26 June 2013

Kudu Nasi Kandar

Sempena menjelangnya waktu nak lunch ni, berasa nak post pasal makan la pulak. Wakakaka. Tadi saje nengok gambo gambo lama, teringat pulak waktu makan kat satu tempat ni. Pertama kali makan kat sini kekdahnya. Tapi tunang eka, dah selalu makan kat sini, waktu keje dekat opis lama dia dulu.

Mula-mula juai mahal, dia tanya, nak ke tak nak makan kat situ. Kita sebenonyer teringin cheese nan. Kat satu mapley tu. Dia la cerita sedap, sedap,sedap. Udah teringin Kak Bedah tauuuu...Maka, dek kerana sayang gamaknya hahahaha, ayat. Tunang pun bawak lah kete menghala ke belakang Jalan TAR tu. Pergi-pergi, hampehh. Tutup pulak la kedainya! Ceh. Frust. 

Terus je kata kat dia, meh la kite pegi kedai yang awak cakap memula tadi tu. Hahahahaa. Sengihhh kerang.

Ni ha, kodainyer.

Kudu Nasi Kandar. Google-google terjumpa gambo ni kat Blog Pinky Momma. Momma omey-omey, Adik Bedah pinjam gambo yerr.. Muahahahaha. Malu nak snap-snap kat situ, sebab ramai orang masa tu. Hahahahahahahaha


Ni ha restorannya. Terletak dekat Jalan Tunku Abdul Rahman.
 Seberang jalan, ada CIMB, Maju Junction tu ha. 
Sebenonyer eka pun lupa, nengok kat belog Pinky Momma jugak. Hahahaha

Kalau datang lambat, kompom beratur sampai keluar. 
Tapi nasib plak masa tu, orang tak ramai lagi. Awal lagi waktu lunch kan. hiuhiuhiu


Ni yang eka makan. Ayam ada, udang beso legor ada.
Pastu biasanya mamak, sayur dia timun kan?
Ni lain. Sayur istimewa adalah Cili Hijau Segar
Satu plate dapat dalam 3 batang cili hijau.
dan juga bendi rebus. Cicah dengan sambal.

Sedap gak cili hijau tu makan ngan nasi berkari.
Rangup kriuk kriuk jer. 

Rega, tak ingat Tapi campur ngan tunang punya nasik, campur air semua sekali 
dalam RM 27.00 + + 
tu sebab udang i la tu. Hahahaha.


Sebenonyer tujuan utama menaip entry ini adalah pasal ini.
Air ni. Mengada sungguh la. 
Tetiba teringin nak air bandung soda cincau ni.

Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa lah hai. 

Tengah-tengah batuk gini, boleh pulak teringin.
Sedap sangat. Suka. Sebab ada selasih, ada cincau. 
Rasa tak manis sangat. Slurppppppppppppppppppppppppppppp


p/s:  Lepas ni nak ajak lagi lah dia makan kat sini lagi. Hahahaha. Sekarang ni, weols jarang bertemu. Lagi-lagi bakal nak kahwin ni, rasa macam selesa pulak macam tu. Tapi takpela, minggu ni nak bertemu. Kursus berumah tangga.Nanti kita share ya. Hehehehe :)




8 comments:

Tcca Anuar said...

wah air tu buat orang terliur, sedap sedap. udang pun boleh tahan besar. hehe

Anis Zahidi said...

wah-2 air tu sungguh mengoda anis :D

YnaRazali said...

Eka,dekat ngan tempat sy tuh,jom lenkali g sesame.boleh borak2.haha:)

uncle gedek said...

Ai... bila nak belanja uncle ni?

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh besar gak udangnya...

BeLLa de ViE said...

Alaaaa.....rindunya nak makan kat sini.. Dulu mase office kat area sana hari jumaat wajib pegi makan sana. Sedap kan! :)

Fazrol said...

pergh!... mmg sedap..
bandung memang feveret.. he he...

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Akak dh jemu nasi kandar nie..
Xlarat nk telan dah..kt penang kn brsepah kedai nasi kandar..huhuhu