01 January 2013

2013

Ini adalah entry pertama untuk tahun 2013.

Tahun ini umur saya menginjak naik ke 25 tahun.

25

Dua puluh lima

Twenty Five

Emak,anak dara emak ini sudah besar dan panjang.

Rasanya sama sahaja tahun baru ini.Tiada apa yang berubah.

Melalui hari yang membosankan.

Masak,makan,menunaikan kewajiban,tidur,bangun,membaca,menonton,melayari internet,melicin baju kerja dan menanti masa untuk tidur.

Rasa lambat benar masa berlalu.Terlalu cukup rehatnya hari ini.

Esok,lusa dan tulat adalah kerja.

Tapi kadang,rasa seksa benar berada di pejabat.Mahunya kehidupan yang dulu.

Rindunya saya pada kehidupan yang lalu.

Rindu 8 bulan lalu.

Ya,terlalu rindu.

Hati rasa sebak.

Tuhan,kuatkanlah hati ini untuk menempuhi hari-hari yang bakal tiba.

3 comments:

Azwan Aziz said...

Selamat Tahun Baru Cik Eka :)

najihahfara said...

selamat tahun baru kak. bakal pengantin baru ni hehe

Dkna Abza said...

25 tahun masih muda :)