16 April 2013

Ayam KFC K-POP

Tadi lunch kawan seopis ajak keluar. 

Makan ayam kfc dua ketul,sedap jugak ni, katanya.

Aku yang bagaikan orang mengantuk disorongkan tilam, terus je cakap. Jom.  Lepas je kami deal, sekali keluar sedang elok je iklan KFC K-Pop kat dalam tv. Haha.

Pergi makan kat KFC baru di Teluk Intan. Berdekatan dengan TF Value Mart.

nah, oppa gangnam style.



anyeong haseo. eh betul ke camni? hahahaha

Ayam harusla minta yang rib dan thigh

Ayamnya ayam hot and spicy tapi dia curahkan dengan sos pekat yang manis
dan pedas-pedas sikit,lepastu di tebor kan dengan bijan.

*kfc tolong la curah banyak sikit. Sebab rasa sikit sangat.. hehehe

Rasa, sedap. Tekak boleh terima.
Sebab ini lagi sedap daripada yang kfc penah keluarkan,tomyam dulu kan,
tomyam tak sedap! ni,sedap!

Dan dihidangkan dengan salad baru iaitu 
pototo and corn salad.
Rasa boleh tahan, tekak menerima dengan baik.

*kalo dah lapo,semua sedap,semua menerima dengan baik,kannnnnnnnnn. :p

Wedges tu,kosong je sebenonye,saja request letak cheese. hehehe

Ramai yang tanya, macam mana rasanya. Korang penah makan keropok ikan sira dari terengganu tu? 
Ha lebih kurang gitulah rasa dia punya sambal tu. Kalau yang tak pernah makan keropok sira tu, haaa rasa dia macam kerepek ubi pedas yang basah tu. Ha camtula lebih kurang. hehehe.

Sesiapa yang teringin, boleh la cepat-cepat pergi kfc malam ni. 

p/s : Nak ajak apple makan meatball abang burn. Tapi,dia busy. Start bulan ni,sampailah hujung bulan,cuti dibekukan. Semua pasal e-filing. Sabtu Ahad office buka. Baiklah..............................................







13 comments:

pink.plate.liyana said...

ulasan org tengah lapor boleh dterima x..hehehe..dah bpe kali lalu dpn kepci ..rsa mcm nak try..tp takut2 tak sedap.. ;)

azzey said...

br smlm order set ni tp akk x mkn pon ank yg mkn..:)

Cik Puan Fadli said...

eh!eh!..smlm abah ekau ajak boli kepfsi nie...tokak omak xleh nak timo sobab tlampau podas!...tp sgt sodap, kan!...laie sodap dari spicy biaso tuhh...

haipp!!!..entry makanan yooo!!!!

Cik Eka said...

@pink.plate.liyana cuba la rasa. sedap jugak. selalu makan yg spicy kan. ni ada pembaharuan sikit. hikhik. lagi okey daripada tomyam

Cik Eka said...

@azzey oh,akak cuba la .sedap jugak

Cik Eka said...

@Cik Puan Fadli mano do podeh mak eh.. biaso jo. kalau mak makan beger mekdi smokin beef tu yo la podeh kanmain

Cik Puan Fadli said...

apo tak podaihnyo...podaih laaaa...bibir omak dah ghuper angelina juling dahhh...tp sodap!...mcm mlm nie nak poie tapau laie laa...hik!hik!

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

oo.. macam keropok sira eh... sy dr terengganu jadi dapat bayangkan la...

p/s: boleh kan mintak kuah lebih kan..

Tihara said...

as salam,
singgah sini dari blog namee..
silap akak tak order ni hari tu sebab rasa cam gerun tengok rope dia ingatkan pedas..next time lah :)

:: Riri-Fatieha ::~ said...

owh lum try lagi yg ni.. ada kata x sedap. ikut tekak masing2 la kot kan..

shaFazie said...

azie br makan semalam..memang sedap cume sos die tue sikit je

.::cik lin::. said...

alamak semua cakap sedap lah...nampaknya cik lin sorang je tokak xleh terima..sebab rasa sira dia tu manis je..dan xrasa keaslian pedas tu...erm....cik lin rindukan ayam spicy kfc yang biasa tu....

Huda Azman said...

kepsi teluk intan dah sedap ke? dulu2 kalau beli ayam dia kecik bebeno. tak sedap pulak tu. sayur kemain layu. wedges pun lembik je mcm kelmarin punya tapi tak panaskan. sejuk kejung je. coleslaw pun mcm nak basi je. dah 2-3 kali kena cmtu mls dah nak pegi. kalau sekarang dah ok boleh jugak nak terjah otw blk kampung =) kepsi tjg malim so far sedap je. takde lagi panas hati sebab dpt kepsi sejuk hahah =p