08 May 2013

Nasi Buluh (Bamboo) Sg Klah,Sungkai

Masih lagi berkaitan PRU ke 13. Tapi ini lepas PRU. Habis je bertugas tu, pukul 5.30 dekat pukul 6 gitulah. Petang tu kami diberi makan kuih. Dua ketul. Kuih talam ngan kuih karipap. Sedapla jugak. Ade pulak teh panas. Baru lepas hujan pulak kan. Sedap saje la. Bagi batu celop tepung, kayu celup tepung sedap gamaknyer kalo lepas hujan. Ajenyer yerrr. Haha

Masa balik tengahari nak ngundi tu, lalu kat simpang Sg Klah tu, ada Kedai Nasi Bamboo Sg Klah. pastu ada plak macam signboard comel tulis cendol pulut. Nak singgah tak sempat ler, sebab kejo masa kan, lagi-lagi masa bertugas. Tu pun nasibla dapat pelepasan. Rugi satu undi huiiiiiii...

Sebelum balik tanya pada Kak Yan, sedap tak makan situ. Dia kata sedap. Macam-macam ada. Balik tu nyinggah le kejap. Opismet lama ngan adik dia, dah kenyang katanya. Tapi aku yang nak singgah. Hahahaha. Depa kata, pelik betul ko nie, tak kenyang-kenyang. Nak buat camne kan. Teringin.

Jap, sebelum tunjuk gambo makanan, tunjuk gambo jari dulu.

Runcing kan jari budak nie. Hahahahahahahahahahahaha :p Perahsantan


Jari panjang-panjang ni memang begini yer.


Ni lah gerainya.
Baru lepas hujan masa nie.
Orang pun tak ramai.
Tapi tengahari lalu,kanmain ramai lagi orang. 

kami order nie,


Char Kuew Tiow.
Sedap jugak.
Seperti yang dikata banyak kali, makan selepas hujan,
memang semua sedap.

Teringat dak apple, dia suka char kuew tiow
Siap pesan, kalau dah kawen nanti, pandai masak apa2 je asal asasnyer kuewtiow.
Masaklaaaaaaaaaaaa..hari2 bagi dia makan kuewtiow
hehehehe :p


pastu cendol pulut........
ni disyorkan. memang sedap!

Terbayang kalo la tetengahari ngirup ini,
Perghhhhhhhhhhhhh. lelaki hensem lalu sebelah pun tak heran.

lalu jela kamu, tak nak pandang. Kahkahkah.

Ha ni plak dia punya special la kat sini. Tapi kami tak makan. hehehehe


Ni la nasi buluhnya.
Tapi petang kan, tak berapa nak makan nasik,
tu tak order. 

bagi sesiapa yang melancong ke Sungai Klah Hot Spring,
korang boleh singgah kat sini.
kat selekoh je. Tak sesat punya, sebab tepi jalan jer pun.

Ni FB dia, sila la terjah 



p/s : sorry yer entry lapo pepetang gini. Hahahahaha





7 comments:

pink.plate.liyana said...

cik eka ohh cik eka..nape la post memakanan ni ptg2..sob3..laporrsss tgok..nasik bamboo to mengancam jiwa..nasib baik jauh..hehehe

Nory Zoulkefle said...

wahhh nak try lah nnt kalau balik kampong suami...dah dekat dh rasanya..hehe

BeLLa de ViE said...

Ok. Bace entry ni terus perot bunyik. Uwwwwaaaaaa.... lapa!

https://nabiladevie.blogspot.com

Wak Gelas™ said...

sodappnye makk.,ahHKs

shaFazie said...

Inshaallah kalo pergi sane boleh singgah..
cendol....

merahitujambu said...

sedapnyaa...

Dak Fisha said...

adoiii..sedapnye cendol pulut tuh. mengancam. hehe. btw fisha letakkan link blog awak dlm bloglist fisha bleh??? sennag nak keep in touch. huhu. ni link blog fisha http://coreatdakfisha.blogspot.com/