31 January 2013

Kisah Si Rocky

Sudah 4 hari duduk rumah baru,kita nak cerita satu benda.Hehehehe

Selang beberapa buah rumah baru ini,ada jiran membela anjing.Anjing itu berwarna hitam dan bernama ROCKY.Tak tau apa jenisnya si Rocky ni.Tapi agaknya jenis German Shepherp kot.Tapi bukan Bulldog atau Rotweiler. Tapi kalo dia letak Poodle,kompem tak takut.Eka kejar dia balik.Kontot-kontot je dia lari.Hihi.

Hai Rocky hensom !

Hahahaha.Esok kita upload gambo Rocky

Nak dijadikan cerita,Rocky ini tak berikat.

Kakak Housemate kata,dia okay tak kejar orang,sebab dia kenal semua jiran dia.Dia juga bertindak menjaga rumah kat kawasan tu.Kira dia macam Guard la.Dia tak akan bagi orang lain masuk dalam rumah jiran-jiran dia.Sangat bijak kan.

Tapi akak panggil Usin.Hikhikhik.Usin tau.Nama Melayu.Hehehehehe

Nak dijadikan cerita,semasa hari Isnin,Mak ayah hantar sekali.Bila kami parking,Eka keluar nak buka mangga kat pagar.Sekali Rocky datang.

Muka Rocky macam marah

Dia cuba menghampiri

Dia berhenti

Dia pandang

Eka?????

Lari masuk dalam kereta...Hahahahahahaha.Ayah pulak sembang ngan Uncle,tuannya si Rocky.Uncle kata nanti lama-lama dia biasa.hehehe.

Semalam punya cerita pulak.Balik tumpang Kak Aida.TQ kak.Sebab moto sampai harini kot.Sampai je Rocky ada kat tepi jalan.Eka nak bukak pagar.Dia pandang,Baru nak masukkan kunci mangga,dia datang dekat.Dia renung.Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa takut!!

hahahaha

Dia masih tak kenal Eka,tak cam lagi bau Eka ker???? hahahahaha

Eka jalan laju-laju pergi jauh sikit dari rumah,sekali Auntie sebelah datang.

'Amoi.kenapa? Rocky marah you ka??' hihihi Auntie senyum

Yelaaaaaaaa takut

Lepastu Auntie tolong bukakkan pintu pagar.Berdesup Eka masuk.Hahaha.

Pastu eka cakap ngan Rocky dari dalam pagar.Sebab kata mereka,dia faham bahasa Melayu,Cina dan India.hehehehe

'Rocky hensem,saya duduk sini la.
Jangalah marah saya.Saya bukan pencuri tau.'

hihihihihi

Sembang ngan dak Apple.Dia kata camni


hehehehe jangan lari
Kalau lari nanti dia kejar.
hahahaha

kalau tengah takut,tak ingat dah nak diam.
Fikir kalau dia datang,dia gigit kang!
hakhakhak



Ooo,kawan dia penah kena kejar anjing
lepastu dia boleh lari laju gila..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak jugak lari laju.
Boleh jadi atlet Jabatan ni.

hahahahahaha

Korang nampak Anjing nak kejar,korang buat apa? Eka,selagi dia tak membahayakan,takkanlah kita nak cederakan dia.Dia kan mahluk Tuhan juga.Tapi kalau nampak membahayakan,lagi-lagi anjing liar dan kalau gigit boleh mendatangkan mudarat kepada kita,tu kenalah buat sesuatu.Yang penting,lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! hehehehe

Ada pengalam kena kejo anjing? Ce cita..




29 January 2013

Berpeluh

Motor esok baru bawak datang sini,lepastu pergi koje merempit la lepasni.Tapi kalau motor berpesen skuter,nanhadooo la nak pulas laju-laju kekdahnyer kan.Muahahahaha

Pulas,pulas,pulas,pulas.

Sampai lah sampai ke pejabat.Lagipun takdelah jauh sangat daripada rumah.Tempuh 3 traffic light,sampailah opis.

Nak jalan kaki boleh jugak,tapi penatlah.Haritu dak apple ada bagi idea.

'Alaaaaaa,pegi je opis jalan kaki,nanti kasut tinggi tinggal kat opis,mekap ala-ala je,sampai opis baru touch up balik,kat KL ramai aihhh jalan kaki,lagi jauh tau.'

errrrrrr boleh,tapi rabak la seluar kena kejo ngan anjing..hahahahahaha

idea tu nak guna pakai,boleh.Tapi agak jauh la plak.

Takpe ah,naik moto jer ah.

Habis cite.

Nak cuba bawa kete takut walaupun dak apple offer suruh coba bawak kete dia.Kete dia auto memang ar.Dia kata tekan je,tapi takde kekuatan lagi ar.. hahahaha.Harap badan panjang tapi penakut.Hahahahaha

p/s : Pagi tadi naik teksi,untuk satu perjalanan sekangkang beruk.Ambik separuh jalan jer pung! Safety first,kata Emak.Yaaaa i'm okay,okay,okay.Berpeluh jugak la nak nyampai ke opis.Takpe,ini pengalaman.Huhuhu

sob sob sob

Kesat air mata

Pengalaman-pengalaman yang aku kutip sepanjang berada kat sini,  akan aku ingat sampai bebila.Mahunya cerita pada bakal anak-anak nanti.


