Cuba
Cuba untuk masuk sekali dalam situasi yang sedang berlaku sekarang dan mungkin lagi 3 tahun lebih akan datang.
Lama kan?
Memang orang kata
'alah pejam celik je pejam celik kejap je masa berlalu'
Orang bercakap memang senang,mudahnya menuturkan kata-kata.
Tapi yang menghadapinya,kita juga.
Faham
Faham apa saja situasi yang sedang berlaku sekarang ini
Faham orang lain.Tapi orang lain,kalau mahu diri itu difahami,mohon berilah kerjasama.Macam mana orang mahu faham,kalau tidak memberi kerjasama?
Masa
Masa agak terhad.Masa itu emas.Masa itu juga duit.Masa itu mahal.Mahal amat
Kalaulah masa boleh dibeli barang sekilo dua,ya mungkin saya mahu membelinya untuk kegunaan hari-hari saya.Tapi mana mungkin.Hanya angan yang TAK MUNGKIN jadi kenyataan.
Hati
Hati ya,kadang rasa terguris.Tergurisnya hati bila sekecil-kecil perkara boleh menjadi amarah dan akhirnya tercetus kata-kata yang kadang kita sendiri pun tidak menjangka itu akan keluar.
Sebab itu,jangan berkata-kata apabila marah
Pengaruh
Kalau kita punya masalah,kadang pasangan kita mesti sedar dan tahu.Masa itu, pasangan kita pun secara automatik terheret sama.
'saya ada masalah,saya tension ni,kerja banyak bla bla bla bla'
ya tahu,sabarlah
Moga-moga semua ini dipermudakan.
Cubit peha kiri,peha kanan juga terasa.Doaku,moga hati ini sama-sama kuat seperti dia.Siapa lagi yang mahu menyokong bakal suami sendiri.
Bukan senang ya,kerja + sambil belajar.Kelasnya setiap hari selepas pulang kerja.Belum lagi waktu Sabtu Ahad 'dicuri' sekali walaupun bukan selalu.


5 comments:
eka kena selalu bg semangat...
sabar na..dua2 kena sabar..hihi
kelas part time mcm tu lah..
itulah yang net alami selama hampir 4 tahun....balik kerja, pi kelas... walaupun hujung minggu tak ada kelas tapi kadang2 kena attend kelas ganti dan sebagainya...
pengorbanan tu penting... dari segi masa, duit, perasaan dan sebagainya...
eka smgt! :)
be strong ye kak :)
Post a Comment