23 September 2013

Coconut Shake Klebang @ Melaka

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tak sempat nak update dah beberapa hari ni. Hehehe. Sibuk sikit. Sibuk jalan-jalan. Sambil sibuk makan-makan. Hahaha makan sesaje.

Hari Sabtu haritu, eka ngan dak apple pegi Melaka. Kat Taman Krubong Jaya. Nak pegi kenduri kawan opis dak apple. Namanya Wani. Nak pegi, biasa ar. Mesti makan langsat 2,3 kilo baru jumpa destinasi. Hahhaha. Dak apple ni macam-macam betul, boleh pulak dia tertinggal kad kahwin dak wani kat opis. Menggelabah la whatsapp dak opis dia, suruh send peta. Pastu guna plak Gps henpon eka. Sampai lah kat area Krubong tu. Pastu lost. Hahahaha. Meluat la plak kejap turn right,turn left. Akhirnya berpandukan peta, gps,call2 jumpa gak. 


Nilah dia kawan opismet dak apple.
Kawan eka gakla. Hehehe kawan kat fb.
Selalu ngusik2 ngan wani ni. Peramah orangnya.

Masa tengah sanding, eka tangkap gambar dia,
sekali dia lambai-lambai. Perasan jugak eka kat situ. ehehe

Tahniah Wani. Lama gak kat kenduri tu. 
Tunggu member2 opis dak apple yang lain datang.


Macam biasa, kalu pegi umah orang kahwin, mesti ada budak2 comel.
Sambil mak ayah dia makan, mintak pinjam jap anaknya. 
Tolong pegang aaa senang cite. Hahahaha. Damia nama dak kecik ni.
Comel, tak nangis langsung. Mengikut cerita emak Damia, 
dia nangis kalu kembung perut je. Perghhh baik Damia.
Nak anak cam Damia. Hahahahahaha

Selepas je kenduri, kami ke Paya Rumput plak.
Nak melawat kawan eka, Muher. Baru lepas bersalin sebulan
dan masih berpantang kat rumah neneknya di Melaka.
Alang-alang ke Melaka kan.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni namanya Aisya Humaira.
Aisya tido je sepanjang eka datang.
Sekali imbas cam muka Copi anak Atita Haris lah.
Memang sama kalau tengok dedepan.

Pastu kat kat umah Muher, Nenek Muher memang layan tip top giler.
Hidang kami macam-macam makanan. Siap cedukkan lagi kuih udang.
Termasuklah kuih udang alor gajah,
pastu kuih bahulu kemboja, karipap. 
Buah berangan goreng,buah dukung dan rambutan pulak dari Kelantan.
Suami Muher orang Kelantan. Memang sedap la. Manis gile.


Ni ha, suami Muher siap bungkuskan kami buah-buah ni.
Sedap. Manis. Tq Muher and family.
Memang best.

Lepas je ke Paya Rumput, kami ke Klebang plak.
Tetiba lak teringin nak coconut shake yang terbaekkk kat Klebang tu.
Jalan memang tak tau, guna gps je. Seb bek jumpe.




Ni la kedainya. Dak apple interprem lak kat situ. 
Hahaha. Kalau nak pegi Coconut Shake Klebang ni,
kedai dia tepi jalan besar, sebelah Caltex.
Tapi, yang tepi jalan tu kalo korang nak take away.

Kalau nak makan situ.Parking kat dalam. 
Kedai dia kat sebelah rumah dia je. Memang ramai gila.
Full house. Macam-macam kuih muih ada.
Nasik lemak dia memang best. Nyesal beli satu. Hahahahahaha

Rega RM 1.20 je



Ni aaa paling sodap skali.
Coconut Shake Special Original Klebang.
Ada aiskrim vanilla jenama walls yang memang sedap.
Bila sedut je air ni, gigit-gigit, terasa chunky isi kelapa tu.
Dengan lemak manisnya cukup rasa. 
Perghhh ni terliur la plak sewaktu menaip ni. Hahahaha

Rega RM 2.20 je tau.

Mula-mula, pegi kat kaunter, bayar berapa gelas nak.
Kemudian dapat resit. Lepastu pegi duduk. Baru je duduk,
datang pekerja kedai, terus je cop resit. terus dapat coconut shake.
servis terbaek. Cepat walaupun ramai orang.
Balik tu tapau lagi. Hahaha

Ingat pas je kat Klebang, nak jalan-jalan lagi,
tapi dak apple plak dah nak nengok bola. 
Negeri Sembilan vs Terengganu. 

Adehhhhh. Habis cancel nak jalan. Sampai stadium Paroi. ade member dak apple.
Masuk sekali ngan dorang.


Kemaen dia nyerongen. Half time.
Masa ni, Negeri Sembilan dah dapek duo bijik goal.Suko aa.

Tapi akhirnya, kalah. Hihihihihihi. 
Kuciwa je dia dan kengkawan dia. Punya la somangat masa goal sebelum tu,
sekali alamak. 2-2 tapi n9 tak layak dah. 

Hehehehehe

Okey tu je nak cite. Kesimpulannya kalau pegi Melaka, trylah coconut shake Klebang ni.
Terbaek sodap meletop2.Hehehehehhee










4 comments:

Lynda Che Lah said...

sistem baru ye order..klu dulu jenuh menunggu tak dtg2 amik order..I is mengidam lagi lepas bc post ni..Mencik Cik Eka :p

Cik Eka said...

@Lynda Che Lah hehehe a ah sistem baru. mmg cepat la. Takde la nunggu lama sangat. hehehe

akak, cepat ajak abg long. hihihi.. ampun kak. terbuat akak bertambah2 ngidam. hehehe

Sya Mimie said...

asslmkm.. hai cik eka.. naik pelamin ambik berkat ye.. + siap pegang bby lagi..hihihi..
adik kta pun ada ckap yang tu sedap.. teringin nak rasa.. tapi nfsu nak merasa coconut shake tu masih boleh dikawal lagi..hehe

nanakimie said...

nice entry eka:)