Dalam kepala,berjalan bagai berenang.
Membuang lemak degil dan mengecilkan peha,
sejuk je rasa.:p

hahahahaha








27 January 2013

Shabu-Shabu Stimboat Sri Manjung

Baiklah, seperti yang dijanjikan,kita sambung semula cerita kita.Seronok sangat kat kampung tadi memang nanhado la nak update bagai.Selepas je angkut barang kat rumah baru,kitorang pun pegi nyopping,dah puas nyopping lapo pulak.Ingatkan nak bawak tunang pegi makan Udang Galah dekat Teluk Intan je.Sambil tu ade gak cerita pasal Stimboat kat Restoran Shabu-shabu kat Sri Manjung.Tunang tanya nak makan situ ke,tapi Eka kata Eka memang tak tahu jalan pun,lepastu okey jela.makan tempat lain jela..

Tapi nak tergelak pulak malam tu.Hahaha

Masa 'on the way' balik tu,eka tengah tengok handphone,dia tanya,masuk mana ni,terus ke belok kiri.Eka ingatkan dah sampai simpang nak masuk Teluk Intan dah,dia pun belok kiri,bila Eka pandang,ehhhhhh salah ni.Dia masuk ke Kamdar pulak.Tapi takpela.cari jalan keluar ke jalan besar balik,dia pun belok kanan.Belok punya belok,eka ternampak...

'Ehhhhhh Shabu-Shabu tula,berhenti berhenti,parking situ' 

dan dan je plak kan...Hahahahaaha.

Dia pun 

'mana-mana??? okey okey'

zupppp terus parking.Hahahahahaha.Dua-dua dah lapo pulak kan.

Terus je kami masuk.Tengok harga pulak satu pax untuk dewasa 

RM 22.90 (Dinner)

tapi yang kanak-kanak eka tak perasan pulak berapa.

Kitorang memang suka makan stimboat.Biasa pegi Flaming.Ni kita cuba yang ni pulak yer.Macam biasa ada 3 pilihan sup.Ada sum ayam,tomyam dan sup tulang.Kami ambil sup ayam dengan tomyam.Tomyam dia pedas sangat.Cili berterabur.Hehehehe.Tapi sedapla.Not bad.Pilihan pun sangat banyak.

Jom kita tengok gambar yer.Gambo semua guna handphone dan cilok Instagram sendiri.hehehe.Tak cantik sangat pun.huuu.

Samsung Galaxy Camera
sebiji pulishhhhh on my birthday nanti
hahahahahaha

Sambung cite kite yer.



Peta Lokasi


Alamatnya 

91-93, Persiaran PM 2/5,

 Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2,

 Seri Manjung, 32040, Seri Manjung, Perak

No Telefon : 05-563 9641

*nak senang,nampak je Kamdar,masuk je situ,
berhampiran je dengan Kamdar.hehehe

Jom tengok apa ada dalam menu dia
Ini adalah stimboat buffet


Ni semua makanan proses
Meatball,fishball yang pelbagai
Pilih-pilih makan sampai kenyang yer..hehehehe
dia suka benda gini,eka tak suka 


ada macam-macam sayur.
Eka suka sangat sayur mayur ni semua.hehehe


ermm hijau hijau.
eka suka letak sayur ni dalam sup ayam
letak taufu telur,letak udang,letak lala gemuk tu,
perghhh sedapnyaaaa..nak lagi..hahaha

Dia pulak ambil mee segera,letak dalam tomyam.sedapnya
dia letak seafood,udang la,lala la..macam-macam dia letak.
sedap sedap.


ni sebahagian daripada makanan laut yang ada,
sedapnyaaaaaaaa..cuma takde pepahat,yang panjang-panjang tu.hehehe


eka suka lala gemuk besar ni..sedap sedap.hehehe

kalau tak sanggup nak makan benda ni je,
ada jugak nasi goreng,bihun goreng
kuewtiow goreng,daging goreng..


Dessert dia banyak pilihan
ada buah-buahan
puding
kek
cendol
air pulak macam-macam ada


mula-mula tangkap gambo ni curi-curi.hehehe


bila dia perasan,dia pulak suruh kita tangkapkan gambo dia
sambil buat gaya gigit.hahahaha.
berlakon je ea awak ni..hehehe :p


kita nak jugak!! hahahahahaha

Secara keseluruhannya,sedap! Ala dah lapo,semua sedap.Terima kasih sapa yang bayokan tu yer.Hehehehehe.

Inikah dinamakan rezeki sesat dan tersalah jalan.. hahahaha...

