03 April 2013

Alhamdulillah,Lulus

Assalamualaikum.

Semalam pegi INTAN,Bukit Kiara untuk exam Isac tu. Bertolak daripada Diamond Bay ni selepas Solat Subuh dengan Pakcik Driver opis. Singgah breakfast kat RNR Ulu Bernam. Makan nasik lomak,adeh mentah lak nasi ea. Penyudahnya makan sikit je. Nasibla ada beli kuih.Sampai kat Intan pukul 8.50 a.m.

Banyak masa study sikit-sikit untuk bahagian objektif. Sukatan dia pun kita tak tahu,jadi baca jela nota yg ada kat website Intan tu,print siap-siap. Terjumpa ramai kawan-kawan baru Pkp ngan secetary. Ramai juga yang datang dari jauh. Melaka,Johor,Negeri Sembilan,Perak (aku letew) hahahaha. Dan lain-lain negeri.

Jumpa jugak PKP yang bertugas kat 1MOCC kat Cyber ngan Putrajaya. Sembang-sembang ngan mereka,bertukar cerita tempat bertugas.

Ada yang baru kali pertama tapi ada yang kali kedua,ketiga. Tapi majoritinya yang kali pertama. Lantikan baru. Hilang la sikit nervous. Hehehehe.

Masa masuk dalam makmal tu kami diberi sikit taklimat mengenai exam ni. Jangan buat silap,jangan nak undo,jangan tekan close,enter. Takutnya kalau buat silap.

Exam ni ada dua bahagian. Masa 1 jam. Ikut timer yang ada dalam PC masing-masing.

Bahagian 1 yang pertama, 40 soalan objektif mengenai komputer,MSC,internet,emel.. Nota dia boleh download kat sini. Soalan dia ada yang mudah,tapi ada jugak yang mengelirukan. Rasa macam eh, rasa macam semua betul je. Gasakle mane yang betul mana yang tak. huuu. Masa yang diperuntukkan untuk bahagian 1 ni adalah 20 minit. Bila dah 20 minit dia akan beri reminder.

Bahagian 2 ada 3 bahagian. ( A,B,C) . Mudah.

Yang A tu,step nak melayari internet bla bla bla. Tapi kena ingat gak pesanan Pengawas Exam tu. Cara biasa kita buat, lain. Tapi cara di dalam exam,sedikit berbeza dan lain. Ikut Arahan.

Dah siap yang tu, Bahagian B pulak. Yang bahagian B tu kena pilih Word ataupun Powerpoint. Tapi ramai yang suggest ambil word. Tapi terpulang la pada kemampuan masing-masing kan. Sama jugak,ikut arahan. Eka amek word. yang ni basic jugak. Macam mana nak setting kan, nak sorting,nak bold,nak insert header,insert page,tuka font, tuka line spacing,dan lain-lain. Dah siap Save.

Seterusnya bahagian C,tentang emel. Camne nak hantar emel,attach fail.attach gambar, taip apa yang diarahkan. dan last sekali siap,hantar.

Keputusan dapat tahu selepas exam tu. Pengawas akan siap-siap print sijil kita selepas kita jawab soalan tu. Berdebar je semua masa nak dengar nama-nama dipanggil untuk ambil sijil.  hihi.

Alhamdulillah, lulus.


Dah dapat sijil.
Lepasni tunggu Ogos pulak untuk exam Jpa.

Dengar kawan cite,ada dua orang yang failed. Mereka dapat surat. Takpe,cuba lagi lepas ni ya kawan-kawan. 

kata pengawas exam, Isac ni senang lulus tetapi senang gagal. Tips dia ikut step. Nampak macam rumit tapi sebenarnya tak sangat. 

Terima kasih kawan-kawan kat group PKP 1 Malaysia di FB. Banyak beri tips untuk exam ni.

p/s : Tunggu confirm. Barulah boleh fikir next step. 
Nak dekat ke jauh. Tapi, nak dekat. :)






12 comments:

HanNis SaNia said...

hehe tahniah :)

||Sis aLeaSaRa|| said...

hah kan betul kitorg semua pnh komen previous entri,cik eka mesti lulus pya :) tahniah tau kerja elok2 ye...

shaFazie said...

tahniah eka.. :D

Cik Eka said...

@HanNis SaNia tq hannis.. hehe

Cik Eka said...

@||Sis aLeaSaRa|| tula kak.. takut gaik failed semalam. penat je dtg jauh2.hehehe

Cik Puan Fadli said...

congratulations!...jom mak banje makan eskrem...

http://thequeenoffadli.blogspot.com/2013/04/wordless-wednesday-layan-jo.html

Cik Eka said...

@Cik Puan Fadli nak eskem mahal mak.. hihi.. hagendasss... hahahaha

Cik Eka said...

@shaFazie tq shafazie.. :D

Sally Yatiey said...

Tahniah ;D

Azrul Hisham said...

tahniah dik :)

Cik Eka said...

@Sally Yatiey tq kak sally :)

Cik Eka said...

@Azrul Hisham tq abg.. hehehehe