29 April 2013

Mari Mengundi

Tadi mesej handphone berbunyi. ahaha mesej bunyi pun nak tulis. Dah la bunyi mesej tak boleh tuka kalau pakai samsung Y nie.

Saja lah panjang sikit,berbasa basi.

Hahaha

'Esok, mengundi pos kat sini' Kata mesej tersebut. Pengirimnya, kawan opis lama.

Sebab masa daftar jadi petugas haritu, masih kerja di opis lama. Sebarang surat menyurat semuanya di opis lama.

Oh, ada yang tanya,kau kenapa mengundi pos?

Kita cerita sikitlah. Undi pos , adalah untuk :

Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.




Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.



Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.



Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.

Klik sini untuk mengetahui tentang Kategori Pengundi Pos Luar Negara


Begitulah ceritanya. Esok,minta half day lah. Sebab kena balik kampong. Haha. Lupa, Rabu ni kita cuti. Jadinya kena bawak baju sekali lah balik esok. Rabu, balik sini balik. Jumaat balik kampung balik. Hamboihh ulang alik saja.

5 tahun lepas, jadi petugas juga. Seronok. Memerhatikan gelagat orang. Macam-macam hal ada. Masa tu umur baru 20 tahun. Tidak layak untuk mengundi. Tahun ini tahun pertama.

p/s: Nak practise mangkah le ni kome. Selamat ngondi yer.. hehehe





4 comments:

Mak Wardah said...

Salam. Kalau nak jadi pengundi malas macam ni ye...

Daddy Ziyyad said...

practice...jgn tak practice :)

:: Mrs.Eady :: said...

tak sabar kan!

Cik Puan Fadli said...

selamat mengundi syg..