Nanti kita cerita pasal makan lagi yer.. tata,selamat malam.hehehehe







25 January 2013

Biji Mata Melilau di Daiso

Berikutan entry rumah yang baru je publish,kita teruskan lagi cerita.Hehehe.Kalau ikutkan nak cerita,memang Non-Stop la.Hehehehe.Nak tergelak jugak semalam bila Eka bercerita pasal ada satu kedai makan ni.Si dia tanya,kedai udang galah kat mana,ada jual ape je lagi.Eka pun cerita la dekat dia,ada ikan tu ikan ni udang bagai.Sampaikan eka tak sedar eka tercakap sangat kuat dan nampak macam excited nak cerita.Sampai tersengih dan gelak besar dia tengok Eka.Eka tanya dia,kenapa gelak kenapa? Dia kata takde ape,kelakar tengok eka cerita.Hahahahaha :p

Saye memang macam itu lah.

Lepas kemas siap selesai semua,kita teruskan perjalanan ke Manjung.Ambil masa dalam sejam daripada Bandar Teluk Intan.Memula ingat nak tengok laut jela konon.Tapi alang-alang,singgah shopping jap ar kat Aeon Manjung.Nak cari barang sikit le kononnyer :)

Dia ni pun tak pernah sampai Manjung ni.Eka penah.Tapi serius tak sangka ar kena letak kat Teluk Intan ni.hehehehe

Dia pun kata maju pulak kat sini.Aeon baru lagi besar dari JJ Seremban 2,panjang pulak katanya kat sini.Lenguh jugak la kaki.Tapi dapat nyopping hilang lenguh kaki segala.Ha ha ha

Masuk-masuk,ingatkan kita yang nak shopping,tapi rupanya dia.Dia beli office wear dia,eka pun beli jugak satu slack.tak sangka ar eka dah pakai saiz L. hahahahaha.. Ingatkan S atau M lagi.


'okey tak ni Eka?
tadi saiz 15 setengah,ni 15'

masa tengah nak bayo,

eh betul ke tadi kita amek saiz 15 ni?

betul ke ni 15 ni?

sambil cek cek kat kemeja

eiiii geram pulak ghase...ketap-ketap bibir dah..hahaha


makcik pun nak interprem jugak masa pakcik tengah fitting baju seluor dia.
makcik tengah try cenggana rope tangkap gambo dalam cermin yang macam
orang selalu buat kalo pegi shopping tu.hikhikhik.

ni la makcik coba ni.. hahahaha

Lepastu eka ternampak lak kedai DAISO.Ala kedai barang-barang sweet dan comel dari Jepun tu.Hajat hati nak cari 'charchoal mask' yang orang duk jual mahal-mahal tu.Padahal kat daiso RM5.00 jer tau dak! Tapi nanhadooo...dah habes diborong orang kata cashier tu.Hampe belake.Tapi takpela,cari barang lain.


Daiso Aeon Manjung

Gila ah tengok barang-barang kat sini,semua cantik-cantik lawa-lawa
comel-comel arghh pendek kata kiut miut la semernyer.
Kalaulah dah berumah tangga nanti,eceyceyceycey 
nak beli barang dapo kaler PINK je semua kat sini.Hahahahahahahaha

senyum je bila dikhabarkan hajat itu kepada pakcik sebelah.hahaha :p


comel kan comel kan comel kan????

geram tau dak,sampai tak tau nak amek yang mana satu.Semua lawa.


Pakcik ni pun sama rambang.Memang berpecah pun kami dalam tu.
Dia kanan,Eka kiri.

memula dia kata.

'ape ni semua takde tanda harga,
mana nak tau harga ni???'

Eka kata,pakcik,semua rega RM 5.00.
Barang beso ke kecik ke,harga adalah RM5.00

Senyum.

hehehe

Dia beli cermin comel nak letak kat meja opis katanya.
nak telek muke la tu kekdahnyer nak letak cermin bagai kat meja.
sampai dia tanya

'Kat KL ada tak kedai ni Eka?'

eka kata,ada kat Midvalley,nanti cek balik kat mana ada.

dia angguk

tu mesti nak pegi lagi la tu..hahahaha

setakat yang eka tahu,kawan-kawan FB bagitahu
Daiso ada kat OU,Publika Solaris,Mines,IOI,Midvalley.

lepasni kita pegi la ya yang? hahaha


Eka beli benda alah ni.Macam biasalah nak ada pink pink jugak la.


ni je eka punya barang
hehehehe


gambo tak berada pada tahap yang baik.tangkap gune henpon ajer

SAMSUNG GALAXY CAMERA SEBIJIK 
ON MY BIRTHDAY MAY NANTI PULISHHHHHHHHH
hahahahahaha

eka beli Pop Up laundry basket kaler pink ada strawberry
hehehe comel.kecik je

Lepastu beli basket pink nak letak kat bilik.
Yela letak barang-barang kosmetik,lotion,benda kecil-kecil bagai.
lepastu beg make-up comel
dan paling suka

'pocket tissue'

hahahaha.eka memang suka pegang tisu.lap-lap peluh.
warna hot pink ngan soft pink
aduh jatuh hati.

hehehehe



next entry,makan-makan pulak.Yeahhhhhhhhhhhhhhh~~~~




Rumah Baru

Alhamdulillah.Urusan rumah dah selesai.Syukur kepada Allah Swt yang menghantar dan membukakan hati orang-orang untuk membantu saya.Syukur sangat-sangat.Rasa macam tak percaya je ade jugak orang yang membantu.Ada dua pilihan,tapi selepas berbincang dengan semua,pilihannya untuk duduk dirumah ni.

