13 September 2013

Resepi Kek Batik : Langkah Demi Langkah

Tadi ada jamuan sikitlah kat opis. Sempena pertukaran CC kitorang. Sedih. Sob sob. CC ni best. Sporting dan kami semua selesa bekerja dengan dia. Tapi tukar pun tak jauh. Depan opis kami je. Hehehe. 

Lepastu masing-masing ada bawak juadah. Eka pun tak tahu nak buat ape, rasa tekak nak makan kek batik. Alang-alang baik buat sekali. Hehe. 

Haritu masa buat kat umah makcik kenduri. Ramai yang mintak resepi. Asal dibagi, deme pun lupa. Jadi. Tempek kat sini lah. Siap langkah demi langkah lagi. Kalau tak ingat lagi tak tau la. Haha.

Kek batik eka buat takde telo. Tak suka taruk telo. Ada bau sikit. Hilang mood nak makan. Rasanya ada share kot resepi ni. Tapi tulis gitu-gitu je. Malas nak cari balik.

Okey, bahan-bahan mudah je. Seperti tertera:-


Satu peket biskut marie (apa-apa jenama) Tapi guna tiger @ munchys. Sedap
Milo 400 g
Susu pekat manis
Buttercup sebuku


Mula-mula patahkan biskut mari. Patah dua je


Ambek periuk ke kuali ke.
Korang campak kan buttercup sebijik.
Kacai-kacau bagi dia cair. 
Api perlahan je tau


Dah cair buttercup korang,
masukkan susu pekat manis.
Susu pekat ni tak kisah. Kalau nak habiskan pon boleh,
Ikut tekak. Nak manis lebih, taknak manis, takyah habiskan.

Kacau lagi.


Dah siap kacau sebati. Masukkan milo sepeket.
Kacau.


Jadi begini. Eka suka dia ada ketul skit. Sedap gigit serbuk milo. Hehehe


Pastu masukkan sekut meri tersebut. 
Kacau hingga sebati


Ni la rope bila dah sebati.


pastu masukkan ke dalam bekas pilihan korang.
Pastu korang henyak-henyak kan biskut tersebut. 
Hentak hentak dan tekan kan. Ceh ganas je rope. Hahaha.
yela nak bagi dia padat
Nak memudahkan kerja bila potong.
Lapikkan dengan plastik dulu sebelum letak adunan.
Nanti bila dah masuk dalam peti ais. Bila nak potong, 
korang angkat je plastik tersebut.


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dah jadi.

Resepi yang ni memang terbaik.Sedap. Lemak. Manis ikut tekak kita.

Selamat mencoba.




Jamuan tadi. Hehehehe







14 comments:

mrs.aziz said...

akak kalo wat kek batik ni suka tukar2 resipi.....sekejap kan ikut yg ada telur.....kejap kan wat mcm eka wat ni....pernah gak akak try yg guna coklat cadbury.....sedap gak....tp tu la akak selalu fail bab nk memotong kek batik ni.....selalu tk jd bentuk batik....hancur je bila potong....

YnaRazali said...

Yna buh serbuk coklat sekali...hehe:)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Senang jer kan nak buat.. =D

Cik Eka said...

@mrs.aziz akak kena simpan dlm peti dulu. Potong masa tengah keras. Dan padat2kan dia

Cik Eka said...

@YnaRazali Eka tak buh dah sebab milo ni dah sedap. hehehe

Cik Eka said...

@♥ Mrs. Secretary ♥ ha ah senang kan. Heheheehe dan sedappp

J.Syazwana said...

suke suke. sebab paling senang nak buat. hehehe. tapi selalunya kite suke campur kismis and badam. saje menambah :D

follow sini :)

shaFazie said...

peberet azie ini....;)

Syida Rasyidah said...

senang je nk buatkan.. tp tu laa, kte tak suka coklat, klu tak boleh try. hehehe :)

Amanda Suria said...

yeay..akak nak buat la....suka kek batik ni..

buatwanita said...

@mrs.aziz

kek batik guna cadbury & tanpa telur memang yummylicious :)

Jom Exchange Blog List @ buatwanita.blogspot.com

Fazliana Jamil said...

Resepi menarik. Lama rasanya x buat kek batik ni. kihkihkih. oh ye nanti ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

ida said...

byk2 resepi kek batik tp sy mnt respi cik eka ni sbb simpleje

Fazidawani ari said...

lama tak buat kek batik. sedap le pulak tgk kek nie.
jom lawat blog saya
http://ddiamondvitshop.blogspot.com