14 June 2013

OTTG

OTTG : Orang Tua Tumbuh Gigi



'Cik Atiqah, sila masuk '  kata pembantu klinik yang manis tersenyum.

Saya pun masuk, Doktor wanita, cantik. Awet muda. Terus beri salam. 

'Assalamualaikum, jemput duduk', kata Doktor.

'Waalaikumsalam' , sambil saya senyum kembali, saya pun duduk. Eceh, skema sungguh ayat. Hihihihi.

Doktor terus tanya, ' ada apa masalah ya cik? '

Saya pun terus cerita sambil bercakap terkepit-kepit. Hahahaha kepit ngko.

'Cenggini doktor, saya ni tengah tumbuh gigi bongsu, pipi saya macam bengkak. Tekak saya ni macam ada infection je daripada ketumbuhan gigi bongsu ini doktor. Nak telan air liur sakit, nak minum sakit, nak makan apatah lagi. Saya dah beberapa hari makan bubur. Sobbb sobbbb . Bukan tu je doktor, tetiba ada pulak ulcer kat bibir saya ni. Lagilah parah saya dibuatnya. Saya nak kerja susah, nak bercakap susah' , kata saya.

' Oh macamtu, memang tumbuh gigi bongsu ni sakit. Sebab gusi dewasa dah keras. Kalau baby, gusinya lembut. Sebab tu awak sakit sangat masa nak tumbuh' , kata Doktor cantik awet muda lagi. 

' tula Doktor, sakit sangat-sangat ni ' , kata saya

Saya pun nganga mulut nak nganga mak oii sekso. dalam 2 cm je gitu boleh bukak, Doktor suluh. Doktor kata, ada infection ni. Tekak pun dah merah-merah. 

Doktor tanya, gigi bongsu nombor berapa, saya kata nombor 3. Doktor senyum sambil jawab, tu tak cukup lagi sebatang tu, maksimum 4. Hihihi senyum comel doktor.

Errrrrrrrrrrr membayangkan kengiluan si bongsu, membuatkan tetiba rasa ngeri. Camne la sakit bersalin yer? mesti lagi sakit kan? errrrrrrrrrrrrrrrrr ape cite pasal beranak nie. hahahahaha

Doktor kata dia bagi ubat, antibiotik, tahan sakit, ubat kumur, oral aid untuk titis dekat ulcer.  Dan dapat MC satu hari. Alhamdulillah dapat berehat hari Khamis.

Hari Khamis tu, memang saya duduk berehat sungguh. Segala SMS, WhatsApp,FB,WeChat saya tak layan. Hihihihi. Malam dah rasa kurang sikit, barula duk balas mesej sana sini. 


Gambo hiasan.
Beginilah orang tua tumbuh gigi. 
Sakitnya aduhaiiiiiiiiii
Sapo yang bolum tu, tunggu tau. 
Best!
Mano nak dapek pengalaman dah tuo tumbuh gigi?
Takdo do nak dapek,bertuah lah kito. 
Insan terpilih.Hahaha


p/s: Harini, rasa bertambah baik. Dah makan antibiotik, baru boleh nganga mulut, boleh kunyah, boleh makan walaupun tak sempurna. Alhamdulillah. Jap lagi nak balik umah mak ayah. Yippieeeeeeeeeee




12 comments:

me.liyana said...

ahaha..kite pon g klinik smlm..sbb pakej ndgn tonsil rupanya..

Cik Eka said...

@me.liyana kita plak pakej ngan ulcer. tebaekkk hehehehehehe

Umie Artoqiemie said...

aduyai macam ngori bebeno je bunyi....akk akkk

Uncle Lee said...

Hello Cik Eka, this coming to you from Canada.
I suka your title...OTTG, ha ha.
I have another one, OTC....meaning, 'otak tak centre'.
Bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh faham 34%, and enjoyed reading your this interesting post. Love your humour.

Have a great week and keep a song in your heart.
Lee.

Cik Eka said...

@Umie Artoqiemie memang ngeri sungguh. ssakitt

Cik Eka said...

@Uncle Lee hello mr Lee... TQ sudi datang komen sini.

Lepasni saya guna bahasa yang lebih difahami yer

zulhilmi tempoyak said...

gigi bongsu bukan memang ptt dah tumbuh lama ek... mungkin eka mcm baby sket kot.. ;p

shaFazie said...

kita dah kene..dah tahu rasa sakitnye..sabor jelah..
-jgn lupa mkn ubat tau-

cik hani said...

Tumbuh gigi bongsu mmg sakit..
Tahap nk demam..

Imran nyambek said...

sampai hati awak tak balas wasup saye

deno said...

hihi.. pernah jugak terjaid kat deno :)

PinKy MoMMa said...

eka..org tua ni pun tak abis tumbuh gigi graham lagi ni hahaha..mmg lmbat tau..dia tak tumbuh sepenuhnya..mcm akak ni skit skit jer pembesaran gigi tu hahahaha