08 March 2013

Aduhai ROCKY

Haritu kita ada cerita pasal si dog nama ROCKY kan. Ala yang garang tu. Hehehehe. Yang marah masa Eka masuk rumah tu. Yelah masa tu baru 3 hari duduk situ,dia pun tak kenal. Maunyer dia tak marah.

Tapi tu cite dulu la,sekarang ni.Dia dah kenal dah. Kadang kalau Eka balik,dia buat derk je. Kadang dia bangun,dia tengok kita. Kadang kalau kita buka pintu pun dia jenguk dari sebelah rumah. 

Lepastu berlegar-legar lah dia kat seberang jalan sana tengok kita.

Kadang risau jugak dia selalu baring kat tengah-tengah jalan. Risau kena langgar dengan kereta ke kan. Tapi  dog ni kan deria bunyi dan bau kuat. Dari jauh bunyi kereta dia lari ketepi. Bunyi dia punya loceng tu. Kadang saje je nyorok tepi langsir,sambil panggil. ROCKY !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tetiba dengar bunyi loceng dia gedik-gedik jenguk kepala dari rumah sebelah. Hahaha. 

Sebagai pencinta binatang. Eka cukup sayang dengan binatang. Kucing la paling eka sayang. Sayang sangat. masa si Tompok mati 3 minggu lepas,sungguh rasa terkesan kat hati. Pandang kucing rasa sayu sangat. Ya Allah rindunya rasa pada kucing eka tu. Entah bila la nak bela kucing lagi. Mungkin dah kawen nanti kot. 

Dog ni pun makhluk Allah juga kan. Kadang tengok muka yang sedih-sedih je rupe tu,kadang tercuit jugak rasa hati. Teringat kucing Eka. 

Walaupun kita tak boleh pegang dia. Tapi kita boleh sayang dia. Macam yang eka terbaca ni.

"kalau haiwan tu kita lihat sebagi BINATANG, maka macam binatang la kita tengok, 

tapi kalau lihat haiwan itu sebagai makhluk Allah SWT, maka rasa sayang kita akan timbul kepada makhluk tu"



Mula-mula memang cuak gila tengok dia ni.
tapi lama-lama dia dah cam bau kita. takdela dia bising lagi.
Dia dah cam Pak Guard dah kat Taman tu. 
Semua orang dia kenal. Hahaha.
Tapi orang yang duduk situla. 
Kalau dia tak kenal,dia akan bangun,
dia datang dekat.
haaaaaaaa

Pagi tadi nak dijadikan cerita. Eka nak keluar pagar. Dia ade je kat sebelah tu. Motor eka pulak eka letak kat depan sikit rumah tuan rocky,sebab eka nak kunci pagar besar.

Dia rileks berdiri sebelah motor. 

Ada budak sekolah ,lelaki dua orang lalu naik motor lalu depan umah

Dia cakap pada eka,

'Ehhh kak,ada anjing,tak takut ke anjing tu kak?? dia tak kejar akak kerrrrr??  

Eka kata takk,dia kenal. Tapi kalau ko turun motor,dia kejar ko.Sebab dia tak kenal.hehehe

Budak-budak tu ketawa.

Dia tak tahu,aku dulu nak terkencing tengok si Rocky ni. Takut !!! Hahahahahahahahahaha



5 comments:

Nory Zoulkefle said...

eka sama ngan nory..

pencinta binatang..

hensemlah si rocky ni...hehehe..

muka je garang tapi dalam hati ada taman..

msti die "syok" kat eka kan,sbb eka slalu tegur2 dia..hehe

Daddy Ziyyad said...

Dengan hitamnya...mmg nampak garang Rocky ni...:)

tapi anjing macam ni, kalau dia dah biasa dgn org sekitar...takpe...dia akan jadi penjaga...bau kita, bau kereta kita dia cam....Bagusnya kalau ada org asing/org jahat, dia akan menyalak...

Betul tu..kita lihat haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah...bukan sekadar haiwan..Insya Allah...rasa sayang tu timbul...pahala pun insya allah dpt...

deno said...

erk... deno pun takut anjing.... tp di terengganu jarang2 jumpa anjing

:: Mrs.Eady :: said...

Tgk pun serammm...

icE said...

stalker sangat anjing ni. tapi sebenarnya mungkin dia nak berkawan kan??

http://undomesticated.blogspot.com

Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK