11 July 2013

Simpul Mengkarung

Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Ingat nak cerita pasal berbuka semalam, tapi takpela. Jap lagi. Sebab mengkarung punya pasal, nak cerita pasal mengkarung. Hehehe.

Pagi tadi, rasanya dalam pukul 2 pagi kot. Tengah tidur tu, tak ingat mimpi apa, tetiba je kaki sakit. Urat macam kena tarik. Aduhh sakitnyaa.. Nak nanges. Ke dah meleleh air mata. Tu lah dia simpul mengkarung. Lama dah tak kena simpul mengkarung ni. Tapi dari kecik, memang pernah kena. Kena memang tengah tidur. Ni sampai sekarang terasa sengal-sengal lagi kat betis kanan ni.

Betis dah la banyak lemak. Hahahaha Apa kaitan lemak nie. Hahakss.

Korang penah kena?


Urat tu urat. Hehehe
bersimpul

Simpul mengkarung ni macam kaki krem, tapi ni lagi sakit daripada krem. Kiranya macam kekejangan otot. Kekejangan otot yang berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal.

Kekejangan ini juga disebabkan keletihan otot. Erkk ke semalam pusing bazar Ramadhan sampai kaki jadi camni? hehehe.

Kalau ikut daripada artikel di surat khabar, punca berlakunya simpul mengkarung ni disebabkan oleh dehidrasi,kekurangan garam mineral seperti mangnesium,pottasium,sodium dan karbohidrat. 

Haaa semalam kan puasa, kurang air. Lepastu kurang garam mineral kan. agaknya semalam beli rendang kerang, rendang makcik tu lupa bubuh garam. Ahaksss. hahahaha... tu kaki kejang ni gamaknya.

Antara cara mengatasi 

1) Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonik.
2) Makan makanan yang tinggi karbohidrat sepeti nasi dan roti .Mengekalkan pengambilan kalsium, potassium, magnesium dan zink.
3) Makan makanan kaya dengan kalsium.
4) Elakkan minum minuman bergas
Sumber dari Sini. Tq awak. Ada juga kawan fb kata, kalau kena simpul ni, picit ibu jari. Lepasni kalau kena, nak buat camtu. Tapi tu pun kalau ingat. hehehe.

Korang, penah kena? 

p/s : Dah beberapa hari eka sakit kepala. Macam migrain. Tapi entahla. Tanda-tanda resdung pun ada ni. Adakah eka menghidap resdung, tak tahula. Huhuhuhu. Malam tadi makan Paracetamol 650. Bangun rasa ringan sikit. Takut petang kang menyerang lagi. Aduhhhh tak sanggup. :(





11 comments:

Sya Mimie said...

saya dari sekolah rendah smpai sekarang selalu kena sakit ni.. sakit jiwa betul bila bgun terkejut sakit tu..hehee..

MizzTina said...

nape mcm ngeri je tu..dh la nama pun mengkarung.. erkk

:: Mrs.Eady :: said...

good info..

Tcca Anuar said...

ouh tu mengkarung? erm, sebenarnya tak sure pernah ke tak. masa kecik tak pernah kena, First kena masa kat matriks dulu, kalau malam tu tetiba sejuk, kaki tetiba sakit rasa nak nagis. hehe adakah itu simpul mengkarung.? hehe

combi said...

huuu..xingt pnh kena ke x?tp mak slalu kne..

shaFazie said...

azie pun pernah kena..mmg sakit smpai menjerit2..tapi xpnh tahu nama dia mengkarung sllu panggil kren je hehe

anyway good info ..

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

selalu kena , sakit sampai menangis la...1 lagi , kalau nak tidur , selimutkan bahagian kaki , jangan bagi terdedah dgn angin sejuk , nt cepat kena

Dr Singa said...

apesal ' mengkarung' eh?
bukan semut?
bukam biawak?

cikmerpatiputeh said...

dulu kalau kene siap nanges2 jerit2 sbb xtahan.haha sakit gileee!!

zulhilmi tempoyak said...

kejang tu sama ek..?

Mohd Syahir said...

Saya pon penah kena jugak...berat gila rasa...masa tu tengah tidur..tiba2 rasa mcm kena tindihh..badan, jari apa semua pon tak leh gerak...tp mata bukak..boleh nmpak...nak bercakap mintak tolong pon tak boleh..bawahahah