18 January 2013

Surprise ! Hoh...

Salam pagi Jumaat yang indah. Kejap je dah hari Jumaat,kan.Semalam memang otak blurr gila tak tahu nak update apa dah.Penyudahnya update jugak la pasal pregnancy test adik Eka.

Rasa tak sangka pulak saye udah tuhek.Hahaha.Yela,tak lama lagi dah nak menimang anak sedara.Sungguh,tak sabar rasanya nak tunggu lagi 9 bulan tu.hihihi.Semoga semuanya baik-baik sahaja.Sampailah saat dia melahirkan.Mohon doa dari kawan-kawan semua juga.

Harini nak cite pasal semalam.Kalau teringat mesti tergelak,tapi boleh cover lagi la.Hehehe.

Semalam eka men'surprise' kan tunang sendiri. haha Drum rool please.

Lelaki dapat bunga.How?

Memang tak pernahnye eka nak buat camtu.Tak gheti la nak seprais macamtu.Tapi tah nape terfikir pulak.Hahaha.Lagipun sekarang kan masa agak terbatas.Dia sangat sibuk dengan keje-keje dia,dengan study dia.Jadi,sekali sekala jela nak buat camni.hehe.Walaupun sibuk,tetapi 'Keep in touch' la lebih kurang.

Lepastu eka pun mula la google-google nak cari florist shop mana yang dekat ngan opis dia,tapi nampak pulak satu website florist shop ni, ofis dia dekat Brickfields.Lepastu dia buat penghantaran ke seluruh negara tapi free dekat area Klang Valley. Kalau nak hantar ke tempat jauh-jauh pon boleh.tapi jangan lupa tambah duitnya.hahaha.

Ah,maleh pulak nak taip florist shop bagai,kedai bunge jerla.hahahaha.Jadinya survey la kedai bunga tu punya website.Dah sign up pe sume,maka setat shopping bunge.Sekarang ni shopping bunge tak payah pegi kodai bungo,dopan komputer jo boleh boli bungo ngan potik bungo.

Eka beli disini 

(klik kat gambar)

Semua bunga cantik,tapi bukan sahaja jual bunga,
macam-macam ada.
 ada gifts macam chocolates,cakes,biscuits and much more

Beli pun takdelah sejambak beso tu,yang comel je.Cari alamat opis dia,dan siap.Lepastu dia punya services sangat cepat.Tanya sekejap je dah balas.Terima kasih Herda,yang uruskan urusan tuka tarikh.

Eka la yang gile,letak tarikh silap.Letak tarikh harini.padahal nak suruh antar 17 hb.Cuma satu jela eka tak puas hati.hehehe.Teddy bear ngan wrapping warna pink.hehehe.Sepatutnya bunga ni kan nak bagi lelaki,letak la warna yang biasa macam bear warna brown ke,wrapping warna kuning ke.hikhik.

Mase eka cek kat website,dia dah dapat bunga,kite calling-calling,eka tak nak cite pun pasal bunga,sekali dia cakap thanks sebab surprise kan dia.Eka buat-buat tak gheti jer,boleh pulak eka tanye-tanye 

'ape ? seprais ape  ha ape? .hahaha

bila dia kata,'jangan la buat tak tau'.

hahahahaha saye malu la pulak. Katanya semalam dia sangat SURPRISE. katenyelah kan. haha.
Yelah,despatch tak boleh naik sampai atas. Kat bawah je. Dia ingat kawan-kawan dia mainkan dia.. huahuahua. Sampaikan dia termarah despatch tu. Tapi akhirnya dia tahu sapa yang bagi. Bila dia dah baca kad tu. haha. Macam drama pulak.

dia upload kat FB.. 


comel-comel
jadi mat bunga la dia kat opis semalam.
hahahahahaha :p

ni apesal ade pulak prop borang-borang cukai ni..



comel disitu.hehehehehe
gambo semua diculik dari FB tunang,
tapi aku memandai letak watermark.hahahaha

Begitulah cite nyer.Kami sedar lah,kami ni memang pasangan yang tak romantik.Jenis huha huha huha macam kengkawan je gaya kalau berborak.Memang takdelah nak bagi bunga bagai.Setakat bunga dalam WhatsApp tu memang ada la.Kemain bagi-bagi bunga.hahahaha.

Walaupun sekadar bunga,bunga yang akan layu.Tapi sekurang-kurangnya rasa jugak kegembiraan disitu.Kalu nak buat kenangan,buat la potpuri kelopak bunge tu, lepastu sembur minyak wangi.Nak lagi tersimpan kenangan,simpan jela riben bunga tu.Tu pun boleh buat satu kenangan.Hahahaha.

Tapi janganla masa ni je nak gini,dah kawin pun harapnye gini jugak.

p/s: Masa bertunang ni,memang selalu berselisih faham.Tapi sebenornyer masa ini lah kita nak mengenali.Yang penting,sabar.Terima pasangan seadanya.Nanti nak jadi laki bini jugek.InsyaAllah.







12 comments:

MizzTina said...

suwitnyaaaaa...akak pernah nk bg mcm tu.. tp dia lak spesis xduk opis.. haishh

Cik Eka said...

@MizzTina hahahahaha tak duk opis takpela..pastu suh la sape wakil,letak kan atas meja.. hahahaha

||Sis aLeaSaRa|| said...

mesti pink muka cik abang(dlm hati sentiasa ada taman hehehe)

# owh suka bunga kat sidebar tu lawa n kreatif!!!suka tgk blog sis eka stiasa berubah header,rupa n color ^*

dya said...

salam knl,,dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya..^^

Jna marcello said...

jelesssssssssssssss~!!
nak jugak dpt bungaaaaa =DD

combi said...

xpe..no hal da skrg...today early morning, im just gave my koja teddy :p

Munnafendy said...

sweetnya eka. tak reti lah buat cmni.kalo nk beli kan pape, masing2 kena tnya dlu.takut kalo sprise tak bkenan pulak. tp style cmni best! g hntor kek ke coklat ke kan :p

Cik Eka said...

@||Sis aLeaSaRa|| hahahaha mmg bertaman2 mukanya...

padan muka dia. hahaha

Cik Eka said...

@dya tq

Cik Eka said...

@Jna marcello

hahahahaha tak boleeeee la jna hencemmm

Cik Eka said...

@combi hehehehe pasni nak bagi teddy plakkk laa

Cik Eka said...

@Munnafendy hahahaha baru belajar nak sweet2 mun.. dah nak kawen baru bersweet2.. kalo tak,nan hadooo