Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012
Esok,tahun baru bermula
Macam biasa,kalau nak dikenang-kenang,memang banyak jugak peristiwa yang berlaku disepanjang tahun 2012 ini.
Dalam masa satu tahun,saya bertunang dengan lelaki yang menjadi pilihan saya,yang bakal menjadi imam saya,insyaAllah dalam tahun 2013.
Tak sampai sebulan ditunangkan,saya dapat kerja baru.Peluang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia merupakan satu kenangan manis dalam hidup saya.
Benarlah kata pepatah,jika niat ingin mendirikan masjid,satu-satu rezeki dibuka olehNya.
Kemudian,bakal suami saya berpeluang melanjutkan pelajaran.
Dan juga masih lagi berita gembira,bakal suami saya juga mendapat peluang berkhidmat dengan Kerajaan juga.Syukur Alhamdulillah.
Rezeki mahu membina masjid,Allah swt permudahkan jalan.
InsyaAllah kami tak mahu melengahkan lagi.Allah Swt sudah memberi jalan untuk kami.Antara sedar dengan tak sedar sahaja.Cuma,masih mencari-cari masa yang sesuai untuk urusan walimatul urus itu.
Alam berdarah manis ini,ya tidak dinafikan sungguh mencabar.Kekuatan memang penting,sangat.Ego masing-masing tinggi.Masing-masing tak mahu kalah.Tapi itu kadang-kadang sahajalah,kadang-kadang masing-masing boleh berlembut.
Mana nak faham saya lagi,mana saya belajar nak memahami hidup baru dia lagi,pelajaran dia lagi.Terima kasih pada kawan-kawan saya,kawan-kawan dia,keluarga yang banyak beri semangat. hehehe
Dan juga bermulalah perjalanan hidup saya di tempat baru ini.
Alhamdulillah semua baik-baik saja,walaupun kadang-kadang ada dugaan.Itu sebenarnya macam perencah dalam kehidupan ini.
Sekarang saya masih lagi di dalam 'mood' belajar memandu kenderaan beroda empat.hehe
Biarlah lambat,asalkan saya berjaya mendapatkan lesen yang sah disisi undang-undang.
Tahun ini juga,saya dapat adik ipar.Alhamdulillah adik perempuan saya selamat dinikah dengan lelaki pilihan hatinya.Walaupun saya ada mengalami tekanan.hahahaha boleh sebut tekanan ke ea?
maksud saya,tekanan daripada orang sekeliling yang tak pandai menjaga hati dan menganggap adik kahwin dahulu daripada kakak seolah-olah satu kesalahan yang sangat besar.
Walhal mereka tak sedarkah yang mereka seolah menidakkan jodoh adik saya yang sampai dahulu daripada saya.
Tapi,semua berjalan lancar.Apabila ditanya,saya hanya senyum.
Kekuatan
tu paling penting :p
Tahun 2012 ini juga,saya dapat ramai kawan baru,merantau kan.hehehehehe.
Dan saya dapat mengenali seribu satu ragam manusia di dalam dunia ini.Walaupun kadang terluka dengan sikap-sikap manusia,namun siapalah kita.Yang penting sabar.
Sabar
Sabar kan indah.
terima kasih kerana anda-anda semua membuatkan saya menjadi lebih kuat,kuat dan kuat.
Tahun depan,saya ada beberapa lagi impian
Saya mahu lebih membantu emak dan ayah saya.Walaupun gaji saya tidaklah besar mana,tapi saya gembira berkongsi dengan emak,ayah dan adik-adik serta keluarga
Saya mahu menjadi yang lebih baik daripada saya sekarang.Saya mahu baiki diri saya.
Saya mahu mencapai target saya.Mungkin mahu membeli sebuah benda petak beroda empat,untuk memudahkan saya berulang alik kerana saya akan menjalani satu perhubungan jarak jauh tapi dekat dihati :p
Senang saya ulang-aling ke rumah emak ayah saya dan juga ke rumah emak dan ayah mertua saya :p
Saya mahu menghadiri kursus Pra Perkahwinan bersama-sama bakal suami saya.
Dan perkara yang paling besar,dah tentulah untuk membuat walimatul urus.Moga dipermudahkan semuanya.
Saya juga ada niat di dalam hati,ingin menyambung kembali pelajaran saya,tapi masih tidak punya kesempatan.
Walaupun perjalanan hidup ini sukar,tapi sebagai manusia,kita kena hadap kan.Barulah mencabar.hehehehehe
Selamat tinggal 2012,selamat datang 2013