Semalam,dibantu tunang,kami ke Teluk Intan untuk mengemas barang-barang dirumah lama.Punya berpeluh mengemas sorang-sorang.Tunang pula tolong angkat dan susun dalam kereta,dia dahla sangat cerewet bab susun ni.Jadi daripada dia bising,baik eka perhatikan je dia susun barang eka.

Pergila ke rumah baru,Tak jauh dari office eka,rumahnya sangat besar,dua tingkat.Semua serba lengkap.Bilik ada 4,housemate seorang je,pangkat kakak.Dia Nurse,lepasni kalau dia keje,tinggal eka sorang.Akak tu okey,baik dan peramah.Tunang pun cakap camtu.Nasib la dia nak terima eka duduk dengan dia.Alhamdulilah.

Lepas kemas angkut barang semua,akak housemate hidang air,berehat jap.penat berpeluh-peluh kami.Hehehe.dan akak tu dah siapkan kunci untuk eka pegang.Hari Isnin nanti bermula lah duduk kat rumah baru.Alhamdulillah.Nikmat mana yang mahu didustakan.Ini semua dari Allah SWT.

Kita merancang,tapi Tuhan yang menentukan

next entry,Daiso pulak.hewhew





22 January 2013

Roti


Selamat pagi. Dah sarapan? Tadi eka makan roti,bubur jagung ngan nasi lemak.Air pulak air suam je.Milo dah habis tak beli lagi.

Adoi dari pagi tertangguh entry ni.baru la ni nak update balik.Tengok jam dah dekat pukul satu.Kepala dah bengong masuk angin ni.Tak makan nasik lagi..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... laponyerrrrrr


Saya suka roti,tapi tak makan hari-hari.Sebab rasanya berisi makan roti.Hahahahahaha tak bole blah punya stetmen

Selalu beli ni


sekarang dah ada yang bawah ni


rasa,sedap!

korang? suka roti krim apa?


p/s: dapat strawberry,ngan jem strawberry..balik ni nak beli roti.calit ngan butter ngan jem tu.. nyummmmmmmmmmmmmm




21 January 2013

Ada & Tiada

Ada

Tak peduli

Tiada

Peduli

Ada

Tak Endah

Tiada

Endah

Buat Salah

Menyesal

Dah Terhantuk

Baru Terngadah

Gembira

Sedih

Lupa

Ingat

Tercuit

Tersedar Dari Lamunan

Bodohnya,dah tahu salah tapi buat.

Bodoh atau biol atau bebalkah?

Tepuk dada,tanya kau punya hati

Manusia memang buat silap,
tapi Allah SWT kurniakan kita cukup sempurna akal dan fikiran untuk kita fikir
mana baik mana buruk

Berkawan pilihlah yang mampu memberikan ajaran yang baik

Berkawanlah dengan manusia yang matang dari segi akal dan fikiran
kalau rasa diri itu tidak matang.

Apa guna ada kalau tidak kau hargai

Tanya sama pokok kenapa goyang

Tanya sama diri kau,kau kenapa?

Aku,manusia.

Kau pun manusia.

Kita,manusia.

Ya,inilah manusia.

Dunia kita,makin habis.

Berubahlah..







18 January 2013

Surprise ! Hoh...

Salam pagi Jumaat yang indah. Kejap je dah hari Jumaat,kan.Semalam memang otak blurr gila tak tahu nak update apa dah.Penyudahnya update jugak la pasal pregnancy test adik Eka.

Rasa tak sangka pulak saye udah tuhek.Hahaha.Yela,tak lama lagi dah nak menimang anak sedara.Sungguh,tak sabar rasanya nak tunggu lagi 9 bulan tu.hihihi.Semoga semuanya baik-baik sahaja.Sampailah saat dia melahirkan.Mohon doa dari kawan-kawan semua juga.

Harini nak cite pasal semalam.Kalau teringat mesti tergelak,tapi boleh cover lagi la.Hehehe.

Semalam eka men'surprise' kan tunang sendiri. haha Drum rool please.

Lelaki dapat bunga.How?

Memang tak pernahnye eka nak buat camtu.Tak gheti la nak seprais macamtu.Tapi tah nape terfikir pulak.Hahaha.Lagipun sekarang kan masa agak terbatas.Dia sangat sibuk dengan keje-keje dia,dengan study dia.Jadi,sekali sekala jela nak buat camni.hehe.Walaupun sibuk,tetapi 'Keep in touch' la lebih kurang.

Lepastu eka pun mula la google-google nak cari florist shop mana yang dekat ngan opis dia,tapi nampak pulak satu website florist shop ni, ofis dia dekat Brickfields.Lepastu dia buat penghantaran ke seluruh negara tapi free dekat area Klang Valley. Kalau nak hantar ke tempat jauh-jauh pon boleh.tapi jangan lupa tambah duitnya.hahaha.

