03 July 2013

Kebiru-biruan Warnanya

Selepas kursus kahwin haritu, kitorang ada menyinggah dekat butik pengantin. Ingat nak tengok kad kahwin sekali. Eka ambil butik pengantin yang dekat je dengan rumah. Butik baru. Lagipun senang sikit, hehehe. Tak perlu ambik jauh-jauh. Memandangkan butik tu kawan eka punya, so senang ceritalah. Kemudian photog pulak suami kawan eka punya. Adik ipar kepada owner butik pelamin. Memang dia collaborate dengan kak ipar dia. Semua ada termasuk kad kahwin, khemah, baju, pelamin, photog. Senang cite la kalau macamni. Kira kawan-kawan eka jugaklah.

Tapi lepas raya nanti, baru pergi semula, untuk buat final decision tentang baju, warna baju,kad, bla bla bla. So, ada masa lagi untuk memilih dan terpilih! hahaha

Moga semua dipermudahkan.

Lagipun tak perlu kita membazir beribu riban hanya untuk pelamin. Baik dihabiskan untuk persiapan lauk kenduri, bagi orang makan. Ye memang betul kahwin untuk sekali. Tapi jangan sampai membazir sudahlah. 

Pelamin nanti taruk dalam rumah aje. Hehehe. Sape nak tengok, masuk dalam rumah yer. Malu nak buat kat luar. Hehehe. Kat luar, makan beradap jer.

Tujuan sebeno entry ini dibuat adalah untuk membincangkan tentang warna baju pengantin. Hahaha. Pening kepala nak memikiokan ape warna baju nie. Haritu tanya kat bakal suami. Saje je la tanye kan. Hiuhiu. Nak ke dia pakai samping warna pink. ataupun tanjak warna pink.

Sebab mula-mula ingat nak sewa baju warna pink. Tapi bukanlah pink kuat tu. Pink yang soft gitu. Ala-la dust pink la camtu.

Lepastu dia boleh kata, ' jangan nak mengada ' . Tak nak , katanya.

Opsssssssssssssssssss macam tak nak lah pulak. Tapi takpela, ada masa memujuk kot. Hakhak. 

Sebab ingat nak buat warna macam pink dan ada baby blue sikit. Kira takdelah pink semua. 

Baju menikah pun tak decide lagi. Tapi takpe, baju menikah tu, lelaki pakai baju melayu je, boleh beli ready made je. Hahahaha. Taun depan inshaAllah boleh pakai baju nikah untuk raya 2014. Kan? hihi.

Eka plak, kot ada baju menikah yang ready made, beli ready made je. Boleh buat baju raya juga nanti.

Tapi kan, lagi banyak tengok baju pengantin, eka ada tersuka satu warna nie. Dia punya tema, lebih kurang yang camni. Kenapa ea. Sebelum ni tak pernah suka pun warna biru. Tetiba sekarang tersuka pula. 


 Gini lah. 

PURPLE & AQUA

Takde pun pink kan? hehehehehe.


Tapi ni ada pink sikit. 
Haiyooo cantikk la plakkkk

Contohnya baju yang camni, Ni eka amik kat butik tu lah.

Zahra Bridal


Lebih kurang kan?
Cantik kan? Ni Teal color
Campur pink pun cantik gak nie. 
Hahahaha nak pink jugak Pah Bedah ni.

Tapi kalau tak pilih warna ni pun masa sanding belah rumah eka, belah lelaki pun boleh jugak warna nie. Sebab kitorang decide cenggini. Yang belah rumah eka, eka pilih sendiri warna apa eka nak. Yang belah rumah lelaki, eka ikut je kaler ape dia nak. 

Adil kan? hahaha

Jadinya, sekarang dah pening kepala nak warna apa. Hahaha. Sebab warna memainkan peranan yang penting. Perlu sesuai dengan kita, kulit kita, pasangan kita. Supaya tak nampak kusam dan tak berseri semasa hari persandingan kita tu.Dan juga, biar nampak cantik di dalam gambar. 

Tapi tema tahun ni rasanya, semua warna pastel. Ataupun warna yang lembut. Digabungkan dengan satu atau dua warna yang agak strong. Contohnya baby blue dan baby pink. Ada jugak tema macam colour block jugak. 

Kalau korang, apa pendapat korang?

Agak-agak tahun 2013 ni, warna apa yang memang tengah naik selain daripada warna ni? 

Bincangkan. Hahahaha

p/s : oh pink, pink, pink, pink. :p







16 comments:

Sally Samsaiman said...

tahun ni sally byk tgk warna pink + biru @ maroon...

tp kalau nk try...boleh cuba peach pink putih...cantik kombinasi warna tu...kalau nk gelap boleh ambik warna teal... :D

Yuyu Zulaikha said...

alaa. kite tengah pening niiiii!

shaFazie said...

cantik kaler biru cmpur ini.. trend skrg kombinasi byk kaler gtue hehe..yg hot2 hijau,biru,mcm pink2 soft

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Semoga dipermudahkan..pilih jer yang berkenan di hati..bila hati suka seri tue akan terpancar kat wajah nanti..all the best yer eka..;p

JunAina said...

Pengantin dulu2 biasanya pakai warna2 lembut ja pengantin sekarang tak lagi depa berani mencuba.

Pink..cantiklah!

PinKy MoMMa said...

mana satu pilihan hati ni eka oiii..banyak nau warna kegemaran pulak dah skrg ni huhu

Tcca Anuar said...

lawanya, suka colour biru tapi dalam dia m suka pink. hehehe hahaha btw kalau colour gold pun lawa jugak? gold sofy soft.. :)

Cik Eka said...

@PinKy MoMMa hahahahaha tetiba warna pteal pink purple tu cantik. jangan risau, pink tetap hadooooo. hahaha

Cik Eka said...

@Tcca Anuar kite mesti nak taruk pink dlm tu. muahahahaha

Cik Eka said...

@JunAina ha ah betul tu, berani mencuba. hehehe

Cik Eka said...

@♥ Mrs. Secretary ♥ yup betul tu kak. TQ kak. hehehe. Doakan semua berjalan lancar

Cik Eka said...

@Sally Samsaiman yup teal mmg cantikla upanya. berkenan pula. hehehe

Cik Eka said...

@Yuyu Zulaikha kite pun pening. haha

Cik Eka said...

@shaFazie ha ah yg hot campur soft. cantikkk. hehehe

ZieMarziah said...

cantik..ok ape laki pakai pink.nampak cool je..
sy dulu umah pompuan pakai warna coklat & cream, umah laki pakai merah & putih..:)

mia kaftiya said...

pink belacan! *tetibe..* hewhew >__<