28 October 2013

Guest Book #DIY

Assalamualaikum semua. Harini kita cite lagi pasal preparations kahwin ea. Hehehe. Kali ni nak bagi idea untuk buat 'Guest Book' sendiri. Eka memang cadang nak hias sendiri guest book yang simple. Khusus untuk tetamu yang datang nanti. Saja nak buat lagi meriah, ada ucapan-ucapan yang boleh djadikan kenangan nanti. 

Untuk guest book eka ni, eka buat 80 muka surat. Tapi ada 3 design yang berlainan kat isi dalam tu. Eka buat sekaligus dengan belah lelaki. Kira nanti guna 1 buku je untuk dua-dua belah pihak. Untuk meja tu nanti, eka guna meja bulat yang ada kat rumah. Lapik sikit, letak buku, frame gambar, hiasan sikit. Tu je. 

Kos untuk buat guest book ni, memang tak mahal. Eka kira secara kasar rasanya dalam RM 45.00 + + la. Murah kan. Hehe.


Yang eka gunakan.

Eka buat dalam microsoft word je, eka print 3 design, photostat 80 helai.

Lepastu eka mintak tolong kawan eka. Aqilah. Bride to be gak ni. Hehehe. 
Kitorang selalu bertukar2 idea, bertukar2 cerita,
lagipun kitorang punya tarikh sama, nikah sama, kenduri sama.
bakal suami pun dari negeri yang sama. Hehehe.

Binding kan, macam binding thesis tu. 
Mula-mula nak comb binding je. Tapi kalau buat buku gini,
lagi kemas kan.


Kos dia.

1. Photostat RM 8.00

2. Binding RM 20.00

3. Pembalut buku (beli kat kedai alat pengantin) RM 1.00/helai

4. Bunga (sebenarnya pin baju.) 6 kuntum@RM 10.00

5. Riben RM 1.00/Meter

Tu je. 
Untuk gam, eka guna glue gun sebab dia punya gam kuat sikit lekat.
Pistol gam tu pinjam Aqilah punya. Hehehe tq Qil


Ni ha hasilnya. Simple je. 
Nanti orang akan bukak2 buku ni kan, bunga tu semua dari kain chiffon, 
so tak yah risau dia penyek ke apa. Setel satu. Hehehe.

Pasni eka nak DIY bubble talk. 
Dak apple tanye, nanti ade props ke tak macam bertunang haritu.

Ada eka buat sikit nanti. Nak suruh dia pakai mustache lah nanti hahaha.

Kalau sesapa nak buat, kalau pandai buat sendiri, boleh buat sendiri. Lagi puas kan. 
Eka ritu memula nak beli je. Tapi nampak ramai Bride to be buat, 
hasil pun simple dan menarik,
eka pun ingat nak buat jugaklah untuk hari bahagia nanti.



16 comments:

Golf Malaysia Magazine said...

NICE>>>=)

Aqilah Rashid said...

ad nme kite..=)

Safarina Shaari said...

rajinnya cik eka ni...hehe

Jen Jen Izaicun said...

simple but lawaa kan.. eka mmg better DIY sbb puas hati. leh nak buh apa yg kite nak. jen2 pun buat guest book DIY gak. hehehe. lg simple kot.

yana aina said...

kreatif ... selagi boleh buat sendiri, baik buat sdr kan .. jimat pon boleh jimat.. lg best sbb puas hati ^^

Cik Eka said...

@Golf Malaysia Magazine TQ :D

Cik Eka said...

@Aqilah Rashid mestila ade. Ko tolong aku binding. Kalau tak, tak jadi buku hehehe

Cik Eka said...

@Safarina Shaari hehehe untuk hari bahgia kene rajin hehehe. rajin skit je

Cik Eka said...

@Jen Jen Izaicun hehehe tulah. Sonok jugak DIY ni. Bole ikut suka kita je nak buat cam ne kan

Cik Eka said...

@yana aina tq yana aina. a ah betul tu. Lagi puas hati kan

Puan Ezy said...

guestbook saye dulu pon DIY gak..
puas hati bile buat sndiri kan..
=)

Teena Tna said...

Buku nie bole jadi kenangan bila dah tua kan...

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Sangat cantik!!!! pandai eka DIY yer.. kalau tempah mesti mahal kan..nie buat sendiri dapat la berjimat sikit.. =D

EZAN IDMA said...

kreatifnyaa

shaFazie said...

kreatif..hasilnya cantek sgtttt...likeeeee

afiqah piqah said...

sis mcm mna nk dpt hrdcover tu ?