Ah,maleh pulak nak taip florist shop bagai,kedai bunge jerla.hahahaha.Jadinya survey la kedai bunga tu punya website.Dah sign up pe sume,maka setat shopping bunge.Sekarang ni shopping bunge tak payah pegi kodai bungo,dopan komputer jo boleh boli bungo ngan potik bungo.

Eka beli disini 

(klik kat gambar)

Semua bunga cantik,tapi bukan sahaja jual bunga,
macam-macam ada.
 ada gifts macam chocolates,cakes,biscuits and much more

Beli pun takdelah sejambak beso tu,yang comel je.Cari alamat opis dia,dan siap.Lepastu dia punya services sangat cepat.Tanya sekejap je dah balas.Terima kasih Herda,yang uruskan urusan tuka tarikh.

Eka la yang gile,letak tarikh silap.Letak tarikh harini.padahal nak suruh antar 17 hb.Cuma satu jela eka tak puas hati.hehehe.Teddy bear ngan wrapping warna pink.hehehe.Sepatutnya bunga ni kan nak bagi lelaki,letak la warna yang biasa macam bear warna brown ke,wrapping warna kuning ke.hikhik.

Mase eka cek kat website,dia dah dapat bunga,kite calling-calling,eka tak nak cite pun pasal bunga,sekali dia cakap thanks sebab surprise kan dia.Eka buat-buat tak gheti jer,boleh pulak eka tanye-tanye 

'ape ? seprais ape  ha ape? .hahaha

bila dia kata,'jangan la buat tak tau'.

hahahahaha saye malu la pulak. Katanya semalam dia sangat SURPRISE. katenyelah kan. haha.
Yelah,despatch tak boleh naik sampai atas. Kat bawah je. Dia ingat kawan-kawan dia mainkan dia.. huahuahua. Sampaikan dia termarah despatch tu. Tapi akhirnya dia tahu sapa yang bagi. Bila dia dah baca kad tu. haha. Macam drama pulak.

dia upload kat FB.. 


comel-comel
jadi mat bunga la dia kat opis semalam.
hahahahahaha :p

ni apesal ade pulak prop borang-borang cukai ni..



comel disitu.hehehehehe
gambo semua diculik dari FB tunang,
tapi aku memandai letak watermark.hahahaha

Begitulah cite nyer.Kami sedar lah,kami ni memang pasangan yang tak romantik.Jenis huha huha huha macam kengkawan je gaya kalau berborak.Memang takdelah nak bagi bunga bagai.Setakat bunga dalam WhatsApp tu memang ada la.Kemain bagi-bagi bunga.hahahaha.

Walaupun sekadar bunga,bunga yang akan layu.Tapi sekurang-kurangnya rasa jugak kegembiraan disitu.Kalu nak buat kenangan,buat la potpuri kelopak bunge tu, lepastu sembur minyak wangi.Nak lagi tersimpan kenangan,simpan jela riben bunga tu.Tu pun boleh buat satu kenangan.Hahahaha.

Tapi janganla masa ni je nak gini,dah kawin pun harapnye gini jugak.

p/s: Masa bertunang ni,memang selalu berselisih faham.Tapi sebenornyer masa ini lah kita nak mengenali.Yang penting,sabar.Terima pasangan seadanya.Nanti nak jadi laki bini jugek.InsyaAllah.







16 January 2013

Keyword # Peplum


Keyword @ Nuffnang 




Keyword @ Stat Blogspot


camne???

hehehehe

laku

ya,laku.






Wordless Wednesday Ker?


Semalam saya lukis ini setelah saya nampak gambar orang lidi camni,
masa tengah menggoogle...
saya pun lukis semula

comel plak kan.

kaki silang

hahahaha

terus jadi DP kat WhatsApp





15 January 2013

Mencari Rumah Sewa @ Bilik Sewa @ Yang Memerlukan Teman Serumah di Teluk Intan,Perak

Ada kenalan@kawan perempuan duduk Teluk Intan?
kalau boleh sekitar teluk intan,taman melor,kg bahagia,kg banjar or yang dekat-dekat,sebab opis saya dekat dengan Bandar Baru Teluk Intan.

saya memerlukan seperti di atas.

hubungi saya


ekaseven@ymail.com



Morning to Evening


Entry tertangguh dari pagi tadi,sekarang barulah dapat update.Walaupun dah tengahari,tapi perut mantain tak lapar.Pelik sangat.Pagi tadi breakfast milo kosong lepastu kirim nasik lemak kat En Salim,sekali En Salim lupa beli.Penyudahnya kongsi je dengan Kak Ji.Kak Ji separuh,saya separuh.

Bila dah tengahari ni,takde selera pula nak makan.

Pagi tadi datang opis awal,tumpang hosmet.Sampai opis pun awal.Bercamwhore seorang diri.Takut jugak kot ada 'benda' mengintai.Tapi nasib baik takde.Alhamdulillah.Yela,sekarang ni pagi pukul 7.00 nampak macam pukul 6.00 pagi.Gelap-gulitap.

caption on instagram : Hello Tuesday!! Morning!! 
haha

Sebenonyer nak testing baju korporat setiap hari selasa yang baru dapat semalam.
ada eja salah.Nama saya Atiqah,tapi eja Atikah.
tapi tak kisah pun.sebab pakai tudung,jadi dia tertutup.

