27 May 2013

Burger Bakar Abang Burn : Jajahan Seremban

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Harini pepagi buta takde dah Moonday blues bagai. Kena jadikan Monday adalah permulaan hari yang baik. Weeeeeeeeeeee~

Pagi ni nak review makanan plak iaitu Burger Bakar Abang Burn.
Burger Bakar Abg Burn sekarang ni ada 14 jajahan. Korang pilih la yang mane paling dokek ngan umah korang. Antara jajahannya ialah  

Ampang, 
Kajang-Bangi, 
Nilai,
Johor Bahru,
Kota Damansara, 
Sunway-Subang Jaya, 
Seremban, 
Seksyen 7 Shah Alam,
Seksyen 13 Shah Alam, 
Alor Star, 
Klang,
Melaka, 
Cheras Perdana & 
Pasir Gudang.

Mesti korang suke kan? Tau dah. Kalau kat Belog Cik Eka nie, kejenyer asyik nak post pasal makan je. Pastu berat naik sikit mengecah  pulak takut gemuk. Hahaha. Ape nak buat. Tatahan semua benda sedap. Makan selagi selera ada. Baju kawen tak muat pun takpe. Pakai bengkung. Hahahaha 

Haritu, lepas balik daripada kenduri kahwin sepupu Dak Izi kat KL, kami semua terus gerak balik ke Seremban. Pasal kenduri kahwin nanti kite cite yer.  Hehehe. Pastu sebenonyer dah lame nak ajak dak Izi makan bende alah nie. Tapi biasalah. Dia kan selalu busy. Busy dan busy. Kalau tak, boleh pegi je kat Taman Dagang, Ampang tu ha. Tapi takde mase. 

Takpela, dah dapek dah pun. Hehehe. 

Tapi ingat sonang nak dapek nie? Kono bersosek dulu kek Sikamat tu ha. Kate Dak Izi, die tak berapa reti sangat jalan Sikamat tu. Gulppp .Ape cite nie. Ape kene nie. Orang Somban boleh sesat kat Somban nie. Hahahahaha. Sebab kami masuk ikut jalan utama Sikamat tu, jauh la nak masuk Taman Pulai Perdana tu. Aku jangan ditanya lah. Aku bukan orang Somban. Haruslah aku tak tahu. Hahahaha. Maka membebel lah dia di dalam kereta. Pastu Dak Izi call kengkawan dia, memasing tak jawab.  Hehe. Walaupun dah digoogle alamat,sesat jugak. Turun kereta la tanye orang kat depan masjid Sikamat tu. Hehehe. GPS yilekkkk..  GPS aku dah uninstall dari henpon comel ni. Maka berbekalkan komen-komen kat FB Burger Bakar Abang Burn je jadi rujukan.

Akhirnya, jumpa lah jugakkkkkkkkk. 

Barula orang Somban tu sobut,
' laaaaaaaaaaaaaaa kat sini rupanyaaa... Oooo sini laaaa.' Grrr. Tetibe je tau. Haha

Nah, taruk alamat Jajahan Seremban Burger Bakar Abang Burn.


Pastikan korang tak sesat macam kami. Hahaha.

Rupanya kedai ni dekat dalam Restoran Maulana. Dalam tu ada food court. Termasuklah Burger bako ni, ada nasi lemak, ada goreng-goreng bagai. Malam tu malam minggu, orang ramai jugak. 


Ni la cashier Burger Bakar Abang Burn Jajahan Seremban, yang selalu tersenyum 
serta mesra pelanggan. Peramah la budaknya.
Namanya Ahmad Danial. 
Siap amek twitter die lagi. Hahahaha.


Sibuk semua pekerja BBAB malam tu. 
Hehehe


Ni ha yang kami order.
Burger, meatball, ngan onion ring
Orang sebelah kate ni mencekik ke apa nie.Hahaha
Dua orang je makan.Tapi biasalah kan. Dah pegi burger bako, subjek utama haruslah ade burger.
 Tak kan nak makan ayam tandoori pulak. Hehehe



Ni ha Meatball Abg Burn.
Sedap. Rasa daging dia la juicy. 
Rasa black pepper agak kuat. 
Brown sauce dia sedap. Nyummyyy.

Orang sebelah kata kan, meatball ni abg burn buat sendiri ea. Sedap katanya ! 
Memang la sedap! Original pulak kan.

Harga dia RM 9.90

Orang sebelah siap order mee maggi goreng sebab nak makan ngan meat ball ni.


Pastu order burger ni. 
Nama burger ni Beef Supremo Cheesy 
 ni sedap.
Ada onion ring, mushroom goreng.
pastu sayur banyak. Sedap..
Roti tu salat ngan butter, pastu bakar garing. 
haih apehal sedap sangat nie!  Hahahaha

Tapi den makan separuh dah nak habis, mengah jugak la makan.
Sampai terbeliak biji mata mengunyah.Hahahaha
Beef patty dia sedap. Meleleh cheese dia. Nyummm nyummm

Harga dia RM 12.50



Lepastu ditambah pulak dengan Onion Ring
Onion Ring ni sedap. jugak.
Rangup !

Harga RM 2.00 je

Jumlah kitorang makan malam tu RM 24.40 sahaja. 

Alhamdulillah, kenyang sesangat. Sangat. Korang yang teringin nak makan meatball tu boleh la mari ke sini. Makan banyak-banyak tauuu. hehehehehe

Untuk korang nak check semua lokasi Jajahan Abg Burn korang kelik Lokasi BBAB
Untuk Official FB Burger Bakar Abg Burn Kelik FB Abg Burn

p/s : Nak breakfast duluuuuuuuuuuu, jom !




7 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

SEDAP NYER!!!!

Daddy Ziyyad said...

saya tak pernah makan beger bakar ni...walaupun selalu baca kat blog...boleh la saya try cari yg kat sikamat ni yoo..hahaha

MizzTina said...

dh la akak ngah lapar.. hadoi laaa

Cik Eka said...

@:: Mrs.Eady :: ohh mmg sedappp cubalah try. hehehe

Cik Eka said...

@Daddy Ziyyad Doctor, mak mertuo kek mano. Pasni boleh la poie. Tapi jangan sosek cam kami. Hahaha

buek malu. haha

Cik Eka said...

@MizzTina siannyer pengantin baru nie. wakakakakaka

Papa-NtiQ said...

Hi Eka...cakap pasal burger bakar abang burn nih saya baru jer pegi makan kat jajahan johor bahru. Lazat dan cepat service!Pics pun baru jer upload dalam blog so bila senang tu jenguk la yer di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe…takde topik lain
dan....kalu minat tu follow la yer blog saya TQ