16 July 2013

Keywords : Biskut Madu Tiga

Setiap hari selalu cek keywords kat blogspot dan nuffnang. Sebelum ni, keywords paling popular mencecah 25k + + adalah peplum, lepastu mederma gel. Ramai rupanya minat nak hilang parut dan pakai peplum. 

Hati-hati ya pakai peplum, kalau tak kena gaya pakai, nampak berisi pula. 

Oh, nak cerita antara keyword popular sempena bulan Ramadhan ini. Hehehe. Kadang nak tergelak baca. Hihi.



  • Restoran Shabu-Shabu Sri Manjung, ni mesti nak berbuka makan stimboat ni.Hihihi Cik Eka dah pernah makan sana. Klik sini untuk baca pasal Restoran Shabu-Shabu
  • Resepi biskut mily oat @ suci dalam debu ni memang setiap tahun Cik Eka buat. Sedap. Tak yah nak guna mixer ke apa. Gaul guna tangan je. Untuk resepi klik sini ya.
  • Cara nak capture Samsung Galaxy Y ni antara yang terhangat di blog eka. Pageviews cecah 10K + . Sesapa nak cuba boleh kelik sini.
  • Gulppppppp orang cari Cik Eka bertunang. 
  • Berapa lama nak bakar cornflakes madu? bako la dalam 3- 5 minit. Tujuan nak bakar tu supaya biskut korang tu tak terburai. Sebab madu tu sebagai ajen pelekat. So, cornflakes madu tu cantik je bentuk kejadiannya. hewhewhew
  • Sapa Cik Bunga Hamzah? Sapa ea? 
  • Nak tau sapa Chef hensem 5 rencah 5 rasa tu? Chef Sher Sen tu? nah klik sini ya



  • Ni mesti nak kahwin dah ni, cari pasal rebus telo ni. Kan? hehehehe. Untuk cara merebus telur untuk kenduri kahwin, eka bagi tips lah yer. Senang nanti. Eka pun bakal kahwin, bakal merebus telur sekawah. Carannya, beli plastik. Plastik yang biasa kita dapat kalau beli kat kedai runcit tu, Ada warna pink, hijau, oren, merah, biru, ungu bla bla bla. Beli yang saiz sedang. Yang boleh muat dalam 10-15 biji telur. Masukkan telur. Jangan letak banyak tau. Lepastu amik pisau, tebuk2 kan sikit plastik tu. Jangan tebuk semua, janji air boleh masuk dalam tu. Ikat. Dalam kawah @ periuk tu, masukkan garam segenggam. Tujuannya untuk mengelakkan kulit telur retak dan seterusnya pecah. Kemudian, masukkan bungkus-bungkus telur tu. Biasanya telur dalam kuantiti banyak tu dalam 15-20 minit. Taraaa siap. Makna telur dalam perkahwinan adalah kesuburan. Baru tau nie. Hehe
  • Tutorial DIY door gift, adik eka punya tahun lepas, Cik Eka punya, belum lagi. Nanti Cik Eka masukkan yaaaa. Hehehehe



  • Untuk boat ke Royal Belum, Grik. Korang boleh cari boat dekat sana. Cik Eka tak berapa tahu. Sebab haritu masa Cik Eka pergi sana, kami guna boat daripada Jabatan tempat Cik Eka bertugas. Kami tak guna boat orang luar. Tapi nak kepastian, boleh call Jabatan Perhutanan Grik. No telepon ada kat entry Cik Eka yang ini. Korang nak cuci mata tengok pemandangan kat sana, boleh kelik sini juga. Seronok tau kat sana.
  • Makna WAKLU ada juga dientry eka, Klik lah sini ya



  • Resepi biskut madu tiga, tak ada. Sensitif dengar madu-madu ni tau. Hahahahaha. Yang ada biskut cornflakes madu.boleh cuba try tau. Klik sini yaaa




  • Menu berbuka puasa hari pertama juga laris.Fuhhhhhh. Korang masak apa ea? Eka beli je. Hahahahahahahaha :p


p/s : Pernah dapat keyword pelik?  Cecite. Hehehehe


6 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Biskut tue biskut terbaru tahun nie kot eka..hehehe..mcm2 resepi pelik org dok cari kan..;p

wahida said...

waklu pun ada?

hahahaha...

:: Mrs.Eady :: said...

hahhaa....waklu?

mama maman aka yana said...

blog mama lak org cari jahitan manik jew la cik ika.. :)

Irfa said...

akak pun suka intai keyword
setakat ni ada sekali dua yg pelik2
tp yg banyaknya ttg drama korea :)

slmt berbuka ye

shark said...

Rajin btul cr keyword ek..
Hehe..
Shark x pnah tgk pn keyword feymes kt blog..
Nk kne tgk gak ler pasni.