04 June 2013

Gulai Lemak Cili Padi + Tempoyak

Biji mata ni rasa macam nak cungkil je. Sebab tengok semua adalah cantik. Tengok ini adalah cantik. Tengok itu pun adalah cantik juga.

Tak ada yang tak cantik. 

Semua pun cantik-cantik.

Lepastu ada lah tengok satu warna ni. Mint Green. Tak pernah pun suka warna ni. Tapi haritu ada beli baju satu. Warna ni.

Rasa macam cantik la pulak.


Rasa macam nak guna warna ni untuk baju nikah.
Sebab nampak macam sejuk mata memandang.

Kan? Hehehe

Ada yang tanya saya, apa tema kahwin saya. Entah, saya pun tak tahu nak kata. Hahahaha. Nak pink purple putih, nak pink purple turqoise. Tak kisah ar, janji ada pink. Hahahaha .Yang penting saya nak warna soft. Macam gini.


Ini tema cherry blossom

Saya suka warna yang lembut-lembut gini,
sesuailah dengan saya yang lembut ini. 
Uwekkkkkkkkkkkkk ayat tak boleh belah :p
 Macam la lembut sangat. hakhakhak

Untuk masa sekarang, masih lagi membooking perkara yang penting dulu. Google sana sini.

Step nak kahwin adalah panjang rupanya. Dan paling penting , proses untuk mendapakan kebenaran berkahwin itu. Pastu ada borang pengesahan permastautin. Cari penghulu bagai. Tangkap gambar pakai songkok bagai untuk bakal pengantin lelaki, fotostat dokumen penting bagai. Heeeeeeeeeeeee banyak keje kan. Tapi takpe, kita buat bersama-sama. Tapi belum mula lagila. Lepas raya nanti baru mula. Sebab molek dibuat 3-2 bulan sebelum berkahwin. Sekarang ni nak tahu proses dia je. Bila dah tahu, senang nak buat langkah seterusnya.

Untuk proses tu, eka rujuk blog ini dan juga iniTQ sangat bagi info berguna.

Disebabkan kami berlainan negeri. iaitu Negeri Gulai Lemak Cili Padi dan Negeri Tempoyak, maka, proses akan dibuat selepas belah gulai lemak siap buat semua dokumen. Dan pass pada tempoyak untuk tempoyak proses di negeri tempoyak pula.

Maka jadilah gulai lemak tempoyak. Sedap. Slurpppp. Hohoi... Merepek !

Nampak macam kelakar, tapi itulah prosesnya.Hehe

Yang pasal HIV test tu, dia valid 3 bulan. So, masa call klinik kesihatan. Katanya kalau majlis Bulan Disember, buat test bulan Oktober. Kalau kat tempat tempoyak, boleh buat setiap hari tapi pada sebelah petang sahaja. Maka, bulan Oktober ni baru buat. 

p/s : Kursus nikah kahwin, hujung bulan ni. Ilmu baru. InshaAllah, saya sudah bersedia. ^_* kenyit mata. Hekhekhek






15 comments:

Cik Puan Fadli said...

hengatkan post gambaq gulai tempoyak..tipah tertipuuu!!!!

merahitujambu said...

bersiap sedia hadapi segalanya dear.. =)

yana_popeye said...

yana dah pergi kursus pra perkahwinan . sangat best !

Pearl Kaz said...

Oh. Kalau takde benda nak DIY, buat preparation 2 or 3bulan sebelum majlis takde masalah la. Tp kalau ada yg nak DIY, mmg kena start dari skrg la. hihihi. Ape pun, semoga semuanya berjalan lancar.

Cik Eka said...

@Cik Puan Fadli hahahahaha padan muka, terbaca. hahahaha ceh teringin la plak bila ckp tempoyak

Cik Eka said...

@merahitujambu tq awak. hehehe

Cik Eka said...

@yana_popeye yeke. kite hujung bulan nie. hehehehe.

Cik Eka said...

@Pearl Kaz DIY cenderahati je. hehehehe.
ni pun tengah memikir nak bagi ape utk tetamu. hehehe

Daddy Ziyyad said...

persiapan b4 wedding mmg meletihkan, memenatkan..even nak pilih color tema pun, pening kepala kan? hahaha...saya & wife dah lalui nya dulu....Nanti masa wedding reception, buat la lauk2 kampung...mmg best..org dah jemu asyik makan lauk tipikal kerja kawin...hihihih

PinKy MoMMa said...

warna lembut2 itu mmg cantik..nak nak yg ada unsur pink huawawawa..tapi mcm tak caya jer lembut spt tuannyer hahaha

dik kursus kawin best ooo..kelakar ;p

Cik Eka said...

@Daddy Ziyyad ha ah betul tu. pening keparaaa. hahaha. tema pun takde. sebab macam lalang.

Pandang semua cantiklaa Doktor. hehehehe.

yup, mmg buat lauk kampung. Doktor kalu nak rasa umbut masak gulai lemak. Cicah sambal belacan, sila dtg ye dokter. hehehehehe..

Cik Eka said...

@PinKy MoMMa hahahahhahaahaha pink tu penting. Tak yah caye tau lembut seperti tuannya ni.hahahahaha.

cirit eka dengo. hahahaha

yeke best ea kusus kawen? yeyeahhhh tak sabo. Hahahahaha

shaFazie said...

yup eka byk proses kene buat..kdg poning gak..smpai skrg kita xdpt tema lagi nie...pdahal 4 bulan je lg..

Cik Eka said...

@shaFazie hehehe a ah banyak menda nak buat kan.. eka plak lagi 6 bulan. x lama dah kan awak. awal 2 bulan dr kite

Dr. Tubagus said...

Warna mewujudkan keindahan, karena cantik atau keindahan adalah karunia Allah SWT