19 September 2013

Trend Pelamin Terbaru 2013-2014

Perhatian : Saya bukan wedding planner, saya menaip entry ini untuk rujukan bakal pengantin. 


Hai semua. Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak bersiaran. Hehehehehe. Ada je on9 tapi malas nak update. Boleh? Haha. 

Terima kasih banyak pada yang dah bagi beberapa nama untuk mencari tukang tangkap gambo belah lelaki. Dah inform kepada dak apple . Siap rega semua. Terpulang lah kat dia nak amik yang mana. Hehehehe. Eka tukang cari je. Semua nak yang terbaek kan. Hehehehe

Pastu kan, eka skang ni tengah sibuk mencari pelamin. Contoh-contoh pelamin yang menarik untuk majlis eka nanti. Dalam kepala, takde lah nak yang grand,yang besar sangat, yang sarat sume kan. Nak yang simple je. 

Lagipun eka nak majlis sederhana je. Nak tercekik tengok pakej-pakej kahwin yang semua sekali hampir berpuluhan ribu ringgit. Yelah, kita mana mampu nak memahal gitu. Asal menarik, sederhana. Dah cukuplah rasanya. Nikah tu yang penting kan. Serta mampu dikenang sampai keakhirnya dan berharap semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin. 

Eheee terjiwang plak. 

Rasanya sekarang ni, pelamin lebih kepada pelamin yang simple, takde pelamin yang design ala menggelabah.Yelah. Bukan nak duduk lama atas pelamin tu. Tangkap-tangkap gambar buat kenangan kan. Kalau sebelum-sebelum ni, pelamin kerawang memang tengah 'in'. Pastu pelamin ada bunga-bunga besar. Macam adik eka kahwin dulu. Pastu pelamin ada panel. Pelamin panel bentuk cam rumah, cam tingkap, pelamin ada tiang roman. Pastu pelamin panel kaca. Macam-macam jenis, bentuk, rupa dan warna ada. 

Setelah menjalankan kajian. Dan men survey . Eh ada ke ayat men survey ni? aduhhh. Hehehe. Maka, eka dapat satu kesimpulan iaitu pelamin yang simple menjadi trend pengantin pada masa kini. Tanpa bunga-bungaan yang sarat. Ia nampak menarik,mudah, dan ekslusif gitu. Warna pulak, warna yang sangat fresh. Warna cream. Cream, white. Digabung dengan bunga-bungaan warna pastel. Ada lampu sikit. Pastu ada pasu kaca, bunga bertangkai secara minima. Ohhh cantik. Ahaaa. Dan eka menamakan trend pelamin ini adalah pelamin 'sup bunjut' . Hehehehe.  

Korang jangan gelak tau, eka tak tau nak namakan pelamin ni pelamin apa. Tapi yang penting, eka suka sangat design-design yang camni. Tahniah kepada para pencipta pelamin ini. Nama pelamin camni, pelamin tirai rupanya.

Eka dah survey beberapa butik. Mari kita semak, butik-butik yang menawarkan pelamin-pelamin cantik,simple. Sesuai untuk panduan bride to be termasuk lah diri sendiri. Hehehe. Cam tak caye je jadi bride to be. 85 hari lagi berstatus bujang/anak dara.Sebenornyer eka tak kira pun berapa tarikhnya lagi, tapi sebab ada kawan eka, tarikh kahwin sama, dia kira. Jadi, eka tanye je dia, lagi berapa hari.Hahaha.

wokey, kita lihat pelamin - pelamin ini.

1. Pelamin Buaian Ipoh


Cantik kan pelamin ni. 
Ni sesuai kalau rumah kita ada ruang yang terhad,sebab comel sangat.
Suka tau.

2. Rozita Beauty & Bridal 


Ni gojes. Simple kan.
Memang suka sangat design yang ni. 
Sebabkan baju eka warna tiffany green + pink,
tu eka nak latar belakang warna cream camni. 


Ni dia. Pun cantik.
Soft jer. Ni kalu pengantin pakai warna yang bright, 
perghh mesti cun dalam camera mahal. 

Yang cecantik gojes ini semua daripada
Sapa duduk area sini, boleh lah amik. Butik ni kat Bandar Baru Teluk Intan.