Sejak dua menjak ni hati saya menjadi walang.Walang mengapa entah.Ada banyak perkara yang menggangu kepala hotak saya ini.

Memang nampak saya ini ceria,senyum,ketawa,kacau orang,dalam fb kemain gelak ketawa.Tapi dalam hati,hanya saya dan Maha Pencipta je rasa.

Kadang-kadang,saya rasa sedih.Rasa nak cerita kat blog ni.Yelah,tak kan nak cerita yang gembira je sedangkan hidup kita ini banyak warna.Kadang saya cuba je luah perasaan,tapi komen yang diterima seolah-olah saya membuat satu lawak antarabangsa yang hebat,sedangkan saya betul-betul perlukan input untuk otak saya

*mengeluh*

Tapi biasalah,hidup kita akan ada dugaan.

Pening kepala saya nak cari rumah sewa baru,sampaikan saya nak amek keputusan,saya akan menyewa bilik sahajalah,dekat dengan pejabat saya.mengenangkan saya masih lagi dalam proses  mengambil lesen.

punyalah sukar rasanya saya dekat sini.

kadang saya rindukan masa lampau saya.Saya rindu nak duduk dikelilingi emak ayah saya,adik beradik,dan keluarga.

Sungguh,saya rindu.

Emak kata,sabar.Saya sabar,tapi hati saya sedih.

deyyyyyyy gembira gembira gembira...






13 January 2013

Sweet Blood

Korang ada pengalaman best @ tak best semasa dalam alam berdarah manis ni????

Cecite..

Hehe




10 January 2013

AdaMu

Sedap sangat lagu adaMu ni.Liriknya tu..


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan











09 January 2013

Kucingku Sayang

Ini adalah kucing yang ada kat umah mak ayah eka.Kucing yang keberapa entah,setelah kematian kucing kitorang yang sebelum-sebelum ni.Masa balik ahritu dia nampak macam tak aktif.Hidung dia kering jer.Kucing ni biasanya kalau hidung dia kering,tandanya dia tak sihat.Macam dehydrated la camtu.

Sebab selalu dia aktif dan lincah.

Tapi yang tak aktif tu hari Jumaat jela,hari Sabtu Ahad buat jugak perangai tak reti duduk diam dia tu.

Dulu lagi la,masa memula dia tak biasa lagi kan,kalau usik,kemain marah lagi.Padahal kecik lagi masa tu.Lepastu lama-lama duduk,asal cuit sikit,gedepekkkkkkkkkkkkkk terus terduduk.gatal kan.. hahahahaha

Eka suka kucing ni sebab dia nampak pelik.

Cer tengok bahagian mata dia.Kedua-dua belah mata nampak macam pakai topeng.

Cer tengok dagu dia.Ada janggut.Cam jante,tapi dia tine.hehehehe

Haritu pagi Sabtu,dia datang mengiaawww dekat eka.

saje tanya-tanya dia,padahal dah tahu dia bukan boleh jawab.hahaha tapi suka nak bercakap ngan dia.hehehe

'tompok,tompok nak makan ke??'

lepastu dia meowww meowww terus dia keluar.Saje je ikut dia,Rupanya dia duduk je kat tepi mangkuk makanan dia.Dia naknyer makan friskies je.Makanan jenama lain taknak.Penah bagi tapi dia tak makan pun.huhuhu..seronok tengok dia makan..kriukk kriukk dia makan.Macam rasa nak mintak sikit je.hahahaha


Sian,muka nampak macam sedih sesangat.hehehe


duduk camni dah cam karpet pulak warna dia.


ni dia duduk je depan eka,rindu kot kat kaklong yg shomelll ni..hahaha.


yang ni pulak mengacau eka baca 'sokhaborr'
selambe die jer naik.


harap-harap nanti dah kawen,masih boleh bela kucing camni,sebab dia pun suka kucing jugak.Cuma dia suka kucing parsi,gemok-gemok,tapi eka suka kucing yang camni.hehehehehe...


08 January 2013

Angkara Peplum

Sepanjang saya berbelog ni,tak pernah lah pulak dalam masa sebulan,total pageviews blog saya sebanyak 34K

yelah,belog cite personal macam ni,bukan selalu orang cari.hehehe.yang mana sudi nak membacanya je yang akan baca.Kekadang je ada tips,info.Tu pun yang pelik-pelik sikit je.Yang lain semua biasa.

tapi rasanya ini angkara PEPLUM

hehehe

memang IN sangat fesyen peplum sejak pertengahan tahun 2012 sampai sekarang.

peplum oh peplum






07 January 2013

Tukar ?

Tadi CC kat office bagitahu,kemungkinan besar saya akan ditukarkan ke Ipoh,Perak

Saya tak tahu macam mana nak cakap.HAPPY kot.hahahaha.sekarang menanti surat.

