14 October 2013

Persiapan 50%

Assalamualaikum semua. Harini eka masih kerja lagi, petang karang baru balik rumah mak ayah yippieee. Padahal baru je balik dari sana semalam. Kehkehkeh. Eka kena simpan cuti ni, untuk majlis nanti. Cuti tinggal lagi 15 hari. Tapi amek cuti raye aji untuk rabu ni, tinggal 14 hari. 14 hari tulah eka nak ready siap-siap untuk cuti kahwin.

Persiapan sekarang ni sedang giat dijalankan. Sabtu lepas dah siap dah beli bag untuk door gift. Untuk tetamu eka DIY brown paper. Setel beli barang semua. Simple. Dalam taruk makanan termasuk telur.

Tak jadi plak nak DIY bunga untuk khatam Al- Quran sebab mak dah belanja bunga telor. Hikhik. Pastu mak belanja sekali bunga pahar untuk dibawa ke rumah dak apple nanti. Tq mak. Hehehe.

Untuk cenderahati belah dak apple pun dah siap beli. Kahwin ngan orang Perak, kompem lah bercirikan negeri perak. Hint dia, banyak kat Kuala Kangsar. Opsss. Hahahaha.

Untuk guest book, eka DIY jugak. Sekarang ni tengah binding buku tu. TQ Aqilah sebab tolong kita bindingkan buku tu.

Untuk kad kahwin. Minggu ni siap.

Borang nikah, dak apple pegi setel lagi petang ni untuk dapatkan borang 5 itu.

Baju nikah pun dah setel. Eka beli siap je baju kurung moden. Baju melayu dak apple pun beli sekali kat tempat yang sama. Warna dia  lebih kurang warna nie.



Light Purple

Warna dia sangat soft. Ada beads yang minima. Sekarang ni nak cari tudung ngan veil je.Eka pakai shawl jelah. Untuk majlis nikah ngan sanding. Veil ingat nak sewa. Sebab nak pakai untuk nikah je ni. Nak cari warna sedondon.

Sekarang ni kasut je belum cari. Hehehehe kasut kena beli sendiri kerana kasut kat butik saiz standard 7-8. Eka punya kaki saiz 9. Sebab kaki jenis panjang punya. Hahahahaha. Memang tak muat aaa kat butik. 

Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Tinggal sikit je lagi ni. Nak cari hiasan untuk bilik pengantin. Hewhew. Nak yang soft2 jer kalernya. Maybe cream. Pastu tabur rose petals. Buat bentuk LOVE. Romantik tak? hahahahahaha.

Pastu ape lagi ea. adeh banyak gak. Hehehehe


p/s: Tinggal 1 bulan 4 minggu. Berdebar rasa hati. :)









12 comments:

Jueliza Jamani said...

wah tak lama dah.. mesti berdebar2 kan.. semoga selamat semua.. jangan tension2.. kang naik jerawat..

yana lyana said...

Hai bakal pengantin! semoga urusan dipermudahkan.

salam aidiladha :)

Anis Najwa said...

wah... syoknye... bila agaknya tarikhh sy ye? hikhokk

Sya Mimie said...

alahai.. sebulan lebih lagi yunk.. i ni 18hari lagi.. dupdap2 tau..hihi
semoga dipermudahkan.. :)

::Cik Maliza:: said...

Tahniah CIk eka. :D

cikgu fad said...

Panjangnya kaki...hehehe

Amanda Suria said...

Wah...x lama lg tu..jgn lupa jemput...

Lelaki said...

ehmmm best yer.

CikPuanTatie said...

semoga dipermudahkan segala urusan. insyallah

adrianna syaz said...

Bestnya..mesti x sabar2 dah menunggu ari bhgia kan cik eka...:)

Jen Jen Izaicun said...

didoakan dipermudahkan segalanya, bestnyer nak tawen

Zuraidah Butang said...

wah2 mesti tak sabar kan...cantik warne light purple tu