31 July 2013

Resepi Ayam Masak Kicap Lada Hitam, Sedap !

Selamat hari Rabu uols. Harini Ramadhan ke 22 dah. Kejap je masa berlalu kan. Moga tahun depan kita dapat berjumpa bulan mulia ini lagi. InshaAllah , Amin. 

Semalam, migrain. Haih itu pun nak sebut kan. Hahaha. Lepastu takde mood betul nak pergi jenjalan Bazar Ramadhan yang kompem sesak ngan macam-macam orang. Jadi, i pun malas. Hahaha. Mood nak masak membuak-buak setelah opismet eka, Kak Aida cite, kelmarin dia masak ayam kicap lada hitam. Resepi sama la plak. Perghh ngelupor rasa nak makan ayam masak kicap lada hitam. 

Pergilah ke Giant. Cari barang basah. Sesambil tu practise la jadi weekend housewife. Walaupun nanti weekend je, tetap dipanggil 'hoswaif '! hahaha. :p Barang-barangnya walupun tak la sesegar dari laut dan kebun sayur, tapi boleh ah. Dari takde. Hewhewhew. Beli la ayam, udang, kubis,sawi gemuk, tofu telur. Menunya opkos ayam masak kicap lada hitam kegemaran ngan sawi gemok. Harini menunya sambal udang dan kubis goreng kicap. 

Ha mudah kan kalu kahwin ngan eka? Senang je menu. Hahahaha. Janji ada ikan@ayam@udang@ketam@lala@siput sedut etc tak kisah masak jenis apa pun + sayur. Nasi mesti berkicap. Siap. Mudahnyaaa nak jaga anak dara sorang ni. Hnffffffffffff hnfffffffffffff hnfffffffffffff kembang lobang idung.Hahahahaha



Barang basah yang bakal dijadikan lauk cik eka untuk berbuka. 
Berbuka sorang uols. Hosmet balik kampong.
Kelihatan watak utama.

Ayam 5 ketul comel la jugak
Sawi gemok
Taufu telur

Bakal dimasak.


Baru lepas dimasak.
Menggoda betul melihatkan ayam masak kicap lada hitam ni, kan?
Pahal tetiba rasa teringin lagi. Hahaha


Selesai dicedok ke dalam pinggan.
Sedapnyaaa. Slurppppppppppppp


Sawi gemok tumis dengan taufu telur


Cik eka berbuka musti ada buah.
 Kurma + buah segar macam epal @ mangga @ tembikai @ anggur

Mesti. Hehehe

Dan mestilah ada nasi. Nasi adalah wajib.
Seumur hidup tak pernah la waktu makan nasi, makan lauk saja. 

Mesti, nasik!
Perut orang melayu. Hahaha
Lauk saja tak kenyang der. Nak jaga badan pun, eka mesti makan nasik, 
sekali sehari pun takpe. 
Makan la engko bihun sekilo, mee goreng sekilo, macaroni sekilo,
tetap perut nak NASI. 



Harus direnjis dengan kicap. Kicap jenama kipas udang.
Kicap lain errrr kurang suka la. Hehehe

Memandangkan ada yang request resepi .
Ayam masak kicap lado hitam eka yang kelihatan agak menggoda
 dan tergude tu, maka cik eka rajin la plak nak nempek resepi kat sini. 

Senang je uols. Kita masak ni, jangan sebut tak tau, susah lah apelah,
Kita masak apa yang kita mampu buat.

Kalau dah tak mampu, nak masak mengalahkan chef hotel, pekebendenye kan.
Sedar diri, mampu masak masakan kampong je, cam i lah. Takdehal. Hehehe


Ayam Masak Kicap Lada Hitam Versi Cik Eka Comel

Ayam 5 ketul. 
Lada hitam secukupnya.
Jintan manis secukupnya
Bawang besar selabu
Bawang putih 3 ulas
Halia sebesar ibu jari
Bawang besar dipotong bulat
Kicap
Garam
Cabai burung 5 biji diketuk ketuk je sikit.

Cara-cara

Mula-mula, basuhkan ayam. 
Petua nak basuh hayam dan mengelakkan bau hamis ayam itew, 
sila lah basuh menggunakan tepung gandum.Siap dibasuhkan ayam teresebut,
lumurkan ayam dengan kunyit dan garam.Kendian goreng. 
Jangan goreng terlampau masak nanti keras,
kalau keras, dibaling ke dinding,
 mau melantun kene dahi lalu benjol. tak siap lak ayam kicap weols. 
Hahaha

Wokey dah siap goreng, ketepikan. 

Kemudian, masukkan lada hitam dan jintan manis ke dalam lesung batu.
 Itu ikutla bape banyak korang punya ayam,
agak-agak jela bape kan. Kalau nak kira lada hitam tu boleh.Tapi jenuh.
Kira jela 3 cubit ke 4 cubit lada hitam,
Kemudian 2 cubit jintan manis. Basuh dulu okey.

Tumbuk2 kan. Dah agak hancur sikit, potong bawang, 
masukkan dua jenis bawang itu. Putih dan merah. 
Masukkan juga halia tersebut. Tumbuk gitu-gitu je
Siapp bahan tu.

Kita nak menumis

Nak tumis, tak payah la tukar kuali goreng hayam tadi. 
Kalau minyak banyak, keluarkan sikit minyak tu. 

Panaskan api.Masukkan bahan ditumbuk tadi. 
Sampai la naik bau, garing sikit.
Masukkan ayam goreng tadi. Kacau-kacau. 
Masukkan kicap. Kicap disyorkan jenama kipas udang yang lemak manis tau.
Baru sedap! Dah masuk kicap, perlahankan api. 
Masukkan garam sikit. Eka jenis tak reti masuk garam pakai sudu, 
dah biasa guna cubit-cubit.Kacau-kacau sebati.
Masukkan air sikit. Sikit je jangan sampai banjir. Sebab kita nak bagi dia pekat sikit
bila bergaul ngan kicap tu. Kacau  bagi kicap tu bergaul sebati ngan ayam.
Biarkan sekejap. Bagi menyerap semua dan agak pekat. Baru best. 
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Dan juga cili burung yang dah diketuk manja-manja tadi tu.

Siapppppppp. Tutup api. Masuk dalam pinggan. 


Sawi gemok tu tak payahla resepi. 
Tu tumis ketuk bawang putih je, ngan sos tiram + tofu telur.


p/s : Wokey selamat mencuba semua. Dah cuba upload gambo masuk setegremm ye. Hehehehe






7 comments:

pinky_liscious said...

kita nampak cili!! msti pedas plus lada hitam plak.. suka suka suka!

Lynda Che Lah said...

feveret encik hubby ni..tp sejak puasa..malas nak masak..kesian encik hubby..ahad ni kena masak juga ikut resepi eka pulak..biasa akak buat cara lain..btw tq dear..

cha said...

fav i ni hehe

cik chinta said...

Tq eka bg rsepi mudh, nk aplikasi jd hauswife bile huby blik skli skla ni

Anak pak cik Azhar :) said...

my favourite!hehe:)

Sya Mimie said...

nampak sedap je ayam tu..hehe
kita pun kalau dah tak tahu nak masak apa, masak aym cmtu jgk..tp buat ada kuah..hehe

PinKy MoMMa said...

samalah buka mesti nak nasi..perut melayu betul huhu..kalau tak..nnt tak kenyang betul..kenyang tipu2 je ;p