27 January 2013

Shabu-Shabu Stimboat Sri Manjung

Baiklah, seperti yang dijanjikan,kita sambung semula cerita kita.Seronok sangat kat kampung tadi memang nanhado la nak update bagai.Selepas je angkut barang kat rumah baru,kitorang pun pegi nyopping,dah puas nyopping lapo pulak.Ingatkan nak bawak tunang pegi makan Udang Galah dekat Teluk Intan je.Sambil tu ade gak cerita pasal Stimboat kat Restoran Shabu-shabu kat Sri Manjung.Tunang tanya nak makan situ ke,tapi Eka kata Eka memang tak tahu jalan pun,lepastu okey jela.makan tempat lain jela..

Tapi nak tergelak pulak malam tu.Hahaha

Masa 'on the way' balik tu,eka tengah tengok handphone,dia tanya,masuk mana ni,terus ke belok kiri.Eka ingatkan dah sampai simpang nak masuk Teluk Intan dah,dia pun belok kiri,bila Eka pandang,ehhhhhh salah ni.Dia masuk ke Kamdar pulak.Tapi takpela.cari jalan keluar ke jalan besar balik,dia pun belok kanan.Belok punya belok,eka ternampak...

'Ehhhhhh Shabu-Shabu tula,berhenti berhenti,parking situ' 

dan dan je plak kan...Hahahahaaha.

Dia pun 

'mana-mana??? okey okey'

zupppp terus parking.Hahahahahaha.Dua-dua dah lapo pulak kan.

Terus je kami masuk.Tengok harga pulak satu pax untuk dewasa 

RM 22.90 (Dinner)

tapi yang kanak-kanak eka tak perasan pulak berapa.

Kitorang memang suka makan stimboat.Biasa pegi Flaming.Ni kita cuba yang ni pulak yer.Macam biasa ada 3 pilihan sup.Ada sum ayam,tomyam dan sup tulang.Kami ambil sup ayam dengan tomyam.Tomyam dia pedas sangat.Cili berterabur.Hehehehe.Tapi sedapla.Not bad.Pilihan pun sangat banyak.

Jom kita tengok gambar yer.Gambo semua guna handphone dan cilok Instagram sendiri.hehehe.Tak cantik sangat pun.huuu.

Samsung Galaxy Camera
sebiji pulishhhhh on my birthday nanti
hahahahahaha

Sambung cite kite yer.



Peta Lokasi


Alamatnya 

91-93, Persiaran PM 2/5,

 Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2,

 Seri Manjung, 32040, Seri Manjung, Perak

No Telefon : 05-563 9641

*nak senang,nampak je Kamdar,masuk je situ,
berhampiran je dengan Kamdar.hehehe

Jom tengok apa ada dalam menu dia
Ini adalah stimboat buffet


Ni semua makanan proses
Meatball,fishball yang pelbagai
Pilih-pilih makan sampai kenyang yer..hehehehe
dia suka benda gini,eka tak suka 


ada macam-macam sayur.
Eka suka sangat sayur mayur ni semua.hehehe


ermm hijau hijau.
eka suka letak sayur ni dalam sup ayam
letak taufu telur,letak udang,letak lala gemuk tu,
perghhh sedapnyaaaa..nak lagi..hahaha

Dia pulak ambil mee segera,letak dalam tomyam.sedapnya
dia letak seafood,udang la,lala la..macam-macam dia letak.
sedap sedap.


ni sebahagian daripada makanan laut yang ada,
sedapnyaaaaaaaa..cuma takde pepahat,yang panjang-panjang tu.hehehe


eka suka lala gemuk besar ni..sedap sedap.hehehe

kalau tak sanggup nak makan benda ni je,
ada jugak nasi goreng,bihun goreng
kuewtiow goreng,daging goreng..


Dessert dia banyak pilihan
ada buah-buahan
puding
kek
cendol
air pulak macam-macam ada


mula-mula tangkap gambo ni curi-curi.hehehe


bila dia perasan,dia pulak suruh kita tangkapkan gambo dia
sambil buat gaya gigit.hahahaha.
berlakon je ea awak ni..hehehe :p


kita nak jugak!! hahahahahaha

Secara keseluruhannya,sedap! Ala dah lapo,semua sedap.Terima kasih sapa yang bayokan tu yer.Hehehehehe.

Inikah dinamakan rezeki sesat dan tersalah jalan.. hahahaha...

Nanti kita cerita pasal makan lagi yer.. tata,selamat malam.hehehehe







7 comments:

Hanida Moss said...

ahahaha i love it when eka guna loghat perak bercerita, contoh 'bayor' :p. abah saya pun perak jugak. boyfie saya punya kampung pun perak. selalu laa kitorang berperak2 kalo berborak :p

najihahfara said...

menyelerakan :)

||Sis aLeaSaRa|| said...

owh dh mcm tgk iqram dinzly pengacara jjcm pulak hehe.sis eka blhlah cuba bkt mn tau ^^

mmg sdp stimboat..tgk foto tu pun dh lapo huhu

dianna said...

oh sama macam flaming tp lagi murah ek? sukaaa.. i suka makan steamboat yg byk pilihan mcm ni.

bukan yang hanya ada fishball je semua tu.. :)

nnt boleh lah jumpa belanja i makan steamboat hehe

MizzTina said...

akak xminat sgt stimbot ni..hukhukhuk

.izzati liyana. said...

saya pun suka gila gila steamboat. seronoknya tgk semua makanan ni. kecur air liur. lama tak makan.

Sharima - KC said...

salam sejahtera semua, masa mula2 harganya RM 15,tak lama dari tu naik sikit harganya ke RM 18 lebih,pas tu naik lagi harganya ke RM 22 lebih..lelama tak pergi nak sekarang harga untuk dewasa sudah RM 31,dah berbulan2 tak makan steamboat..nahh bernanah poket,Tapi yang bagusnya semasa hendak memilih tempat duduk ,pekerja restoran itu awal2 lagi sudah memberitahu harga terbaru..nak makan steamboat sangat...Ok takpe...