08 April 2013

Sengal dari Port Dickson

Assalamualakum dan selamat pagi. Harini lewat pulak.Masuk pejabat pukul 8.01 a.m . Kari kepala ikan betul. huhuhuhu. Mane tak nyer,terbangun pukul 7.15 a.m. Padan sangat muka kan. Nyenyak betul tidonyer. 

Kepenatan.Semalam sebelum balik daripada Port Dickson, kami pergi mandi laut pulak. Lepastu cuba la naik Viper Tube Boat. Best !! tapi ni lah hadiahnya. Pepagi ni bangun sakit badan. Sengal. Dengan punggung sakit,sebab terhentak-hentak kena ombak masa atas viper tube tu. Gambo takde, dekat kamera kakak si dak apple. Nanti ade kite masukkan.

Ni pun sekarang ni jela berani nak naik bende alah tu. Kalau dulu takut jugak. Hahahaha :p

Semenjak keje jabatan air air ni jela berani. Kalau tak kene kutuk jela. Hahaha. Kalau dulu jangankan nak naik boat,banana boat,viper tube boat ni, mandi kat laut pun alahai kecah-kecah kaki jela dekat tepi. Yela,berenang pun tak tau. Bantainyer terlemas kang haaaaaa.. Tu la dia fikiran negatif. Hahahaha.

Berani pun berani takut jela. Kalau tak, semua takut. Sekarang,ketakutan bukan penghalang . Eh macam fear factor plak. Hahahahaha.

Hari jumaat- ahad haritu  ke Potdeksen. Menginap di Permaisuri Beach Resort,Tanjung Tuan,PD. Kita sewa dua buah apartment. Satu apartment ada 3 bilik. Luas,besar dan selesa.


alahai makcik ni,mesti nak jugak kat lobby ni.


duk sini semua sea view.


Dalam apartment.


Bilik ke dua


bilik ke tiga.


ni ektibiti BBQ kat tepi pantai.
budak ni nampak dah sangat berisi.Dengan pipi kembungnya.
Baru je dua minggu tak jumpa.

Lepasni tuka nama la. Dak apple jadi Dak Gemok.


Hayfa anak kak Zana. Anak buah dak gemok.

Permaisuri ni best. Cuma services ada yang tak kena la. Biaselah kan. Menginap. Heater rosak,sampai hangit dia punya bontot. Black out satu apartment. Lepastu peti ais pulak rosak. aduhai. Ngan ikan,ngan ayamnyer nak buat BBQ. Terpaksa sumbat dekat peti ais apartment lagi satu. 

Call banyak kali pun tak berjawab. Penyudahnya tak berganti sampai ke sudah. Cuma yang diganti adalah heater. Mungkin pelanggan terlalu ramai. Weekend pulak kan. Tak menang tangan tu. Tapi apa-apapun, keseluruhan, ok la. Yang penting semua gembira. 

Ala takde mood la nak menaip ni. Sakit pinggang. huh.

Nanti kita menceceh lagi. 

sampai nanti. 






4 comments:

Cik Puan Fadli said...

pheww!!!...poie PD yooo...beshhh...omak jugak yg dok membongkang diri kek umah...abah ekau mls nak poie mano²...omak ajak blk kg dio kek Palong pon dio xmo...mls katonyo...ado plak cenggitu...kg dio tuh, bkn nak blk SP...klu ajak blk SP dio ckp cenggitu, omak lompang lelaju gak...

Cik Zety said...

wahhh, macam best je! hanimun2 :P

Namee Roslan said...

bestnya eka ! namee pun nak gi pd next week ! hihi. saja jalan2... hihi..eka, ada tak org invite eka gi event lagi ? mana tau nnti kita boleh jmpa ! :D

shaFazie said...

bestnye jalan2.. dh lme xp PD..