Rasa seronok pun ada jugak.Sebab saya rasa kalau saya kat sana,nak balik memana agak senang.Yelah Lebuhraya kat ader,ketapi laju pun ada kalau tetibe rasa nak balik umah mak ayah,nak ke KL,mahupun ke Seremban.. kehkehkehkeh

Lagipun bila housemate sekarang nak pindah ke tempat lain,sebab ditukarkan jugak,saya rasa buntu jugak nak cari rumah sewa lain.

Sian mak ayah call sana sini,dengan saya sekali sibukla tanya-tanya orang.

tapi masih tak ada lagi.

Malam tadi,mak,makteh,maktam,ucu dan isteri singgah ke rumah sewa saya.Melepaskan 'hajat' sambil nak tengok camne saye kat rumah tu.

Mak teh pulak kata kesian dekat saya,sebab tido atas toto je.

memang saya tido atas toto je sejak beberapa bulan yang lalu.Bukanlah taknak beli katil,tilam,almari kayu bagai,cuma takut jadi camnilah.pindah-pindah.
tak ke susah?
lagipun naluri hati kata,cewahhh.. tak lama kot duduk sini.hehehe

saya senyum je bila mak sms tadi,bagitahu mak teh kesian tengok saya tidur atas toto.

Ingat bila dah kukuh,dah confirm nak duduk tang mana,barulah saya fikir semua tu.Setakat ni saya masih lagi okey beralaskan toto,beralmari biasa.Bujang kan.. hehehehe.Rumah bujang mana nak sama dengan rumah berfamily.kot saya dah kahwin nanti,kompem la kena complete kan semua tu. hehehehehehe.

bagi saya,saya dapat tidur,selesa.cukuplah.dulu2 masa duduk kat rumah emak ayah pun,kadang2 tido depan tv atas toto jugak walaupun satu set katil + cermin + almari bagai mak belikan.Kekadang je tido atas tilam dalam bilik. hahahahaha

dah gitulah rupe masa dekat umah,terbawak la ke umah sewa.

tapi kalo betul saye kena tukar,saya tak kisah.saya terima dengan hati terbuka.....
Inilah lumrah bekerja dalam perkhidmatan awam.Dalam surat lantikan dah tulis,'bersedia ditukar kemana-mana jabatan yang diarahkan oleh pihak Kerajaan.










Sepinggan Udang Galah Sungai

Semalam,mak,adik beradik mak iaitu Mak Tam,Mak Teh,dan Ucu serta isterinya Maksu menghantar saya balik ke Diamond Bay ni.

Sambil tu dorang nak jenjalan kat sini.Bawakla pegi jalan-jalan.Lalu kat menara Condong yang lip lap boleh bertukar lampu kejap hijau,biru,merah,oren.hehehe.

Lepastu bawak mereka makan dengan Udang galah di Tepian Sungai Perak,Teluk Intan@ Diamond Bay.

Ni Maktam ngan Mak eka yang sudi nak belanja.Ingatkan nak makan mee udang je.Sekali tak bole tahan tengok meja orang sebelah makan udang.Mak Tam kata,meh la mak tam belanja.Ape lagi,terus dia suruh eka pergi order.

Tanya kat tuan punya kedai @Man Udang namanya,dia suggest masak sambal.

Memang umphhhh.cukup rasa.nyum nyum

tengah menaip boleh pulak terliur.Ajenyer yer.. hahahaha

Ucu eka yang kengkonon nak balik KL awal pun terus hilang rasa nak balik awal bila makan udang sepinggan.. hahahahaha


kitorang amek udang Gred B
harganya sekilo RM 55.00 termasuk siap masak sekali

ni kalau ada roti,cicah ni sodap ni.hehehehe

tapi rasa dia sangat berbeza dengan udang laut
yela ni udang sungai,fresh pulak tu.memang sedap amat laaaaa..hehehehe

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

habis sudah licin.bestnyerr..kehkehkeh

Alhamdulillah..terima kasih maktam dan mak..hehehehe\

ada jugak makanan lain.macam kitorang,order nasik goreng udangla,
nasik-nasik goreng semua ada
tomyam pun ada.

adey telan air liur

ni anak Ucu,
namanya Ain.

dia ni kalau bergayaaaaaaaaaaaaaaaaa bagila kat dia
suka yang hamat

semalam pegi Giant,pakaikan dia spek mata ni.
saje pancing dia

'Ain suruh la Abah ain beli.'
kehkeh

dia kata 

'tanakla nanti Umi marah..shhhh', hahahahaha

p/s: pening2 kepala memikio nak cari rumah sewa... ada masalah pun,makan tetap makan,gembira tetap gembira....lalalalala


04 January 2013

56 di Kad Pengenalan

'Dik,sila sebut no Kad Pengenalan'

8805** - 56 - ****

'ha,56?? ko lahir kat mana dik? Malaysia ke?'

