23 August 2013

HIV Test

Semalam,pergi ke klinik lagi untuk sambung MC . Sambil tu buat sekali HIV test. Lagipun borang nikah dah ambil. Alang2 sekali lah.
Bagi yang nak buat hiv test,pastikan ambik borang kahwin di pejabat agama tempat korang. Baru pegi klinik. Lagi satu. Call dulu Klinik Kesihatan kawasan korang. Untuk pastikan masa nak buat hiv test. Macam kat tempat eka. Sesi petang sahaja. Pukul 2.30 ptg pada setiap hari. Nak datang bersama pasangan pon boleh. Atau buat berasingan. Sebab ada sesetengah klinik tak terima orang luar kawasan. Tu kalau bakal suami/isteri orang negeri lain.
Dah siap daftar, terus masuk ke Bilik A. Mak teman. Hikhik. Tunang kita nanti buat dekat Seremban je.
Sebelum ambik darah, kena isi borang sehelai. Butir2 diri.
Kemudian nurse panggil. Cucuk kat jari. Sedut darah sikit dan dititis ke atas kit. Kit tu macam pregnancy test.
Selesai. Tunggu dalam 10 minit.
Masuk balik bilik. Dah tahu keputusannya. Sekejap kan. Kemudian ade sedikit penerangan. Pasal apa tau?
Pasal pengambilan Asid Folik.
Kena makan untuk mengelakkan kecacatan otak bayi bla bla bla.
Pasal baby. Hikhikhik.
Nurse siap pesan kalau dah kawen,ngandung nanti cepat2 buat buku.
Jangan lambat - lambat.
Sembang lagi.
Eka angguk- angguk je la. Haha.
Dan keputusannya.
<
<
<

<

<
TIDAK REAKTIF
maka, saya dah boleh kahwin. Yay!!!! Hahaha
:p
P/s : betul la. Berdebar plak rasa. Hihihi.




6 comments:

Pearl Kaz said...

eh.. nape dia amik darah awak kt hujung jari je? time saya amik darah utk test hiv, dia amik darah satu botol kecik tu. sbb dia kata perempuan nk kena check utk lain2 skali. ape ntah yg lain2 pun saya tak tau. saya iyekan aje. haha

Cik Eka said...

Entah. Itu je dia ambil. Tak checkup yg lain2 pun. Hehe.

Puan Ezy said...

ade yg kene amek kat lengan.. ade yg kene kat jari.. nsb baik saye aritu kene amek kat jari je.. hihi

yeaaaa.. dh boleh kawen

nanakimie said...

ooooo...macam tu je rupanya HIV test,paling takut kalau nak kena jumpa doktor,heee...

eh ada jugak ke yang ambil darah sebotol?seram bunyinya,

apapun semoga dipermudahkan urusan eka dan pasangan:)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Alhamdulillah..akak dulu kawin tak kena buat test HIV nie pn.. tapi Alhamdulillah akak mmg tidak reaktif pun..hehehe =D

Aqilah Rashid said...

sikit je die ambik darah yek..ak bnyk jgk..pas 2..banyk borang ak kne isi..huhu..lain klinik..lain kot..baik g buat kt slim hari 2..hehe