3. Zaha Wedding Planner


Cantiknya. Kalau dekat , dah lama eka amik.
Ni jauh la plak. Tapi takpe, sapa area Sg Petani, mai lah amek hat ni.
Segak sungguh pelamin ni, ceq suka tau.
Nampak mewah gitu.


Ni pun. Ha tengok, dekorasi yang sangat minimum, 
bila guna kombinasi warna yang suci begini campo pink + hijau + putih skit.
Perghhh memang terbaek.

4. Stazurin Bridal Boutique


Ini terbaek. 
Simple. Memang menepati tema sungguh warna camni.
Yang penting pink tu. Suka sangat Ahahahahahaha


Cantik kan. 



yang ni semua dari Stazurin Bridal Boutique
Butik ni dari Kajang. 

Camne, sume cantik kan. Memang 'in' sangat pelamin sup bunjut @ tirai ini. Maka, bride to be, marilah kita memilih. Memilih yang terbaek untuk hari bahgia. Yang penting, sederhana dan cantik. 

p/s: Dah ada idea dah ni. Hehehehe. Semoga Allah swt dipermudahkan urusan kita semua. 





15 comments:

mrs awin said...

buat trent terkini candy buffet pulak...hehe..

Cik Eka said...

@mrs awin tau. tapi kene tengok bajet gak tu. Kos. hehehe

Puan Ezy said...

pelamin yg ade frame kat blkg cntk jgk.. aritu mase abg saye kawen gne pelamin mcm 2.. ade gmbr dlm blog saye.. hehe.. ternd pelamin skrg gne kerusi mcm 2.. xde dh kerusi satu2 kn..

shaFazie said...

inilah pelamin idaman azie..tapi tak dapat pun..sbb azie ambik pelamin biasa je...

Tapi memang cantek pelamin2 semua inikan eka...simple & sedap mata memandang

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Semua cantik.. tapi akak paling suka yg no.2 & 3.. =)

Cik Maria said...

Salam, Shayana creation selalunya buat pelamin tirai lebih kurang cam yg cik eka post and so far diorang punya package yg paling murah yg saya jumpa (tp kitorang tak amik dia sbb kitorang prefer package skali ngan baju). Stazurin bridal lawa tapi ntah kenapa diorang tak reply2 email kitorang. Saje share, tak dibayar utk promote pun. Salam perkenalan =)

Dkna Abza said...

lembut jer warna pelamin nie :)

Sya Mimie said...

cantik semuanya eka.. kita pun ambik yng simple je.. lebih kurang camtu2 juga la.. ada lngsir belakang tu..

nanakimie said...

memang cantik sangat pelamin yang gambar 1st dari zaha wedding planner tu:)

imanina zahri said...

thanks cik eka buat entry pelamin ni. ahaks! saya org sungai petani. k dalam proses nak survey pelamin kat page tu even nak kawen lagi setahun lebih. kihkih. insyaAllah.

http://iemanzahri.blogspot.com

zape outlet said...

salam cik ika ,saya dari zape outlet masih baru memulakan bisnes perundingan perkahwinan,jika cik ika berminat kami boleh menawarkan kos bajet pelamin dengan harga yg sangat murah dari tempat2 yg lain tujuan sy hanya utk mempromosikan butik andaman jika berminat boleh berbincang dengan saya atau whatsapp or call 0126704851

sYiRa LoKMaN said...

cantikkkk semuaa :D BTW...jom JOINNNNN http://syiralokman.blogspot.com/2013/11/segmen-i-will-follow-you-by-syira-lokman.html

ashekinfirdaus said...

salam , my sis wedding dlu dia amik kat ayu wedding plnner , act , u can ask them for what ur want . kita hanya tunjuk gamba plamin camana yg kita nak , diorang buat sebijik sgt , lepas tu kalau plamin besa mahal skit , u tunjuk je k . diorang memang talented ..

Ibunda Catering Services said...

Assalamualaikum..
Kami dri ibunda catering & wedding planner

menawarkan pakej2 yg menawarkan bajet yg menarik menanti anda...jemput2la tengok website kami...meh la servey2... :-)

http://www.ibundacatering.com

nini said...

teringin sangat nak diy......