11 March 2013

Sabtu yang lalu..

Assalamualaikum dan hai semua ! Selamat hari Isnin. Takde dah istilah Monday fever ke Monday Blues ke,tapi Monday yang bertenaga !! Hahahaha . Mengah lagi ni tadi pegi balik umah,handphone tertinggal kat rumah pulak dah ! Chait ! Hadoiiiii.

Ingat dah sumbat dalam bag,rupanya balik tadi,ade bawah bantal. 

Lupakan kisah itu,handphone dah ade ni ha. Ha ha ha. Cam la tunang aku nak mesej waktu opis hour ni. Baik dia pi buat keje lagi baguih ! Aku lain ar,keje tak bape banyak arini. Har har har.

Sambung cite, hari sabtu haritu pegi teman Dak Apple pegi UKM Bangi,amek baucer buku dia tu. Sambil tu  dia nak wakilkan kawan dia sekali,Amir namanya. Amir tu pegi Umrah. Siap bawak kad matrik ni ha. Tapi nanhadoo tak boleh wakil pulak. Hmmmm. Patut kena buat surat sikit kata kak yang bertugas tu.



Dah tu konon-konon lagi lah kan,nak pegi menebus baucer tu lah kat MPH. Ajak pegi Midvalley. Silap percaturan daaaa.. Tahu baik pegi menyopping kat The Mines je. Punya lah ramai orang kat MV tu. Semak lak kepala masuk MPH orang beratur yang amat panjang nak bayar. Tu baru nak membayo,belum lagi nak amek barang,berlaga bontot bahu pulak. Macam biasala Dak Apple muka dah masam. Dia bukan suka ramai orang.

Jom,balik. Hahaha

Eh tapi nak cite lah,sebelum pegi MPH tu,kita sempat nengok wayang. Pun sama jugak beratur yang amat panjang. Aku nak beli on9 je sebelum tu tapi dak apple tak nak. Walk in je katanya. Pastu jangan nak kecoh haa beratur panjang-panjang. hahahaha. Kalau aku beli on9 takpayahnakberaturpanjangpanjangterus pegikaunterjerrrrr

Sambil beratur memikir nak tengok cite apa,jadi kita tengok cite Rock Oo. Dia nak tengok. Katanya ramai orang share kat FB cite tu lawak. Ikut jela. 


Rock Oo. Lama eh tak tengok movie. 

Sambil menanti kita pegi Food Junction MV. Eh ade tempat baru dah. Haritu pegi in progress. Selalu kalau pegi MV,Food Court dia kat tengah-tengah jalan. Open air. Orang nak lalu selalu bertembung ngan orang bawak claypot mee berasap-asap. Ganggu kan. Bagusla pihak MV buat satu Food Court yang cantik,selesa  dan kemas ni. Tak ganggu orang lalu lalang. 

Nak makan kenyang lagi makan kepsi. Lepas tengok wayang baru makan la nampaknya. Nampak stall dessert. Ingat kalo ada sago gula melaka nak la try. Tapi takde. Sago berkuah fruit juice. Tak tahu pe rasanya. Baik amek yang hot order. Nah,amek lak Ice Floss Mango Korean. Nampak orang pegang cam sedap. Rega dalam Rm 9.50 rasanya semangkuk ni. Rasanya,sedap! Halus. Dak apple kata cam bihun. Tapi rasanya dia makan lagi banyak dari aku. Hahahaha


 dap tak nampaknya?? hahahaha

 tetiba rasa meleleh air lior. 
Rasa dia halus,lembut cam eskrem.
Ada lak buah mangga kat tepi. Ada bubble.
Aku tak suka bubble tu.Suka mangga dia je ngan eskrem tu. 

Eh jap lagi ah cite pasal Rock Oo.









2 comments:

MizzTina said...

meleleh air liur.. wakaka

Cik Zety said...

adoi~tertelan ayak liur la pulak tgk dessert tu! hehe :P