kita.

antara kebaikannya ialah

KEBAIKAN KOLAGEN ASLI:
1.  Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
2.  Anti-bakteria, membuang TOKSIN
3.  Menghilangkan SEMBELIT
4.  Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
5.  MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
6.  Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
7.  MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
8.  Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
9.  SELULIT dan JERAWAT
10. Membantu meningkatkan METABOLISME
11. Memejalkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
12. Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
13. Melembutkan TUMIT KAKI merekah
14. Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
15. Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
16. Mencegah KANSER/TUMOR
17. Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
18. Mencegah ANEMIA
19. Memberi Kekenyangan/DIET
20. Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
21. Memberi TENAGA

Ni rupa rumpai laut @ ibu kolagen tu.Yang ni Gred AA


Dan rumpai laut atau ibu kolagen ni banyak gred,tapi yang paling baik gred AAA,yang begini


rumpai laut ni takde rase apa-apa.
rasa macam jelly kosong takde rase je

ni pulak cara nak makan dia



 ini pula nutrisi yang ada di dalam rumpai laut tersebut



Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun

....TIDAK PERLU LAGI MAKAN COLLAGEN YANG MAHAL...CUBALAH IBU KOLAGEN/MARIN KOLAGEN ASLI..SANGAT BERKESAN..YANG PENTING JIMAT DAN KESANNYA SETANDING DENGAN KOLAGEN LAIN..MALAH LEBIH DARIPADA ITU...

IBU KOLAGEN ASLI 100%/PURE MARINE COLLAGEN/SARANG BURUNG LAUT/RUMPAI LAUT KERING INI ADALAH HALAL BAGI ORANG ISLAM.
DAN IA BUKAN SAHAJA SESUAI UNTUK ORANG MUDA,
MALAHAN UNTUK ORANG TUA MENJAGA KESIHATAN
UNTUK IBU MENGANDUNG (4 BULAN KEATAS)
DAN BAGI IBU MENYUSU IA SEBAGAI MILK BOOSTER



Untuk keterangan lanjut tentang ibu kolagen atau rumpai laut ni,boleh hubungi 

Sahlawati Elias 
01128449542

dan add FB dia = Almari Anakku .Sekarang ni ada promosi

Gred AA yang warna kuning tu   RM25 100 gm
Gred AAA yang warna purple tu RM30 100 gm
Promosi
300gm gred AA RM65
300gm gred AAA RM80 je...free reg postage..







27 November 2012

Pre Wedding Terjun :p

Pre Wed ke entah ni?

Hehehehe

Adik kahwin minggu lepas.Sabtu akad nikah,Ahad majlis besar.Petang ahad tu dah selesai majlis bersanding,kami bawakkan adik pegi outdoor photoshoot.

Lokasi ada 3 tempat

1. Stesen KTM
2.Dalam rimbunan lalang (pengantin kata ada nyamuk) hahah :p
3.Tasik Embayu,Proton City

Seronoknya jadi Raja dan Puteri Sehari

Makan kena layan,nak kemana-mana kita bawakkan,pintu keto pun kita bukakkan..hahahah :p

Jadinya eka pergi nganta adik ngan suami dia tu dengan tunang eka.Merangkap menjadi driver pada haritu dan eka menjadi kelindan driver.hahahah :)

Tapi memang seronokla.

Photographer tu pun kami semua kenal.Maka kerja haritu menjadi lebih mudah,dan lancar.Dan encik tunang begitu seronok dan suka sekali melihat adik eka dan somi dia berphotoshoot sambil berguling-guling di atas rumput.hahahah. Guling ke? Eka rasa meniarap je kot. :p
Saje nak tambah drama sikit. Hikhikhik.

Tah napa dia minat beno tengok.Sementara tu sempat jugak kami meluangkan masa bersama.Yelah,dah lama tak duduk sama-sama,masing-masing busy,maka dapat jugaklah makan pisang goreng,keledek goreng,ubi getuk,minum air kelapa,air bandung cincau sambil memerhatikan adik dan suami berposing.

Good Time 

Quality Time

Happy,senyum,ketawa sama-sama.gembira.Hoi seronok gelak-gelak tengok pengantin posing..hehehe
Sambil tu sembang-sembang.Mengadu masalah.Hahaha.Pasal tempat keje,pasal orang sekeliling.Kongsi cerita. :)

Walaupun penat,tapi semua rasa gembira.Majlis adik dah selesai.Ada jugakla drama sikit-sikit kat majlis tu.Tapi,orang kata 'Learn From Mistakes'.

Kenduri yang second nanti (uhuk uhuk batuk plak) hahahaha..:p
semoga banyak yang akan keluarga kami pelajari untuk memberikan yang terbaik untuk majlis tersebut..Haritu kenduri pertama pulak kan,ada cacat cela.... 

oh,bebel-bebel,nak tunjuk gambar kami berdua,dekat stesen ketapi.Ahahaha. Ada memori jugakla naik ketapi ETS ke KL Sentral dan KL Sentral ke 'Sungai Ramping'.

So Sweet la..

Pre wed pun bole lah ni.hahaha.Padahal tarikh 'langsung' pun takde lagi. hahaha


Pengantin tengah rehat,bakal pengantin pulak tangkap gambar.hahaha
pinjam bunga pengantin pulak tu.hahahahaha

dan lagi satu,taraaaaaaaaaaaaa


hikhik.pre wed terjun

bakal suamiku pakai selipar aje masa ni.
hahahaha

tapi suka jugak gambar ni.nampak sangat sweet.

ni photog offer bagi percuma pose ni.
sangat sporting siap dengan props bubble pakai battery tu,ada payung.hehehe
Eka baru terkial2 nak duduk,encik tunang awal2 dah duduk kat hujung tu.

hahaha

picit2 belon kononnyer... hihihihi
gambar-gambar yang cantik ni daripada Al-Amin.
boleh contact dia kalau berminat.



p/s: pasni lah kite cite pasal kenuri tu plak yer.








19 November 2012

Sambal Tempoyak Udang Petai

Dah tengahari ni elok sangatla update makanan.Siap dengan resepi sekali.Hihihihi.Tetiba je perut rasa berkocak bila teringat ni.Tapi takpela,dekat rumah ada lagi sikit udang ni.Semalam buat lagi,mak nak pulak..Malam kang boleh la makan lagi.Hehehehehehe.

Ari sabtu buatkan untuk sepupu eka,yang lapar tetengah malam.Patutla berisi,malam-malam lapo.Tapi yang tukang masak ni pulak lapo.Teringat mak ada beli udang.Tempoyak pulak,ada dalam peti.Bakal mak mertua adik bagi minggu lepas.Emmm nyumnyum,,,petai pun ada 5 papan.Tapi masuk dua papan dah la..ngeee..

Sempena musim buah Durian/Lulian/Deroyan/The Royans,Doyan ni,maka nah,

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Sambal Tempoyak Udang dan Petai

Eh

Sambal Udang Petai Masak Tempoyak

atau

Emmm Sambal Petai Udang dengan Tempoyak...


mana-mana jela,janji best.

hahahahaha

Nak resepi??? meh eka bagi.Sangat simple je.Campak-campak gitu kata orang.

Bahan-bahan

 10 ekor atau lebih pon boleyyy Sederhana 
2 papan Petai 
1 senduk Tempoyak  (ikut suka banyak mana)
10 Tangkai (nak berasap,letak lebih)Cili kecil/burung/api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih(aku letak,bagi sedap)
Air Secukupnya
Garam secukup rasa
Pakajinonoto secukup rasa(tanak pun takpe :p)
Serbuk kunyit SECUBIT SAHAJA.sikit je tau,kang letak banyak,bau.

Cara-Cara

Mula-mula sekali,
Siang udang(tak buang kulit,biar lebih 'juicy'
,bersihkan dan ketepikan.

Tumbuk cili api tu bagi lumat,letakkan bawang,
letak bawang putih.
Panaskan minyak dalam kuali.
masukkan bahan yang ditumbuk tu.
Tumis sampai naik bau,masukkan tempoyak,
gaul kejap,masukkan air.
Bila mendidih sikit,masukkan udang.
Bagi masak sikit,masukkan serbuk kunyit secoet,
bagi ada warna kuning sikit la.
Masukkan petai.Masukkan garam dan serbuk perasa,
lepastu siap.
Ambik nasik putih,cedukkan lauk,dan ngap

Selamat mencuba.

Meletopssssss..

kehkehkeh





Lipo Lippo Kedai Online Kecil Pilihan Anda !

Harini nak perkenalkan kat anda semua satu butik online yang sesuai untuk fesyen muslimah.

Selaras la dengan moto Kedai Online ni,

~Fesyen tanpa had. 
Yang penting menutup aurat dan mengikut syariat~


Memperkenalkan 

Lipo Lippo



Eka tengok banyak baju-baju labuh,jubah,shawl yang menarik kalau korang semua nak terjah.

Contohnya yang macam ni.


cantik kan


cantikkk


sweetnyaaaa



polka dot


Lipo Lippo adalah kedai kecil atas talian yang berfungsi untuk menyediakan pakaian yang menutup aurat, 
cantik, & selesa di gayakan.


Harga yang ditawarkan adalah berpatutan  &
 sebarang pertanyaan atau cadangan akan segera dilayan :-) 


Jadikan Lipo Lippo kedai kecil pilihan anda 

mahu iklan begini???







01 November 2012

Permohonan Online BR1M 2.0

Mulai 1 November 2012,rakyat malaysia yang layak memohon,boleh memohon melalui aplikasi e-BR1M online.Senang kan? Kejap je.

Tapi kalau nak isi secara manual pun boleh jugak,dapatkan borang di surat khabar ataupun Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di cawangan masing-masing.

Klik SINI ( e-BR1M ) untuk membuat permohonan secara online

kemudian akan keluar paparan seperti di bawah ni :

Klik Gambar Untuk 
Paparan yang lebih BESAR dan JELAS


Baca betul-betul ye.Bagi yang dah memohon untuk BR1M 1.0,tak perlu buat permohonan baru,cuma Kemaskini Permohonan BR1M 1.0 sahaja.

Bagi yang bujang-bujangan macam Eka ni,boleh buat permohonan baru,klik je dekat Permohonan BR1M 2.0.

Isi maklumat,kemudian hantar.

untuk download borang pula,boleh klik sini ( Borang BR1M 2.0 )

oh,lupa nak cakap,pelajar IPT yang menerima baucar buku RM 250.00,tidak layak untuk memohon

Itu sahaja.Mudah kan?

p/s : Eka dah isi.Ehe.maklumlah.Gaji bawah 2k..ekekekeke... Cuma encik tunang kena pilih salah satu la.Sebab dia pun akan menerima Baucar Buku nanti..hihi