Huk aloh,Malaysia la kak oi... Kolumpo...

tunang saya,dari nogoghi,kek tongah ic ea,59.orang luar nismilan mesti polik gak

Dah banyak kali jugak jadi camni.Biasanya yang pelik tu bila kita berurusan dengan orang Negeri Perak.hehe.Sebab perak biasa 08,takpun 36,37, 38,39

Ye saya tahu,saya bukan anak jati Perak,tapi disinilah saya tinggal,saya suka.Tapi saya lagi suka la kampung halaman saya daripada tempat tinggal saya koje ni.

hehehehe

tempat sendiri,walaupun tak la sebesar bandar ini,tapi tetap best dan seronok

tempat sendiri unik dan pelik,transit bagi orang nak ke Utara dan Selatan.haaaaa mana nak dapek weh.hehehe.Dah tu sesuai dengan nama dan orangnya yang Slim. Hahahahahaha

Eh jap,nak cite.

No tengah-tengah kat IC kita tu,memang berbeza kan ikut negeri,tapi ramai yang tak tahu,setiap satu negeri tu kadang-kadang punya nombor yang berbeza.Satu negeri pegang 2,3,4,5 camtu.

Macam yang lahir kat Wilayah Persekutuan KL,ada yang pegang 14,ada jugak yang 56 macam eka ni ha.

ni tengok jadual ni


gambar dari blog kak sumi

untuk info dan maklumat lanjut







02 January 2013

'Report Card' Masa Sekolah

Harini hari pertama Sesi Persekolahan Kumpulan B  untuk tahun 2013.

Rasanya dah 5 tahun tinggalkan zaman sekolah.Terakhir kali masa Form 6 tahun 2007.

Rindu nak sekolah semula.

Masa tahun 1994,darjah 1,dapat Buku Teks,dapat RMT ( Rancangan Makanan Tambahan) masa ni rasanya hampir semua murid dapat,dapat susu sekolah,bestnyer.hee

Teringat zaman tu,pergi ke sekolah dengan kawan-kawan.Masa tengah perhimpunan barulah Abah datang,untuk uruskan pembelian buku sekolah.Lepastu Nenek pulak datang.hihi.Dulu masa sekolah rendah,duduk ngan Nenek dan Atok

Seronok,tak pernah menangis masa masuk sekolah,walaupun masa masuk Tadika KEMAS.
Cikgu Hazizah Bt Nik namanya.Cikgu tadika yang mengajar saya menulis dan membaca.

TERIMA KASIH CIKGU

Tapi,yang teringat masa dulu-dulu punya seronok nak pergi tadika,ada kawan-kawan ramai,dapat minum susu panas pagi-pagi,lepastu makan vitamin C sebiji sorang,pastu belajar,ada masa rehat,makan dan main,lepastu pukul 11 dah balik.Bestnyerrrr.

Masa masuk Darjah 1 pun macamtu.Tak takut mungkin sebab Tadika saya dulu,betul-betul sebelah Tadika saya je.Dipisahkan oleh jalan kecik dan pagar.Punya dekat,sampaikan loceng kami masa rehat pun semua guna loceng sekolah rendah sebelah tadika.hahaha

Oh,ni nak tunjuk Report Card/Kad Laporan masa eka sekolah rendah dulu.Lama sungguh simpan ni.Dari Tahun 1994.19 tahun dalam simpanan.memang lama sungguh,tapi masih elok dan cantik.

Cadangnya nanti nak tunjuk kat anak-anak.

'anak-anak,inilah kad laporan mummy dulu'

hikhikhikhik

eka memang suka sungguh simpan benda-benda yang boleh menimbulkan kenangan ni.Suka sangat.hehehe


mummy dulu takdela pandai beno.
masa darjah satu je pandai.hahahaha

tapi dulu masa pereksa,masih dalam lingkungan Top 10 la.

ingat lagi,susunan masa sekolah dulu

Asnida
Alif
Syuhada
Mira
Hidayu
Albej
Atiqah(saye saye saye)
tak ingat
tak ingat
tak ingat

yang lain saya tak ingat.saya ingat tu je.hehehehe

amboi dulu darjah 1,berat saya 20 kg je?
sungguh Slim.hahaha


tanda tangan cikgu sekolah saya dulu

Cikgu yang ada dalam friends list saya dalam FB,

Cikgu Norliza
dan
Cikgu Hasnah

Hai cikgu! hehehehe

teringin nak cari cikgu lama-lama yang saya ingat

Dulu belanja sekolah rendah saya,RM 0.50 je rasanya,lepastu barula naik RM 1.00 masa dah besar sikit.Tapi tu pun sangat besar nilainya.Hilang RM 0.10 pun rasa nak nanges.Yelah,RM 0.10 tu boleh beli air.

Nasi lemak dalam lingkungan RM 0.30 hingga RM 0.50.Kuih dalam RM 0.10 ke RM 0.20 seketul.

Bila darjah 4,dapat RMT,lagila duit RM 0.50 tu boleh simpan.Balik beli jajan,beli sengkuang calit,air tebu kat mak Borhan.hehehe

Kalau sekarang,dah tak boleh dah bagi belanja macamtu.Semua makin mahal.kat sekolah ada jual nugget ayam,fries,hotdog bagai.kita dulu,tak reti makan camtu.Dahla mahal.Hari-hari nasi lemak,nasi goreng,bihun goreng,mee goreng.

Korang dulu,duit belanja sekolah berapa RM? cecite. hehehe









Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK