31 July 2013

Tema Yang Dipilih

Setelah puas direnung, dibelek, ditenang-tenang, dikaji, ditanya dan sebagainya, eka sepakat dengan dak apple, ingin memilih warna ini, sebagai tema mejelis di rumah eka nanti. 

Temanya adalah 

Tiffany Green + Pink

kompem amik kaler ini

Sebegini


Cantik tak?
Tiffany green ni nak kata hijau tak hijau,
nak kata biru tak biru, sedang2 saja.


Rupanya memilih warna tema pun agak susah kan. Yelah, sebab kita nak cari warna yang sesuai dengan kulit kita dan pasangan, dengan diri kita, jenis bentuk badan yang macam mana. Supaya tak tenggelam sangat kan dihari bahagia. Ecewahhh.

Macam baju raya tahun lepas, eka memang ada pakai warna ni. Tapi tak berapa jelas sebab separuh je warna tiffany green ni. Jadinya raya tahun ni, punya la nak mentesting diri sama ada sesuai ke tidak dengan warna ni, eka beli baju raya, lebih kurang warna ni. Yelah nak cuba je. Hehehe. Harapnya seri tak hilang. Hikhikhikhik. 

Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa eka tak pilih warna pink kegemaran eka untuk baju kahwin. Sebenarnya, dak apple taknak baju kaler pink. Hahahahahaha. Tapi takpe, tunang kan dah kaler soft pink. Masa kahwin ni menyerlah sikit pakai warna terang gini. Lagipun samping ngan tanjak, opkos pink2 skit.Hahaha

Dia pun bila eka tanya, okey ke tak warna ni, dia angguk cakap okey. Ha okeylah pada dia. Kalau dia buat muka keriut, tak angguk, tak sukala tu.

Tapi tak pe, shawl cik eka nanti opkos kaler pink. Hahahahaha. Sama ada soft pink, hot pink atau pink fuschia masih lagi dalam kajian cik eka. Eka ni jenis suka mengkaji, suka bereksperimen sendiri. Dan eka agak cerewet. Semoga butik Zahra Bridal tu sabar lah dengan eka yang agak cerewet sikit ni. Bukan eka je yer fussy, dak apple pun jenis fussy sikit bab-bab ni. Hihihi. 

Baju nikah pun eka tak pilih lagi. Sebab tengah memikir warna yang sesuai.

Untuk pemilihan design baju kahwin, eka tengah fikir lagi ni sama ada nak A cut atau nak mermaid dress. Ni penting tau. Kalau badan berisi, kena pilih la baju yang sesuai, supaya tak nampak macam sarat. Kalau yang jenis tinggi pun, kena pilih design yang sesuai supaya tak nampak lain macam.

Untuk baju sanding, eka request nak design baru. 

Tengah memilih.

Tak nak yang sarat dengan manik sangat. Nak simple. Manik pun nak dekat tangan, atau bahagian pinggang atau bahu saja. Dada takmo manik sebab pakai tudung tak masuk dalam baju. Tudung kat luar. 



Camni pun okey gak,
tapi bayangkan jela baju tu berlengan panjang.
Hehehehe



nak feeling mermaid la plak rasanya.Hahaha


 Esok eka updatekan jenis-jenis bentuk badan dan 
design apa yang sesuai dengan bentuk badan kita.
lupa nak bawak buku pengantin. Hehehehe


p/s : Slow slow memilih. Supaya berbaloi pilihannya nanti.






13 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Mmg cun combination 2 color tue.. mesti berseri2 nanti.. ;)

Sally Samsaiman said...

CANTIK JUGAK KALER NI..HEHEHE :)

YnaRazali said...

Oh no...mesti cantek dan berseri Eka ngan warna pilihan/,hehe

Tcca Anuar said...

lawanya colour. jadi jugak colour tuh. hehe tape kak ika. slow slow, ingat org tersayang.. hehe ada lagi 4 ulan satu minggu 6 hari lagi.. eh mana tau? hahah :)

myraVea said...

Serious lawa kaler tu. Hehe. Cantik!!!

||aLeaSaRa|| said...

cik eka...color ni memang tengah in,sebab sepupu kak lea ni berderet nak tunang dan ada yang nak kawin.diorang pun suka color tiffany green & pink.

tiffany green ni macam turqoise jugak,kan lebih kurang.kak lea pulak tengah gigih cari baju raya color ni he3...

Lelaki said...

seronok yer kan..

Anak pak cik Azhar :) said...

cantik:)
xpe,pilih slow2 kak eka..nnti tak menyesal:)

Aqilah Rashid said...

cantik..=)

syakey said...

color combo tu memang terbaik!

sekarang mcm2 warna combo dah mmg rasanya semua pun cantikcantik.

JunAina said...

Sesuai warna pink tu membangkitkan kaler hijau tu.

Sya Mimie said...

cantik warna tu.. =)
nk memilih ni memang pening.. macam kta, bju nikah dah ada..bju snding belah kta dh tahu warna, belah bakal incik suami je asik tukar2..hehehe

PinKy MoMMa said...

pilih kaler mmg pening eka..jap kang nak warna ni..jang kang nak warna tu pulak..pening pening..belum masuk bab lain lg huhu